Pages

Ahad, 6 Julai 2025

Nasi Lemak Beras Huma

Bismillahirrahmanirrahim.
Petang tadi ringankan kaki melangkah ke dapur. Kononnya hendak masak nasi lemak lauk sambal tumis ikan bilis. Masak yang ringkas-ringkas sahaja.

Nasi Lemak & The Gang


Beras Kampung

Apabila masuk dapur teringatlah beras huma @ beras kampung @ beras bukit yang dibeli di Kundasang sebulan yang lalu. Ketika itu dalam perjalanan pulang dari jalan-jalan ke Brunei dan Sarawak. Sempat beli tiga bungkus beras, satu bungkus beras pandan wangi dan dua bungkus beras bario. Setiap bungkus berharga RM20.00. 

Pelbagai jenis beras bukit @ beras kampung @ beras huma.


Kita gunakan beras pandan wangi untuk dijadikan nasi lemak. Oleh kerana beras huma tidak makan air, jadi Amie masak cara kukus supaya tidak benyek atau lembik.

Nasi Lemak Beras Pandan Wangi


Encik Suami suka makan salad, jadi Amie tambahkan hirisan timun dengan tomato dan daun salad. Maklumlah apabila sudah berumur seperti kami, kenalah belajar lebihkan makan sayur walaupun nasi lemak biasanya hanya ada timun sahaja.... ahaks!


Inilah sambal ikan bilis idaman hatiku! Selalunya kalau masak nasi lemak, buat sambal bawang sahaja. kali ini hendak mengimbau kenangan lalu. makan nasi lemak dengan sambal ikan bilis.


Telur rebusnya pula bercampur-campur. Dalam satu tray 30 biji, ada telur ayam biasa, ada telur omega juga. Hasilnya, ada kuning telur, ada kuning telur warna oren.

Ikan Bilis Mata Biru & Kacang Tanah Goreng

Lauk Nasi Lemak

Sambal Kerang

Sebenarnya terjumpa iisi kerang di dalam freezer. Kebetulan hendak masak sambal ikan bilis. Jadi sewaktu masak sambal, bahagi dua periuk. Satu periuk bubuh kerang, satu periuk lagi bubuh ikan bilis. Dapatlah dua jenis sambal.

Sup Ceker

Selain isi kerang, jumpa juga ceker. Masak sajalah ceker dalam slow cooker. Tambahkan halia, bawang besar dan bawang putih serta kurma merah. Selepas tekan butang 'high' kita masuk bilik, berehat-rehat. Selepas solat asar turun semula ke dapur. Ceker sudah mula lembut, jadi kita tukar butang 'slow' pula. Lepas itu barulah mula masak nasi lemak.

Mangga Udang

Bismillah

Sekian, cerita masak nasi lemak yang tertangguh dari hari Rabu ke hari Khamis, tertunda lagi ke hari Jumaat. Tak jadi masak hari Jumaat, hendak masak pada hari Sabtu. Akhirnya nasi lemak siap pada petang Ahad.

18 ulasan:

  1. Mesti wangi kan nasi lemak Kak Amie ni ..
    Sambal tumis bilis dan kerang tu menarik hati sungguh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wangi semulajadi, tak sekuat aroma beras wangi Siam tu. Sambal tumis tu agak kering sikit.

      Padam
  2. Menarik beras yang dijual, ada macam-macam warna.
    Hidangan nasi lemak kak Amie pun sangat menarik, tersusun kemas semuanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, ada Macam-macam jenis beras huma. Terima kasih Ujie.

      Padam
  3. Sedapnyaaaa..baru SAbtau beras huma x makan air...so kena kukus kalau nak makan dia ye....akak..mangga udang yg akak tanam ke tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau biasa masak, pandai sukatan airnya boleh masak cara biasa. Kak Amie takut terlembik, tu pasal masak cara kukus. Ya, mangga udang dari pokok sendiri.

      Padam
  4. Banyak betul pilihan beras nya...kalau Linda, memang tak reti nak masak nanti tu...

    BalasPadam
  5. Alamak, pagi² jamu mata kat sini, terus lapor, nk kena bekfes dah ni.. hehehe

    BalasPadam
  6. Maksud tak “makan air” tu camna kak? Senang lembik ke?

    BalasPadam
  7. Akhirnya nasi lemak muncul juga di dapur kak Amie. Ada ikan bilis mata biru kak Amie bagi tu bolehlah digoreng makan begini dengan nasi lemak. Siap ada extra salad tomato dan daun salad langgar hukum nasi lemak. hihi... mesti wangi bau nasi lemak kak Amie guna beras pandan wangi, bertambah wangi pandan letak daun pandan. Kita pulak terasa-rasa baunya sampai sini.

    BalasPadam
  8. Sambal ikan bilis tu menggoda sungguh...

    BalasPadam
  9. sedapnyaaaa....siap ada sup ceker....rambang mata tengok macam-macam jenis beras.....

    BalasPadam
  10. Cantik kejadian nasinya kak, nampak macam jenis beras pulut ke kak berasnya? Kadang teringin nak rasa macamne lah rasa beras- beras lain selain beras yang biasa kita makan ni. Kalau tengok menu akak mesti terliur la

    BalasPadam
  11. Akhirnya En Majid senyum nampak nasi lemak terhidang di dapur.

    BalasPadam
  12. Omputih cakap, better late than never. Alhamdulillah, jadi juga nasi lemak bukan dengan 1, tapi 2 sambal. Sedapnya, nasi lemak homemade. 😋

    BalasPadam