Pages

Rabu, 14 Mei 2025

Terima Huluran Setangkai Pokok Pudina di Lorong Sempit

Bismillahirrahmanirrahim.
Terkejut tak kalau tiba-tiba ada seseorang yang tidak dikenali menghulurkan setangkai pokok pudina ketika kita melalui lorong sempit  seperti di Bandar Lama Fes, Morocco? Apa tujuannya?

Gambar pokok pudina di belakang rumah.



Mungkin juga tour guide kami Mr. Rachid tidak mahir selok-belok lorong-lorong di Medina of Fes. Jadi sekarang kami ada tour guide tambahan, seorang lelaki rendang berjubah tebal warna kuning kecoklatan, berselempang selendang melilit leher dan bertopi tradisi Moorocco.


Kami ikut menyusuri lorong-lorong di sini tanpa henti, dan ikut sahaja ke mana langkah kaki tour guide baharu kami berjalan. Rasanya beliau memang penduduk tempatan di kota lama ini memandangkan kemahirannya bergerak lancar ke lorong-lorong tertentu.


Sambil berjalan, merakam gambar dinding, bumbung dan  jejak yang ditinggalkan di belakang dalam kepala ligat memikirkan:
  • Bagaimana keadaan di sini ketika musim panas?
  • Tidakkah udara akan terkepung di sini, menjadikan keadaan seperti dalam periuk pengukus atau ketuhar?
Sekarang musim sejuk. Rata-rata penduduk di sini memakai jallabah, sejenis jubah tradisi Morocco yang agak berat dan kasar, serta penutup kepala seolah-olah selimut yang memberi kehangatan dan keselesaan kepada pemakainya. Walaupun berada di lorong-lorong yang terkurung tetap juga berada sejuk.

Menurut tour guide kami, semakin hari semakin ramai yang membuat rumah di bawah tanah! Maknanya mereka menggali bahagian bawah tanah samada untuk dijadikan tempat tinggal atau tempat berniaga!

Oh, banyak perkara yang aneh dan berbeza dari tempat kita yang perlu dipelajari.

Pemandangan bahagian atas lorong-lorong yang dilalui.

Boleh dikatakan setiap hari, di mana-mana sahaja sewaktu Amie mengambil gambar, ada sahaja yang tegur! Itu pun hendak ambil gambar kah? Tapi Amie senyum-seyum sahaja tanpa menjawab pertanyaan tersebut. Biarlah, HP sendiri juga kan.


Pada masa yang sama memang di hati berasa kagum melihat kota lama ini masih wujud dan dapat dilihat generasi demi generasi. Barangkali sekiranya dibaikpulih atau diselenggara dengan sempurna dari semasa ke semasa sudah tentu akan kelihatan lebih 'hidup' seperti kota-kota lama di Eropah.















Cantik-cantik pula beg tangan di dinding ini.


Oh, cerita tentang Terima Huluran Setangkai Pokok Pudina di Lorong Sempit sebenarnya begini:
Tour guide mengarahkan kami memasuki lorong yang lebih sempit dan di situ ada anak-anak tangga. Lebarnya hanya muat seorang sahaja untuk melaluinya. Pada ketika itu seorang lelaki menghulurkan setangkai pokok pudina kepada kami. Apa tujuannya, kami pun tidak tahu. Amie sempat ambil gambarnya tetapi  tidak terang sebab hendak cepat-cepat naik tangga ikut yang lain naik ke atas.

Lelaki Morocco dengan pokok pudina di tangan.

Nanti kita cerita kenapa kami diberi pokok pudina setangkai seorang.

10 ulasan:

  1. Sana memang sempit2 kan? Macam masuk terowong masa!

    BalasPadam
  2. Beg kat dinding tu beg kulit kut amie cantik lah design dia

    BalasPadam
  3. ok saya tggu cerita pokok pudina tu...

    BalasPadam
  4. Misteri pokok pudina, tak sabar ni.
    Cantiknya lah. Suka tengok senibina, hiasan dinding dll nya, serta lorong yang penuh dengan hiasan unik dan kedai menjual berbagai barangan.

    BalasPadam
  5. seram pula kita lalu celah2 bangunan tu...

    BalasPadam
  6. Lorong-lorong tu mengingatkan cerita omputih macam Mission Impossible.

    BalasPadam
  7. daun pudina buat air detoks sedap

    BalasPadam
  8. Jauh perjalanan di lorong sempit ni. Terfikir juga tak panas ke pakai tebal tebal tu. Rupanya sejuk di sini. Mujurlah juga sejuk. Kalau panas, lagi berkicap di lorong ni. Saya pun suka ambil gambar di segenap sudut yang dirasakan menarik mata memandang. Tempat ni ada kisahnya sendiri. Gigih mereka yang gali buat rumah tu. Okay dah tahu kenapa dapat daun pudina ni sebab dah banyak entry yang awal dari ni. hihi...

    BalasPadam
  9. Emang unik Maroko ini ya kak Amie. Dengan arsitektur nya, dengan lorong2 nya, budaya mereka, seni tangan nya, teringin sangaaaat saya kesana.

    Penasaran pula kenapa diksh pucuk mint oleh orang sana. Saya auto berpikir scam, macam di Paris atau Italy. Tapi harap2 yg ini bukan scam ya...

    BalasPadam