Pages

Sabtu, 5 Julai 2025

Cerita Hari Sabtu

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini turun ke ladang. Firdaus pula mengikuti Program Kepimpinan Dare to Lead di sekolahnya. Dalam perjalanan pulang ajak Encik Suami singgah beli yogurt asli dan susu segar. Kononnya hendak buat smothie mangga udang. Encik Suami sudah kupas mangga udang dan sejukbekukan. 

Sempat jugalah buka HP, membaca emel, mesej dalam WhatsAap dan blog rakan-rakan yang telah menerima kiriman hadiah Top 10 Komentator Amie's Little Kitchen. Hanya baca sahaja tanpa tinggalkan komen, sebab jari-jemari lebih besar dari butang hurup HP...ahaks! Selalunya kalau taip di HP, banyaklah kesalahan ejaannya sebab tertekan huruf jiran sebelah-menyebelah.

Sebenarnya Amie silap beli salah satu hadiah dari Cocoa Village. Waktu itu Amie tercari-cari logo halal di luar bungkusan. Amie terus beli dengan menyangka kalau produk koko sudah tentu minuman koko. Waktu hendak bungkus hadiah, barulah perasan rupanya terbeli White Coffee! Alamak!!!! Terfikir juga tidak semua boleh minum kopi. Tidak mengapalah kan? Kalau jenis yang tak minum kopi, bolehlah panjangkan kepada yang boleh minum kopi... heheheee.

Kelmarin petang, tidak jadi masak nasi lemak. Kononnya petang inilah hendak masaknya. Sampai rumah, terus beritahu Encik Suami: Penatlah hari ini. Malaslah hendak masak nasi lemak. Lagi pun Firdaus masih kenyang sebab dapat dua kali makan sewaktu mengikuti program di sekolahnya.

Kebetulan ada ibu murid bawakan Amie buah laici. Makan sajalah buah laici. Sempat juga kisar mangga udang beku dengan yogurt dan susu segar. Jadilah smoothie mangga udang yang segar.

Buah Laici

Smoothie Mangga Udang

Selepas itu Amie pun masuk bilik untuk berehat. Rasa berat pula kepala. Encik Suami pula ada urusan di luar. Amie tertidur, dan apabila bangun rasa pahit pula mulut. Kalau rasa begini memang hendak demamlah agaknya. Jadi, sambung berehat sajalah dalam bilik. Menjelang pukul enam petang, Firdaus  masuk bilik. Katanya Baba panggil turun makan.

Encik Suami sediakan makan malam kami. Sedap pula makan hasil air tangan Encik Suami. Ada ikan goreng, singgang ikan bolu, sambal belacan dan terung goreng. Rasa pahit mulut terus hilang. Menambah nasi dalam pinggan!

Dalam hati berkata, esok pagilah buat nasi lemak untuk sarapan. 
Tiba-tiba terdengar Encik Suami berkata : Daus, esok kita puasa A'Syura yok.
Dalam hati berkata lagi : Tak jadilah buat nasi lemak!


Program Dare to Lead - Tak nampak mana satu muka Firdaus.

2 ulasan:

  1. Buat nasi lemak untuk juadah berbuka la mcm tu...

    BalasPadam
  2. Cie memang suka coffee. Jadinya sesuai la white coffee yang akak bagi tu.

    BalasPadam