Pages

Khamis, 26 Jun 2025

Mexican Tostada & Teman-temannya.

Bismillahirrahmanirrahim.
Tadi, balik dari ladang, singgah cari makan di Beanery Cafe. Hari ini hendak santai-santai sahaja. Kepala yang sakit dari pagi sudah beransur lega. Hairan juga, semenjak hari Sabtu, bangun bagi hendak ke ladang mesti sakit kepala. Balik dari ladang, elok cergas pula. Begitulah, bersambung dari hari Isnin, Selasa, Rabu dan hari ini, Khamis! Pergi ladang bawa kepala yang sakit, balik dari ladang nampak bertenaga!

Amie : Mexican Tostada


Tostada kelihatannya seperti taco, daripada tortilla jagung goreng. Di atasnya dihias dengan pelbagai aksesori seperti avocado, salad, keju parut dan lain-lain.


Mexican Tostada yang Amie makan ini mengandungi pelbagai toping. Ada ayam cincang, ada cendawan, ada telur, tomato dan daun salad. Wah, Mexican Tostada berpesta dalam mulut! Macam-macam ada.


Dalam pinggan Parmigiana Chicken Chop, tertumpah warna-warni sos di atasnya. Ada keju cair, sos marinara. Tidak ketinggalan coleslow dan kentang lenyek.


Kepingan ayam goreng rangup di luar, lembut di dalam.

Encik Suami : Parmigiana Chicken Chop

Seteko kecil minuman panas - passion, mangga dan oren.

Minuman pilihan kami, seteko kecil rasa tropika - passion, mangga dan oren. Masam manis, rasa penuh misteri. Setiap teguk, menghangatkan diri. Segar. Perlahan-lahan kepala menjadi ringan!


Minumlah kami bercawan-cawan (cawan kecil jew).

Matcha Mango Cake

Tidak lengkap rasanya kalau tidak mencuba Matcha Mango Cake. Rasanya yang manis-manis manja, manis tropika terus membuatkan kami tidak berhenti menyuap ke mulut.


Lapisan hijaunya nampak lembut bagaikan adunan cinta dari timur dan selatan, diwakili teh hijau dari Kyoto dan hirisan mangga dari kebun tropika. Keseimbangan rasa adalah hasil sentuhan lengkap kesemua bahan yang diadun bersama.

Alhamdulillah

12 ulasan:

  1. Agaknya kena rehat dan bertenang-tenang dulu baru rasa OK, tak pening. Cuti lama ni bolehlah santai-santai sikit. Saya baru tahu kewujudan nama Tostada ni. Kalau Mexican ni mesti ada rasa pedas-pedas sikit.
    Air tu bermacam-macam campuran rasa ye. Misteri sungguh, pelbagai rasa. Biasa matcha strawberry, kali ni matcha mango pula ye.

    BalasPadam
  2. Sedap²nya menu yang disajikan, rasa nak terkam! Belum masuk ladang dah sakit kepala tu memikirkan apa lagi kerja nak kena buat.

    BalasPadam
  3. wow..mexicn food lepas balik dari ladang ye Kak Amie....mantop ni...

    BalasPadam
  4. kalo menu mexican ni saya suka tacos

    BalasPadam
  5. Kalau cuaca panas memang boleh sakit kepala. Ditambah pulak beban di tempat kerja. Nampak menyelerakan semua menu tu.

    BalasPadam
  6. Makanan western sedap juga dilayan.. mexican tostada tu nampak menarik..

    BalasPadam
  7. Saya belum pernah mencoba tostada ini Mbak.
    Tapi dari fotonya sepertinya sangat mengundang selera.
    Matcha Manggo Cake sepertinya terasa segar ketika disuap ya...
    Semoga sakit kepalanya cepat hilang Mbak.

    Salam,

    BalasPadam
  8. Baca tajuk ingatkan entry makan kat Spain 😅
    Semoga sakit kepalanya hilang kak...
    haishh... gi ladang je sakit kepala.. tu macam nak kena rehat kat rumah je.

    BalasPadam
  9. Dulu saya pernah merasakan tiap nak pergi kerja kepala sakit, emosi tinggi selalu. Krn saat itu memang pressurenya gila2an kak. Tp pada akhirnya saya menyerah, dan pilih resign. Baru setelah itu emosi dan sakit kepala mereda 😄. Krn memang sumber sakitnya ketidakcocokan dengan management baru di kantor saat itu. 🤭.

    Waah nampak sedap pula masakan Mexico yg ini. Sepintas keripiknya mirip dengan pangsit goreng yg diksh topping

    BalasPadam