Bismillahirrahmanirrahim.
Catatan 06 Februari 2025 bersamaan pada hari Khamis.
Amie tidak buat catatan lengkap sebagaimana kebiasaannya dalam kembara ke luar. Jadinya sewaktu menulis entri ini, hanya satu sahaja yang Amie ingat iaitu jus oren yang pekat dan sedap! Maklumlah, jus yang disediakan oleh negara pengeluar oren ini tiada campuran gula atau ais. Memang sudah sedia sejuk.
Dan pagi itu, tak berapa rajin untuk merakam gambar-gambar hidangan pagi.
Antara pilihan roti yang sentiasa panas. |
Seperti biasa, mesti ambil salad. Ada telur rebus! |
Ada msemen @ m'lawy. Ambil sekeping, dan ambil juga butter.
Roti bentuk bulat : Harcha. |
Oleh kerana makan roti cepat mengenyangkan, jadi ambil lagi sekeping roti bentuk bulat yang dipanggil harcha. Harcha ialah roti Maghribi tradisional yang diperbuat daripada semolina, sejenis tepung gandum durum dengan warna keemasan dan rasa manis.
Entah bila lagi akan berkunjung ke Morocco untuk menikmati rotinya yang sedap-sedap ini. Kita tidak dapat menjangkakan rezeki untuk datang ke sini. Tahun 2017, sewaktu Amie jejak kaki ke Bosnia memang tidak terfikir untuk datang lagi memandangkan perjalanan yang begitu jauh dan memakan masa yang lama. Dengan izin Allah, tahun 2024 dapat pula berkunjung buat kali kedua.
Mana tahu, ada umur panjang dan rezeki Allah boleh jejak Morocco buat kali kedua!
Amie memakai baju sejuk tradisional Morocco yang dibeli di Pasar Tradisional Chafchaouen pada petang kelmarin.
Majorel Voyage, bas yang akan membawa kami ke pelabuhan sudah menunggu untuk berangkat. Jami dijangkakan menyeberangi Selat Gibraltar pada pukul 10:30 pagi dan tiba di Algeciras, Sepanyol menjelang tengah hari.
Jadinya, pagi sarapan di Morocco, benua Afrika dan makan tengah hari di Sepanyol, benua Eropah.
Oo jus di sana tak campur gula ye. Memang sedaplah kalau gitu, rasa manis dari buah sebenar. Di sini kaya dengan pelbagai jenis roti. Sedap tu makan panas-panas. Oo patutlah nampak unik sikit, rupanya di beli disana. Tak rugilah kak Amie membeli, boleh buat kenangan dan pakai sekali.
BalasPadamBest2 nya jalan negara orang & cuba makanan mereka.
BalasPadamKapan saya bisa ke luar negeri ya
BalasPadamPengen mencoba menu-menu yang ada di sana
Nanti setelah target negara2 antimainstream saya selesai, baru saya akan ke morocco 😄👍.
BalasPadamCantiiiik baju dingin kak Amie itu. Sukaaaa lah 😍😍😍
Oh harcha dibuat dari semolina/suji ya. Mesti sedap. Cantiknya hoodie yang Kak Amie pakai. Kalau anak solehah nampak mesti nak beli jugak tu.
BalasPadamWow Mbak Amie keren sekali... Sarapan pagi di Morocco, makan siang di Spanyol. Dua aktivitas yang dilakukan di dua benua yang berbeda.
BalasPadamLuar biasa Mbak...
Salam,
Stylo betul baju sejuk baru, sangat colorful! Terima kasih bawak kami jalan2 morocco. Kita pun ikut cuci mata tengok souvenir cantik2 kat sana 🤭
BalasPadamNampak akak pakai baju tu, baru nak tulis mesti beli kat sana... betullah.
BalasPadamNice!
Bestnya Amie. tumpang seronok tgk org travel2 sana sini ni.
BalasPadamtapi, memang nampak stylo lah kak Amie pakai baju sejuk tu...
BalasPadamSana mmg sejuk sangat ye Kak Amie...suka SA tgok Kak Amie travel sana sini..bila agaknya turn SA
BalasPadam