Pages

Khamis, 17 Julai 2025

Bihun Sup Ikan Batu Goreng

Bismillahirrahmanirrahim.
Sudah makan tengah hari? Kami makan bihun sup untuk alas perut selepas balik dari ladang. Kami sudah tidak kisah tentang makanan apa yang hendak dimakan, asalkan mengenyangkan sudah memadai. Selepas hantar Firdaus ke sekolah agama, kami singgah makan di Bandar Tabanak. 

Amie hendak makan Bihun Sup dengan Ikan Batu Goreng  sementara Encik Suami berminat memesan Bihun Goreng dengan Ikan Kerapu Goreng. Kedua-dua isi ikan disalut tepung dan digoreng rangup, dihidang panas.

Amie : Bihun Sup Ikan Batu Goreng

Bihun Sup dan Ikan Batu Goreng didatangkan secara berasingan. Sewaktu hendak makan, ambil ikan goreng dan makan bersama bihun sup.

Bihun Sup

Ikan Batu Goreng

Ikan Batu Goreng sudah dimasukkan ke dalam mangkuk Bihun Sup.

Tambahkan sambal cili padi untuk rasa yang lebih pedas.

Bismillah.

Encik Suami : Bihun Goreng dengan Ikan Kerapu Goreng.

Set Bihun Goreng datang bersama semangkuk sup kosong.

Bihun Goreng dengan Ikan Kerapu Goreng.

Minuman : Chinese Tea Panas

Sudah hirup sup, minumannya pun panas! Berpeluh-peluhlah kami di kedai makan. Selesai makan cepat-cepat masuk kereta, cari sejuk-sejuk air-cond! Ahh.... nyaman bah!

32 ulasan:

  1. First time SA tengok menu macam ni Kak Amie...nampak sedap..mesti ikan tu garing...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalu kami makan menu begini di kantin, tapi setelah bertukar pengusahanya terpaksalah cari makan di kedai pula.

      Padam
  2. Dekat Sabah banyak sangat ikan fillet macam ni...mudah nak makan...dulu ddk sabah suka ikan fillet goreng masak berlada...hari2 makan pun ok...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, banyak pilihan ikan. Banyak bekalan protein.

      Padam
  3. Sedapnya kak amie...terus terasa nak tiru menu akak. Kak kalau tak keberatan, akak buatlah entry dekat ladang,teringin nak tengok mesti best akak monitor ladang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Mieja.
      Biasa-biasa saja kerja ladang ni, tiap-tiap pagi bersiap-sedia untuk keluar menoreh.

      Padam
  4. Bihun goreng tu, nampak macam suhun goreng. Satu kelainan, makan bihun sup atau bihun goreng bersama ikan goreng. Lagi-lagi ikan celup tepung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Istimewanya gunakan isi ikan segar digoreng rangup. Kiranya pengganti fishcake atau fishball.

      Padam
  5. Oh ikan goreng makan dengan beehoon sup. oh sedap juga kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, isi ikan salut tepung digoreng rangup.

      Padam
  6. Special betul bihun sup dekat tempat akak, lain dari yg lain bila ada ikan goreng atas tu. Mesti sedap hirup sup panas-panas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Supnya memang sedap Dana. Tak banyak bahan atau rempah, tetap menggoda selera.

      Padam
  7. ganding ikan batu goreng n bihun sup sedap tu

    BalasPadam
  8. Menarik sungguh bihun sup ni. Terpancing selera saya, kak.

    BalasPadam
  9. Ikan Batu tu ikan ape kak? Kalau stonefish Tu bukan ke beracun?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Keluarga ikan batu ni banyak jenis. Bukan stonefish.... matilah pelanggan kalau dihidangkan ikan beracun hihihiii!

      Padam
  10. Kita kecur tengok ikan batu tu, nampak crispy betul. Rasanya, nama jer ikan batu tapi isinya lembut, betul tak, Kak Amie?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, nama batu tapi isinya putih bersih, lembut sangat. Kena orang pandai mengolahnya.

      Padam
  11. Dari penglihatan kasar nampak garing... Sedap Krup krap krup krap

    BalasPadam
  12. Oh sedap ye makan dengan ikan. Tak pernah lagi makan macam ni. Ikan batu tu pun tak kenal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di Sabah ni banyak sangat hasil lautnya. Saya pun tak khatam lagi nama-nama ikan di sini.

      Padam
  13. First time nampak menu bihun sup + ikan batu goreng. Ikan batu pun saya tak pernah tau macam mana rupanya. Semoga saya dapat merasa makan menu ini satu hari nanti

    BalasPadam
  14. lain macam betul hidangan disana ye. kalau disini macam kedai chinese style je ada hidangan yang ada ikan gini contohnya fish curry noodle, fish noodle soup

    BalasPadam
  15. Aiiiih kak Amie 😍😍😍. Memang nampak sedaaap. Mihun sup biasanya selalu gurih, hangat, ini pula tambah ikan fillet yg digoreng tepung 👍👍. Kasih sambal biar makin mantap, makin teringiiiin sangat saya eksplor Sabah Sarawak utk wisata kuliner lah

    BalasPadam
  16. awal-awal nya kak ana ingatkan kaki ayam bersalut tepung tadi Amie :) rupanya ikan ..

    BalasPadam
  17. Ya, kenyang yang lebih diutamakan. Tak usah banyak fikir nak makan apa kan. Jarang ikan goreng bersalut tepung ni. Biasa ayam, udang, sotong bagai. Nampak sedaplah pulak makan macam ni. Haruslah cari air cond lepas makan sup. Dia punya panas dan keluar peluh tu rasa segar tapi dalam masa yang sama kena sejukkan badan juga.

    BalasPadam
  18. Nampak crunchy ikan batu goreng tu.
    Senang lah nak makan bila berbentuk fillet.

    BalasPadam
  19. menu yg unik. jarang makan bihun sup dgn ikan :D rupanya mcm ikan goreng yg diletakkan asing dari bihun ye

    BalasPadam