Bismillahirrahmanirrahim.
Dua hari lepas jalan-jalan maya singgah di rumah blogger MAZNI MUNAWAR. Dalam satu entri ada dua cerita. Pertama, tentang Dapat Hadiah Giveaway dari Blogger Notie @ SAJE SUKA-SUKA. Cerita kedua pula mengenai Mari Kenali Blogspot dan Blogger Menyinar 2025 dari blog ETUZA.
Etuza menulis entri Mari Kenali Blogspot dan Blogger Menyinar 2025. Beliau menyenaraikan sebanyak 15 blogger yang aktif menulis. Dalam senarai tersebut, terselitlah URL kita. Terima kasih Etuza yang mengambil inisiatif menyinarkan nama-nama kami di alam maya.
Sewaktu melahirkan Amie's Little Kitchen 14 tahun yang lalu, Amie hanya fokuskan kongsi resipi sahaja memandangkan kepala blog pun tentang dapur. Memang meriah sungguhlah sebab mempunyai ramai rakan dengan minat yang sama. Kami saling bertukar-tukar resepi, mencuba resipi yang dari rakan blogger masakan yang lain. Beberapa tahun kemudian, blogger-blogger masakan semakin menyepi dan boleh dikira dengan jari sahaja yang masih aktif.
Akibat daripada tenggelamnya rakan-rakan dapur, Amie pun ikut berhibernasi! Sewaktu Covid-19 melanda, Amie membuat paparan resipi juga tetapi terasa sangat sunyi tanpa kunjungan rakan blogger masakan. Ketika itu muncullah beberapa blogger yang tidak dikenali menyapa kita. Amie pun tidak hadkan kepada paparan hasil masakan dan kongsi resipi sahaja. Sebaliknya Amie tambahkan cerita-cerita lain termasuk pengalaman mengembara, cerita-cerita keluarga dan seumpamanya.
Alhamdulillah, blog yang dahulu hanya berkisar tentang dunia masakan, akhirnya sudah jadi caca merba dengan pelbagai cerita. Tidak mengapa kan? Walaupun dari dapur, tidak semestinya kisah di bawah tudung saji saja. Di dapur pun kita boleh bercerita macam-macam sebab dapur salah satu tempat untuk keluarga berkumpul!
Sekali lagi terima kasih dan sekalung penghargaan buat saudara Etuza yang mencetuskan idea menarik Mari Kenali Blogspot dan Blogger Menyinar 2025. Mudah-mudahan rakan-rakan blogger sentiasa bersemangat menulis dan berkongsi paparan untuk semua pembaca.
Lebih kurang tahun 2011 kan kak amie mula berblog. Cie dulu pun tenggelam timbul je & carca marba juga. Boleh je seronok je baca blog kak amie.
BalasPadamKan Cie.
PadamYang penting kita ada tempat yang sesuai untuk release tension... hihihiii!
seronok baca blog akak.....dah lama follow kak amie juga..
BalasPadamTerima kasih atas sokonagn Miejaπ
PadamLamanya kak Amie sudah berblog. Saya ada salin resepi yang kak Amie share di blog ni, dalam buku resepi saya, contohnya ayam masak lemak cili padi, rendang daging dan ayam dan asam pedas ikan mabung. Sejenis lebih suka refer buku, dari handphone yang selalu padam skrinnya. π
BalasPadamTerima kasih atas sokongan Totπ
PadamSalam singgah..terkejut dapat penghargaan ...hanya Allah mampu memberi balasan pahala keran membuta Etuza happy..apapun maaf ada ja kesalahan ejaan tak di nafikan lemah saya mengeja ya
BalasPadamTerima kasih kembali saudara Etuza. Saya pun selalu juga tersalah eja, maklumlah saiz huruf yang kecil terutama ketika gunakan HP, jadi terusik huruf jiran sebelah-menyebelahnya.
PadamAduhai terharu...ya Allah berilah kesihatan kepada semua teman blogger saya ini.aamiin
BalasPadamAmin ya Allah.
PadamWaah saya belum kenalan dengan blogger etuza ☺️. Nanti saya nak mampir ke blog nya juga.
BalasPadamSama laah kak Amie. Dulu saya buat blog hanya utk menuliskan pengalaman traveling, supaya tak lupa. Lama2 banyak yg komentar, saya pun BW balik, eh jadi ramaaaai. Saya sukaaa, Krn pada dasarnya saya suka mendapat teman baru ☺️ walau hanya di dunia Maya
Jadinya, dengan berblogging kita bisa merapatkan silaturrahim di camping berkongsi pelbagai info.
PadamUncle peminat setia blog Amie...
BalasPadamTerima kasih Uncle.... terharunya!
PadamMasa PKP dulu, suka baca blog ni sebab ada banyak menu menarik.
BalasPadamTerima kasih banyak sudi singgah. Eh, terkenang pula asyik berkuarantin di rumah masa PKP dulu.
PadamSaya kalau ikutkan sudah lama berblog. Pernah meriah suatu ketika dahulu dengan kawan2 blog sehinggalah satu per satu meninggalkan blog mereka.
BalasPadamItulah kan.... elok-elok meriah berblogging tiba-tiba hilang kawan-kawan blogger.
PadamTahniahnyer tersenarai
BalasPadamBlogger hebat
Terima kasih Wak. Pada saya Wak blogger hebat, dengan pelbagai info tani yang bermanfaat.
PadamSaya salah sorang silent reader kak Amie, sebab akak ada kongsi resipi yang menarik.. hihi suka baca tapi nak masak tak.tahu bilaπ€... apapun tahniah kak Amie kerana tersenarai dalam blog Etuza..
BalasPadamTerima kasih Shikin.
PadamSama-samalah kita memeriahkan dunia penulisan secara maya.
ππππ ππ π§ππππ π ππ πππ ππ πππ π‘πππ‘ππ ππ.. π»π’βπ’βπ’
BalasPadamTak apa Wak.
PadamBiarlah kita menjadi diri kita yang sebenar dan seadanya.
Tahniah kak Amie tersenarai dalam pilihan blogger Etuza. Agaknya saya tergolong dalam blogger yang tak dikenali masa tu kot kan. Blog carca merba pun takpe, janji ada cerita dan tak sunyi. Saya pun carca merba tak ada niche tertentu. hihi...Suka datang blog kak Amie banyak hidangan sedap-sedap dan rare kat sini. Terima kasih share kak Amie.
BalasPadamTerima kasih Fizah.
PadamAlhamdulillah, kita ada tempat yang sesuai dan betul untuk berkongsi idea, selain hobi memenuhi masa terluang.
Betullah tu kan, janji ada cerita, boleh dibaca dan memberi sedikit sebanyak info kepada pembaca.
ehhhh saya tak perasan pulak link blog saya pun ada huhuhuhu...
BalasPadamTaufik dulu ada blog lama tapi da kena hack terus hilang semangat kejap...ini baru nak mula balik
Saya pun tak perasan juga Etuza senaraikan blog link saya.
PadamTahniah Taufik. Semoga terus memberi sinar ilmu kepada para pembaca.
Saya follow Kak Amie sebab suka resepi2 K Amie..
BalasPadamTerima kasih Sueann.
Padamtahniah..truskan menulis
BalasPadamTerima kasih Mama Tisya.
PadamMari sama-sama terus menulis.
Tahniah Kak Amie..
BalasPadamTerima kasih dik.
PadamCongrats Kak Amie, nampaknya SA pun ada dalam senarai...SA bermula 2010 secara aktif..alhamdulillah sampai sekarang
BalasPadamTerima kasih SA.
PadamAlhamdulillah, semuanya kerana sokongan rakan-rakan blogger yang lain.
Tahniah akak, blog akak memang sangat menyinar dan bersinar. Banyak info dan ilmu, paling suka bab penggembaraan akak tu. Kita tak payah pergi sana baca blog akak macam kita pun dah sampai sana.
BalasPadamTerima kasih Dana.
PadamSyukurlah kita ada tempat yang sesuai untuk mengisi masa lapang dengan hobi menulis dan harapnya jadi satu perkongsian yang bermanfaat untuk pembaca.
Saya tak ingat bila masa jadi geng amie. Tapi saya suka baca sebab suka travel dengan amie dan suka melihat gambar serta masakan amie. Semuga kita sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan saya rajin menulis blog macam amie.
BalasPadamSaya rasa Notie datang sewaktu saya kehilangan kawan-kawan blogger masakan. Sewaktu saya terpinga-pinga barulah saya sedar tidak semestinya blogger masakan hanya berinteraksi sesama kami. Setelah hampir kebanyakan mereka 'pergi' saya dapat kawan-kawan baharu!
PadamAmie's Little Kitchen memang menyinar sejak dulu.
BalasPadamTerima kasih SK. Orang Tanah Jauhar lagi berkilau-kilauan memancar terang benderang sampai ke seberang Laut China Selatan!
PadamTahniah Amie. Suka baca blog yang ada macam-macam cerita. Walaupun ada orang kata kena ada niche tersendiri tapi KSarie lebih suka baca blog yang pelbagai kisah yang dikongsikan. Terus kekal menulis yeπͺ
BalasPadamkalau satu forte saja pun bosan juga. banyak2 forte gini kita yg membaca pun luas juga pandangan. ammi pun tak ingat bila ammi mula follow kak amie tp yang ammi ingat masa ammi mula2 buat blog baru ni ammi add nama kak amie yg pertama sebab blog kak amie yang ammi ingat. hahah.
BalasPadamCCL pun baru tahu blog CCL tersenarai juga ,
BalasPadamTahniah kak.. teruskan menulis.
BalasPadamSaya mula berblog 2011 kunun untuk tulis pekembangan Wafi.. masa tu memang cerita dia je lah.
Lama-lama jadi caca marba juga... masak2.. jalan2... makan2 dan entah apa-apa lagi π
Dari judulnya memang blog Mbak ini seperti dihkususkan untuk urusan resep masa-memasak. Tapi sekarang lebih meriah lagi dengan cerita perjalanannya yang menarik.
BalasPadamSaya suka berkunjung kemari, selalu mendapat cerita baru.
Salam,
rasanya saya baru kenal blog puan amie tahun lepas (masa tu baru nak start aktif berblog hehe). prefer lagi blog yang bercampur carca merba macam ni. sekejap tu cerita resipi, sekejap cerita travel dan ada hari cerita pengalaman harian. rasa macam baca diari gitu dan mengenali dengan lebih rapat
BalasPadamagaknya komuniti blogger masakan tu mesti lebih aktif buat content di tiktok mahupun ig kan