Bismillahirrahmanirrahim.
Pagi ini langit LD mendung. Hujan rintik-rintik membasahi bumi. Rasa sejuk dan nyaman sekali.
Mari kita cerita tentang latok, sejenis rumpai laut yang kadang-kadang dipanggil dengan nama anggur laut. Biasanya latok dijual secara longgok di Pasar Ikan LD. Di tempat lain seperti di gerai jualan di Jalan Terusan dan pasar ikan di Bandar Tabanak, dijual dengan cara timbangan. Biasanya kalau beli secara timbang, pelanggan boleh pilih dan sudah tentulah akan dapat latok yang masih segar dan cantik. Kalau beli di Pasar Ikan LD, tidak begitu pula. Kadang-kadang di atas longgokan itu peniaga letakkan latok yang segar, tetapi di bawahnya tersembunyi pula latok yang sudah layu! Sampai di rumah, kecewalah sebab hanya beberapa tangkai saja yang elok, selebihnya latok layu yang mungkin jualan pada hari kelmarin yang tidak habis!
Amie kongsikan paparan tentang Khasiat Latok di bawah ini:
Sumber : Google |
Latok ialah sejenis rumpai laut seakan-akan telur berwarna hijau yang dijadikan ulam oleh masyarakat Sabah.
Latok atau Caulerpa lentillifera merupakan sejenis makanan tradisi terutamanya di kalangan masyarakat Bajau dan Sulu di Sabah. Rumpai laut ini atau dikenali juga sebagai anggur laut kebiasaannya dimakan bersama nasi dan lauk-pauk lain sebagai ulam dan mengandungi pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan kita.
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
Latok dijadikan ulam sebagai hidangan makan tengah hari. |
Video hidangan latok & the gang.
Untuk hidangan makan tengah hari (bukan hari ini), Amie sajikan:
- Nasi Putih
- Latok
- Sambal Pencecah
- Hirisan Mangga Muda
- Ikan Kitang Goreng
- Sayur Petola Tumis Air
- Sotong Goreng Kunyit
Ikan Kitang Goreng |
Latok, mangga muda dan sambal pencecah. |
Biasanya kalau makan masakan Bajau, latok dan mangga muda tidak dapat dipisahkan. Sambal pencecahnya pula Ame perbuat daripada cili merah, tomato dan bawang merah. Kisar, dan tambahkan perahan air limau kasturi serta perasakan dengan garam / perasa pilihan.
sedapnya latok...terasa bila digigit cruncy
BalasPadamBetul tu. Pecah di mulut.
Padamteringin nak makan.. kat sini susah nak jumpa orang jual.. huhu..
BalasPadamSaya suka latok ni sebab bila makan meletup dalam mulut. Hidangan simple tapi menyelerakan. Dihidangkan pula dalam nyiru. Klasik ni.....
BalasPadamSedap...bila makan meletus - letus dalam mulut...lama dah x makan...
BalasPadamlatok2 kalau buat gulai lemak kuning sedap kut
BalasPadamSedapnyaaa..nampak betul sedap tu kak Amie...lepas tu ikan kitang tu sedap betul nampaknya...
BalasPadamSaya belum pernah coba anggur laut ini. Kata beberapa teman, ada yg suka, ada juga yg tidak. Mereka bilang sedikit fishy. Tp bagi yg suka, katanya enak.
BalasPadamSebelum merasakan sendiri, saya tak akan bilang suka atau tidak. Tapi membayangkan anggur laut makan dengan mangga dan sambal, nampaknya sedaap