Pages

Sabtu, 16 Ogos 2025

Mixed Sushi Untuk Firdaus

Bismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin dan hari ini Firdaus bertugas di padang sempena Kejohanan Sukan Olahraga  sekolahnya yang diadakan di Kompleks Sukan Lahad Datu. Sebagai ahli BSMM, Firdaus lebih berminat menjadi sukarelawan untuk bertugas dalam unit kecemasan selama dua hari.

Kejohanan Sukan Olahraga berakhir pada pukul 12:30. Sudah tentu Firdaus berasa lapar. Teringat beberapa hari lepas, Firdaus kata teringin makan sushi. Kami singgah di bandar Tabanak dan belikan mixed sushi untuk Firdaus. 

Mixed Sushi 

Sushi Salmon ini paling disukai Firdaus.

Salmon & Avocado

Ebiko Susho (Telur Udang)


Tuna Nigiri & Maki

Sushi Itik dan Ikan Salai.

Rasanya tidak ada sushi original yang gunakan itik atau ikan salai.Barangkali penjual sushi cipta elemen Jepun dengan citarasa tempatan. Dengan kata lain sushi ini dipanggil sebagai sushi fusion. Menu fusion kadang-kadang sedap juga!


Wasabi & Kicap Masin

Mixed Sushi - RM39.70.

Melihat Firdaus bersungguh-sungguh makan sushi, tak sampai hatilah pula kita hendak kacau..... ahaks! Lain kali boleh beli lagi. Sekarang sushi boleh didapati di mana-mana. Di pasar malam dan pasar tani atau pasar minggu pun banyak gerai sushi.

Cream Brulee Tart

Waktu asar di LD pada pukul 03:28 petang. Sekarang sudah pukul 3:50 petang. Mari, jemput minum petang bersama kami:

  • Cream Brulee Tart
  • Pulut Kaya Nyonya
Pulut Kaya Nyonya

2 ulasan:

  1. Sedapnya esok nak cari sushi jugak la.

    BalasPadam
  2. Macam-macam sushi ada. Mesti Firdaus suka. Tart tu pun nampak sedap.

    BalasPadam