Bismillahirrahmanirrahim.
Lama juga tak masuk dapur. Encik Suami kata 'dapur' kita di luar. Maksudnya, makan di tempat lainlah, bukan di rumah sendiri. Barangkali sebab adakalanya agak lewat balik dari ladang, jadi apabila sampai di rumah rasa hendak berehat sahaja.
Tidak mengapalah. Makan di mana-mana pun sama saja asalkan perut kenyang. Sesekali jengok galeri HP, hendak bersihkan ruangan kenalah padam gambar supaya lebih ringan. Kali ini Amie padam gambar masakan Ikan Bolu Harum Kemangi.
Amie memang peminat ikan bolu. Nama ikan bolu biasa disebut dalam kalangan masyarakat Bugis. Kalau di Indonesia dipanggil ikan bandeng. Di tempat kita dipanggil ikan susu. Orang putih sebut milkfish dan orang Filipina panggil bangos.
Ikan Bolu Harum Kemangi |
Video Ikan Bolu Harum Kemangi
Ikan Bolu |
Inilah rupa ikan bolu. Bentuknya agak panjang, sisiknya warna putih keperakan dan di dalamnya banyak tulang. Ada ikan bolu yang dijual tanpa tulang. Namun begitu, ikan bolu yang masih bertulang rasanya lebih segar. Itu pada cita rasa Amie. Tak tahulah orang lain. Amie pun biasa makan atau beli ikan bolu tanpa tulang untuk digoreng dan juga dipanggang. Apa pun waktu makan Amie mesti cari bahagian perut ikan bolu yang berlemak itu!
Seekor ikan bolu saiz sederhana boleh menjangkau sehingga sekilogram seekor. Dalam gambar di atas, beratnya 900 gram.
Kali ini Amie hendak kongsikan olahan ikan bolu ditambah dengan daun kemangi supaya hasil masakannya lebih harum. Sebelum ini banyak juga Amie kongsikan resipi ikan bolu termasuk masak pindang, singgang, masak lemak, masak tempoyak, masak asam pedas, panggang dan goreng.
Ikan Bolu |
Resipi Ikan Bolu Harum Kemangi
Bahan-bahan:
1 ekor ikan bolu - 900 gram - bersihkan - potong ikut saiz yang digemari
7 tangkai daun kemangi -ambil daun dan pucuknya
2 batang serai - diketuk
3 biji tomato - belah 8
5 biji bawang merah - kupas dan hiris / tumbuk kasar
3 ulas bawang putih - kupas dan hiris / tumbuk kasar
10 biji cili padi - jenis cili padi pondan
1 cawan air asam jawa - sukatan ikut citarasa - boleh gunakan asam keping
1 sudu kecil serbuk kunyit
4 sudu besar minyak
600 ml air
garam / peras pilihan secukupnya.
Bahan-bahan masakan Ikan Bolu Harum Kemangi. |
Cara memasak:
- Panaskan minyak.
- Tumis serai, bawang merah dan bawang putih hingga terbit aroma.
- Tuangkan air. Biarkan hingga mendidih.
- Masukkan ikan bolu, serbuk kunyit, air asam jawa dan tomato.
- Setelah ikan bolu masak, masukkan garam / perasa pilihan.
- Akhir sekali masukkan daun kemangi dan cili padi.
- Biarkan seketika, dan padamkan api dapur.
Ikan Bolu Harum Kemangi |
Jom cari sepinggan nasi putih, sendukkan seketul ikan bolu dengan cili padinya sekali. Wallaaaa... enak banget apabila makan sambil picit cili padinya! Sudahlah harum aroma kemangi, dipedaskan lagi dengan cili padi pondan... ahaks!
Macam tak cukup jika sepinggan sahaja nasi putih. Dulu² sy ingat setiap kali Kak Amie menulis tentang ikan bolu, ia ikan bulu ayam yang selalu masukkan dalam nasi ambeng. Tapi, selepas beberapa kali, sy dah tahu ia ikan susu tapi tak sangka pulak boleh mencecah berat sehingga hampir sekilo gram seekor. Tentu sedap jika dimasak dengan daun kemangi dan tentu asyik makan sambil memilih tulang.
BalasPadamSaiz besar boleh cecah lebih 2 kg.
PadamKalau masak berkuah, isinya lembut dan senang nampak tulang untuk dipisahkan sewaktu makan.
lama x makan ikan susu..SA suka beli yang besar- besar..yang kecik2 tulang banyak..cuma masih x tua masakan apa yang sdap untuk ikan susu ni
BalasPadamBetul SA, saiz kecil nampak sangat banyak tulang.
PadamMasak apa pun sedap.
Dalam resipi tu ada cili padi pondan. Maksudnya macam mana?.
BalasPadam