Bismillahirrahmanirrahim.
Cerita 30 Mei 2025.
Tak sangka pula kami melalui pengalaman kurang menyenangkan sewaktu hendak melepasi Pos Imigresen Sungai Tujoh di sempadan Malaysia - Brunei untuk lolos ke Sarawak.
Rupanya berlaku kesesakan kenderaan yang hendak berurusan di pos kawalan kerana bilangan kenderaan yang terlalu banyak! Sempat juga cari maklumat dalam talian. Barulah kami tahu kalau musim cuti sekolah memang akan berlaku kesesakan berjam-jam lamanya dan kenderaan akan bersusun berkilometer panjangnya! Ditambah lagi, kenderaan masuk dari negara Brunei kerana penduduk Brunei berbondong-bondong datang ke Miri!
Pos Imigresen Sungai Tujoh beroperasi mulai pukul 06.00 pagi hingga 10:00 malam. Biasanya dalam tempoh sehari jumlah kenderaan di antara 3,000 hingga 4,000 buah dan waktu puncak pula mencapai 5,000 hingga 6,000 buah sehari.
Kami sampai di sempadan Brunei - Malaysia waktu tengah hari kira-kira pukul 12:00. Beraturlah van kami di antara ratusan kenderaan dari arah Brunei. Tidaklah dapat dipastikan entah berapa kilometer lagi kami akan tiba di pos imigresen.
Jadinya, habislah waktu kami begitu sahaja.
Pengajarannya : Dalam perjalanan pulang dari Miri ke Brunei nanti, kami mesti keluar awal pagi!
Pengajarannya : Dalam perjalanan pulang dari Miri ke Brunei nanti, kami mesti keluar awal pagi!
Pukul 04:30 petang barulah van kami melepasi pos kawalan. Terburu-burulah mencari masjid untuk solat jamak dalam keadaan kelaparan. Syukur jugalah Amie ada bekalan buah nipah yang dibeli di jeti Kampung Ayer. Amie masukkan buah nipah dalam peti sejuk di Coconut Bay Lodge.
Akhirnya pukul 5:30 petang barulah kami sampai ke kedai makan. Tak ingat apa nama kedai makan tersebut! Perut lapar tak boleh bawa bincang dah.
Sirap Ais penghilang dahaga. |
Banyak jugalah makanan yang ditawarkan di sini, tetapi apabila memesan makanan yang dihajati yang ada hanyalah ayam penyet dan ikan penyet! Penyet pun penyetlah. Jadi semua memesan nasi dengan lauk segala penyet, ayam penyet, ikan tilapia penyet, ikan keli penyet, ikan putih penyet....ahaks!
Amie - Nasi Ikan Tilapia Penyet |
Lapar bah kami!
Video kenangan Brunei - Sarawak
Bestnya jenjalan,, semoga dipermudahkan semuanya
BalasPadamTerima kasih Faizzah.
PadamJalan lagi! Wah!
BalasPadamJalan-jalan cari penat Uncle.
PadamMasya-Allah, banyak sungguh jumlah kenderaan ye. Sabor je la.
BalasPadamSaya tergelak baca perenggan yang penuh perkataan penyet tu. Hehe.. tapi ikan tilapia penyet tu nampak sedap.
Hahaaa... agaknya sudah petang, yang penyet-penyet itulah sahaja yang tinggal.
PadamSabor ajelah kan.
Sedapnya tilapia penyet tu. Dapat teguk sirap ais pun dah sedap sangat lagi2 kalau cuaca tengah panas terik.
BalasPadamAlhamdulillah, panas dari gorengan tu. Sedap jew meratah.
Padamperjalanan yang penuh dengan ujian kesabaran ya
BalasPadamTapi tak apalah semi sebuah pengalaman
wah menunya mantap juga tu
Benar, Pak.
PadamKalau sudah suka berjalana-jalan, harungi saja sampai ke destinasinya.
Menyelerakan ..gambar ikan terbaik..
BalasPadamLapar sungguh waktu ini. Alhamdulillah dapat isi perut sebelum masuk angin.
PadamRamainya orang yang nak melepasi sempadan, kena cari waktu yang sesuai untuk elak beratur yang panjang... kan.
BalasPadamBetul Diela.
PadamKebetulannya inilah kali pertama kami ke Miri ikut jalan darat. Jadi, tak tahu keadaan sebenar.
Aduh banyaknya, ribu ribu kenderaan!
BalasPadamPenyet pun penyet la kak, janji perut terisi :D
Tak sangka begitu banyak kenderaan waktu tu. Pernah dua kali ke Miri tapi naik kapal terbang dari KK.
PadamBanyaknya jumlah kereta kak...so pengajarannya kena la keluar awal esoknya
BalasPadamBetul SA.
PadamSewaktu hendak keluar dari Miri ke Brunei di kemudian harinya, kami keluar awal pagi.
Wahhh.. situasi yg diceritakan Kak Amie ni sebiji macam di Tanah Jauhar ni. Penduduk Singapura berbondong² datang ke Johor setiap kali hujung minggu terutama cuti sekolah.
BalasPadamBiasanya orang Brunei akan Brunei dan Kota Kinabalu, rupanya Miri pun turut jadi tumpuan mereka.
PadamKak Amie, hari yang sama tu saya pula baru nak masuk ke Brunei.. memang saya nampak belah yang nak keluar dari Brunei ke Miri tu memang panjang barisannya...Saya pun terpaksa cut 1 hari di Brunei sebab nak keluar awal pagi. Tips dia memang kena awal pagi. Ntah2 kenderaan kita selisih ja di jalan hari tu..hehe
BalasPadamOoooic!
PadamMemang selisihlah kita ya.
Tak sangka pula begitu lama beratur kenderaan untuk melepasi pos imigresen.