Pages

Isnin, 9 Jun 2025

Sarapan Pagi di Morocco, Makan Tengah Hari di Sepanyol

Bismillahirrahmanirrahim.
Catatan 06 Februari 2025 bersamaan pada hari Khamis. 
Amie tidak buat catatan lengkap sebagaimana kebiasaannya dalam kembara ke luar. Jadinya sewaktu menulis entri ini, hanya satu sahaja yang Amie ingat iaitu jus oren yang pekat dan sedap! Maklumlah, jus yang disediakan oleh negara pengeluar oren ini tiada campuran gula atau ais. Memang sudah sedia sejuk.

Dan pagi itu, tak berapa rajin untuk merakam gambar-gambar hidangan pagi. 

Antara pilihan roti yang sentiasa panas.




Seperti biasa, mesti ambil salad. Ada telur rebus!


Ada msemen @ m'lawy. Ambil sekeping, dan ambil juga butter.

Roti bentuk bulat : Harcha.

Oleh kerana makan roti cepat mengenyangkan, jadi ambil lagi sekeping roti bentuk bulat yang dipanggil harcha. Harcha ialah roti Maghribi tradisional yang diperbuat daripada semolina, sejenis tepung gandum durum dengan warna keemasan  dan rasa manis. 

Entah bila lagi akan berkunjung ke Morocco untuk menikmati rotinya yang sedap-sedap ini. Kita tidak dapat menjangkakan rezeki untuk datang ke sini. Tahun 2017, sewaktu Amie jejak kaki ke Bosnia memang tidak terfikir untuk datang lagi memandangkan perjalanan yang begitu jauh dan memakan masa yang lama. Dengan izin Allah, tahun 2024 dapat pula berkunjung buat kali kedua.

Mana tahu, ada umur panjang dan rezeki Allah boleh jejak Morocco buat kali kedua!


Amie memakai baju sejuk tradisional Morocco yang dibeli di Pasar Tradisional Chafchaouen pada petang kelmarin. 
Majorel Voyage, bas yang akan membawa kami ke pelabuhan sudah menunggu untuk berangkat. Jami dijangkakan menyeberangi Selat Gibraltar pada pukul 10:30 pagi dan tiba di Algeciras, Sepanyol menjelang tengah hari.
Jadinya, pagi sarapan di Morocco, benua Afrika dan makan tengah hari di Sepanyol, benua Eropah.

11 ulasan:

  1. Oo jus di sana tak campur gula ye. Memang sedaplah kalau gitu, rasa manis dari buah sebenar. Di sini kaya dengan pelbagai jenis roti. Sedap tu makan panas-panas. Oo patutlah nampak unik sikit, rupanya di beli disana. Tak rugilah kak Amie membeli, boleh buat kenangan dan pakai sekali.

    BalasPadam
  2. Best2 nya jalan negara orang & cuba makanan mereka.

    BalasPadam
  3. Kapan saya bisa ke luar negeri ya
    Pengen mencoba menu-menu yang ada di sana

    BalasPadam
  4. Nanti setelah target negara2 antimainstream saya selesai, baru saya akan ke morocco 😄👍.

    Cantiiiik baju dingin kak Amie itu. Sukaaaa lah 😍😍😍

    BalasPadam
  5. Oh harcha dibuat dari semolina/suji ya. Mesti sedap. Cantiknya hoodie yang Kak Amie pakai. Kalau anak solehah nampak mesti nak beli jugak tu.

    BalasPadam
  6. Wow Mbak Amie keren sekali... Sarapan pagi di Morocco, makan siang di Spanyol. Dua aktivitas yang dilakukan di dua benua yang berbeda.
    Luar biasa Mbak...

    Salam,

    BalasPadam
  7. Stylo betul baju sejuk baru, sangat colorful! Terima kasih bawak kami jalan2 morocco. Kita pun ikut cuci mata tengok souvenir cantik2 kat sana 🤭

    BalasPadam
  8. Nampak akak pakai baju tu, baru nak tulis mesti beli kat sana... betullah.
    Nice!

    BalasPadam
  9. Bestnya Amie. tumpang seronok tgk org travel2 sana sini ni.

    BalasPadam
  10. tapi, memang nampak stylo lah kak Amie pakai baju sejuk tu...

    BalasPadam
  11. Sana mmg sejuk sangat ye Kak Amie...suka SA tgok Kak Amie travel sana sini..bila agaknya turn SA

    BalasPadam