Pages

Jumaat, 4 Julai 2025

Di Sana Mengembek Di Sini Menguak!

Bismillahirrahmanirrahim.
Kononnya hendak masak nasi lemak buat makan malam. Sekarang ini waktu makan nasi lemak bukan terhad waktu pagi sahaja. Bila-bila masa boleh menikmatinya. Dari hari Rabu berangan hendak masak nasi lemak tapi asyik tak jadi. Semua bahan sudah ada. Hendak masak petang kelmarin, hari Khamis tapi malas pula. Masak petang Jumaatlah!

Hari ini ada kelas tambahan di ladang. Dalam perjalanan pulang minta Encik Suami singgah di Kedai makan Pakistan. Kebetulan setiap hari Jumaat kedai ini jual nasi briyani. Kami makan tengah hari, agak terlewat di sini.

Sewaktu sedang menyuap nasi ke mulut, Encik Suami usik : Tak jadilah masak nasi lemak hari ini?
Kita ketawa saja.

Nasi Briyani Pakistan

Masing-masing dengan nasi briyani dan lauk pilihan:
  • Nasi Briyani Kambing
  • Nasi Briyani Daging 
  • Teh Pakistani Panas
  • Teh Pakistani Ais
Nasi Briyani Pakistan

Lauk Kambing - Mbbeeeekkkk

Lauk Daging - nguaaakkkkk

Dagingnya sangat lembut, dan berlemak.

Teh Pakistani Panas & Teh Pakistani Ais

Sampai rumah terus tertidur! 
Tak sedar pukul berapa Encik Suamikeluar ambil Firdaus di sekolah. Firdaus sibuk setiap petang ikut latihan choral speaking. Sedang lena, Firdaus kejutkan. Katanya, Bab panggil makan laici. Kita pun bingkas bangun.

Rupanya anak buah beli buah laici dari Kota Kinabalu. Terima kasih atas ingatan untuk kami. Makanlah kami bertiga di dapur. Manis buahnya.

Firdaus tanya, bolehkah dia goreng nasi sendiri? Ada baki nasi semalam dalam peti sejuk. Eh, dia hendak makan nasi goreng pula. Amie pun dengan senang hati setuju dengan cadangannya. Jadi, selamatlah petang ini tak payah masak nasi. Kami berdua sudah kenyang makan nasi briyani, Firdaus pula makan nasi goreng! Pandai pula budak kecil itu goreng nasi. Ada rasalah juga nasi gorengnya.

Buah Laici


Entah bila Encik Suami kutip buah managga udang. Setiap hari ada saja dua atau tiga biji di dapur. Dia sendiri yang bahagi-bahagikan buah mangga dengan adik-beradiknya yang lain.


Kebanyakan buah mangga udang sudah masak tetapi kami tak sempat makan... ahaks! Jadinya Amie minta Encik Suami kupas dan simpan dalam peti sejuk bahagian beku. Kalau ada yogurt nanti Amie jadikan smoothie.


Beberapa hari lepas Encik Suami hantar dua biji mangga udang ke kampung sewaktu kami sama-sama ikut majlis baca Yasin di rumah adik ipar. Dibawanya juga sebiji nanas yang dipetik di belakang rumah kami. Encik Suami tanam sendiri pokok nanas.


Amie sempat meninjau-ninjau belakang dapur, tengok buah mangga udang yang bergantungan di sana-sini. Ada sebiji mangga udang betul-betul duduk bersandar di perdu pokok dan duduk atas tanah.

Mangga Udang menyandarkan diri di perdu pokok.

Sekian, celoteh petang ini.
Dari cerita makan nasi briyani menyimpang jauh ke bawah pokok mangga udang pula!

6 ulasan:

  1. Lauk kambing dan daging tu sedapnya rasa Kak Amie. Teh Pakistani Ais tu pun sama. Wahhh Firdaus bagusnya pandai goreng nasi ya.

    BalasPadam
  2. Sedapnya, makan nasi briyani pakistani. Nampak sungguh sedap! 😋
    Buah mangga udang tu, nampak besar.
    Alhamdulillah, dapat nikmati hasil nanas tanam sendiri. Saya punya pokok nanas masih belum berbuah. Huhu..

    BalasPadam
  3. Terliur pulak tengok nasi beriani dengan kari kambing tu. Besarnya mangga. Laici tu pun sedapnya la. Semua terliur ni. Hahaah

    BalasPadam
  4. Iyee, sekarang ni sampai ke malam menu nasi lemak boleh dihidangkan. Agaknya bilalah nasi lemak tu akan dibuat oleh kak Amie. hihi..Bila tiba masanya. Yang pastinya akan dibuat jugak. Rezeki orang memberi buah laici. Agaknya musim buah laici kot sekarang. Di blog kak Dana pun ada cerita buah laici. Wah, pandai sudah Firdaus masak nasi goreng. Agaknya tengok mommy masak, dia pun dah pandai masak. Banyak juga hasil buah mangga udang tu, boleh juga berkongsi dengan keluarga terdekat. Lumayan besar buahnya. Elok tak ada musuhnya. Dapatlah merasa. Nanas tu macam lama juga dia nak menghasilkan buah. Kalau dapat makan buahnya memang seronoklah menanam.

    BalasPadam
  5. tertarik dgn buah laici & seronoknya menjadi tanaman nenas dan mangga ❤❤

    BalasPadam
  6. Dah lama tak tengok mangga udang Kak Amie. Ni buat jus pun sedap kalau dah cukup masaknya. Hurmm.. agak² bila tu jadi nasi lemaknya? Hihi.

    BalasPadam