Pages

Khamis, 21 Ogos 2025

Mari Berkenalan dengan Latok - Hidangan Makan Tengah Hari

Bismillahirrahmanirrahim.
Pagi ini langit LD mendung. Hujan rintik-rintik membasahi bumi. Rasa sejuk dan nyaman sekali. 

Mari kita cerita tentang latok, sejenis rumpai laut yang kadang-kadang dipanggil dengan nama anggur laut. Biasanya latok dijual secara longgok di Pasar Ikan LD. Di tempat lain seperti di gerai jualan di Jalan Terusan dan pasar ikan di Bandar Tabanak, dijual dengan cara timbangan. Biasanya kalau beli secara timbang, pelanggan boleh pilih dan sudah tentulah akan dapat latok yang masih segar dan cantik. Kalau beli di Pasar Ikan LD, tidak begitu pula. Kadang-kadang di atas longgokan itu peniaga letakkan latok yang segar, tetapi di bawahnya tersembunyi pula latok yang sudah layu! Sampai di rumah, kecewalah sebab hanya beberapa tangkai saja yang elok, selebihnya latok layu yang mungkin jualan pada hari kelmarin yang tidak habis!

Amie kongsikan paparan tentang Khasiat Latok di bawah ini:

Sumber : Google

Latok ialah sejenis rumpai laut seakan-akan telur berwarna hijau yang dijadikan ulam oleh masyarakat Sabah.

Latok atau Caulerpa lentillifera merupakan sejenis makanan tradisi terutamanya di kalangan masyarakat Bajau dan Sulu di Sabah. Rumpai laut ini atau dikenali juga sebagai anggur laut kebiasaannya dimakan bersama nasi dan lauk-pauk lain sebagai ulam dan mengandungi pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan kita.


Latok dijadikan ulam sebagai hidangan makan tengah hari.

Video hidangan latok & the gang.

Latok dari Pasar Ikan LD.

Latok yang sudah dibersihkan dan sedia untuk dihidangkan.


Untuk hidangan makan tengah hari (bukan hari ini), Amie sajikan:
  • Nasi Putih
  • Latok
  • Sambal Pencecah
  • Hirisan Mangga Muda
  • Ikan Kitang Goreng
  • Sayur Petola Tumis Air
  • Sotong Goreng Kunyit

Sayur Petola Tumis Air - tambah suhun dan telur.

Ikan Kitang Goreng

Sotong Goreng Kunyit - bubuh kuah sebab Firdaus suka cari kuahnya.

Latok, mangga muda dan sambal pencecah.

Biasanya kalau makan masakan Bajau, latok dan mangga muda tidak dapat dipisahkan. Sambal pencecahnya pula Ame perbuat daripada cili merah, tomato dan bawang merah. Kisar, dan tambahkan perahan air limau kasturi serta perasakan dengan garam / perasa pilihan.


Sekian, perkongsian hidangan yang sederhana olahannya, bahan yang seadanya namun menambat selera kami sekeluarga.


12 ulasan:

  1. sedapnya latok...terasa bila digigit cruncy

    BalasPadam
  2. teringin nak makan.. kat sini susah nak jumpa orang jual.. huhu..

    BalasPadam
  3. Saya suka latok ni sebab bila makan meletup dalam mulut. Hidangan simple tapi menyelerakan. Dihidangkan pula dalam nyiru. Klasik ni.....

    BalasPadam
  4. Sedap...bila makan meletus - letus dalam mulut...lama dah x makan...

    BalasPadam
  5. latok2 kalau buat gulai lemak kuning sedap kut

    BalasPadam
  6. Sedapnyaaa..nampak betul sedap tu kak Amie...lepas tu ikan kitang tu sedap betul nampaknya...

    BalasPadam
  7. Saya belum pernah coba anggur laut ini. Kata beberapa teman, ada yg suka, ada juga yg tidak. Mereka bilang sedikit fishy. Tp bagi yg suka, katanya enak.

    Sebelum merasakan sendiri, saya tak akan bilang suka atau tidak. Tapi membayangkan anggur laut makan dengan mangga dan sambal, nampaknya sedaap

    BalasPadam
  8. kalau dekat ni dah lama saya terkam hahahhaa

    BalasPadam
  9. Latok memang favorite kami. Lama betul tak makan. Semua sedap hidangkan Kak Amie ni.

    BalasPadam
  10. pernh mkn time outsttaion sabah dlu tp ada skali tu mcm kena keracunan lps tu jd fobia nk makan

    BalasPadam
  11. Tak pernah lagi makan latok ni, kalau ada dijual di sini pasti saya beli. Teringin nak merasa. Berselera tengok hidangan makanan Amie.

    BalasPadam