Pages

Isnin, 11 Ogos 2025

Melintasi Temburong Bridge (Jambatan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien) - Sejauh 30 KM - Jambatan Terpanjang di Asia Tenggara

Bismillahirrahmanirrahim.
Gang kaki jalan teruja hendak melihat Temburung Bridge (Jambatan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien. Kalau dahulu kami asyik tertunda-tunda rancangan untuk ke Brunei dan Sarawak kerana terpaksa melalui banyak check point, kali ini perjalanan lebih cepat kerana kurang pos sempadan untuk dilalui. Dengan adanya jambatan ini, dari Lawas kami boleh masuk ke Brunei melalui pos imigresen Labu (Temburuong) kemudian terus memandu di atas jambatan menuju Bandar Seri Begawan tanpa melalui Limbang dan tanpa menyeberang feri.

Bayangkan ikut cerita kawan, dahulu kalau dari Lawas ke Bandar Seri Begawan, terpaksa memandu masuk ke Brunei di Kuala Lurah atau Sungai Tujoh dan untuk ke Temburong terpaksa melalui Limbang, naik feri, dan menempuh sempadan imigresen beberapa kali.

Walaupun ini merupakan kali keempat Amie ke negara Brunei, tetapi kali pertama jugalah ikut jalan darat. Dahulu, Amie ke Brunei naik feri dari Labuan. Kemudian kali kedua dan ketiga naik kapal terbang dari Kota Kinabalu.


Google : Temburung Bridge


Dari Sipitang, kami tiba di Lawas sekitar pukul 12:48 tengah hari.

Selamat Datang ke Sarawak Bumi Kenyalang!

Masjid Sahabat Sindumin / Merapok

Masjid Sahabat  Sindumin / Merapok dibina betul-betul di sempadan Sabah dan Sarawak. Ia terletak di garisan sempadan antara Sindumin (Sabah) dan Merapok (Sarawak) dan sangat dekat dengan Pos Pemeriksaan Imigresen Sindumin - Merapok.

Masjid ini dibina atas cadangan Tun Dr. Mahathir pada zaman pemerintahan Parti Berjaya. Tujuannya ialah untuk memperkukuhkan hubungan antara dua negeri jiran.

Bayangkan, masjid ini bukan sahaja menjadi tempat solat tetapi simbol perpaduan! Bagaimana tidak? Apabila masuk waktu solat, azan dilaungkan untuk dua negeri dengan arah kiblat yang sama.

Ahli jemaah dan jawatankuasa masjid terdiri daripada masyarakat dari kedua-dua negeri.  Walaupun terletak di garis sempadan, kedua-duanya tidak perlu melalui imigresen semata-mata untuk beribadat di situ.

Pos Imigresen Sindumin - Merapok - Sempadan Sabah & Sarawak.

Sebenarnya hendak ke mana? Sarawak atau Brunei?


Gang Kaki Jalan Brunei - Sarawak


Pos Kawalan Imigresen Labu Temburong, Brunei Darul Salam.

Selamat Datang ke Negara Brunei Darul Salam



Alhamdulillah. Perjalanan kami dipermudahkan. menjelang pukul tiga petang, kami sudah berada di Bandar Seri Begawan, Brunei Darul Salam.

Google - Temburong Bridge

Tercapailah hasrat Gang Kaki Jalan hendak melihat dan melalui Temburong Bridge sejauh 30 kilo meter itu. Hendak kongsikan video tetapi entah di mana perginya. Maklumlah, gambar dan video sudah terlalu lama duduk memeram diri dalam galeri HP!

9 ulasan:

  1. Anak saudara saya yang bekerja dan bekeluarga di Brunei pun datang ke KK pun mudah sejak ada jambatan ni katanya.

    BalasPadam
  2. Panjangnya jambatan tu sampai 30km.. jap.. sy nak buka peta nanti datang balik.

    BalasPadam
  3. wah cantik jambatan tu..terpanjang di asia tenggara

    BalasPadam
  4. Pertama kali saya baca tentang jambatan ni. Memang panjang la, ye. Cantik, dan perjalanan lebih singkat.

    BalasPadam
  5. Bagusnya dah dekat...mudah nak ke seberang jalan2 ke Brunei...

    BalasPadam
  6. Fuh...panjangnya jambatan Temburong. 30km!
    Menarik dan unik masjid yang dibina di sempadan Sabah-Sarawak tu.

    BalasPadam
  7. Istimewanya masjid sahabat tu kak... rakyat dari 2 negara boleh solat kat situ.

    BalasPadam
  8. Cantiknya Temburung bridge tu. Panjang dan jauh perjalanan merentasi jambatan. Banyak check point tu yang leceh tu kan. Bestnya Kak Amie dan geng kaki jalan dapat merentas negeri dan negara terus sekali harung.

    BalasPadam
  9. Hebat melancong dalam negeri..tak kurang hebatnya kan..gambar berbicara..nampak lawas ..teringat suri hati dah ke sana dengan geng mengajinya juga..

    BalasPadam