Bismillahirrahmanirrahim.
Tangan kiri memegang tangkai pokok pudina, tangan kanan memegang HP. Anak-anak tangga terus didaki, dari satu tingkat ke tingkat yang lain. Kami berhenti di tingkat tiga, Chouara Tannery untuk menyaksikan tempat penyamakan kulit tertua dan paling terkenal di Maghribi. Kedudukannya berada di bawah, dan jauh dari tempat kami berdiri. Di sini, kulit dicelup menggunakan kaedah tradisional, menghasilkan warna merah, biru, kuning dan hijau yang terang. Prosesnya sudah tentu aromatik, tetapi menyaksikan hasil kerja tangan yang berusia berabad-abad ini sungguh menakjubkan! Souk Jeld merupakan tempat yang hebat untuk membeli-belah barangan kulit, daripada beg dan jaket, kasut dan juga dompet.
Ketika ini masih pegang pudina.
Akhirnya berasa terganggu asyik pegang tangkai pudina, maka kita pun masukkan ke dalam tong sampah. Rupa-rupanya daun pudina tadi digunakan untuk dihidu, sebab suasana dipenuhi aroma dari tempat menyamak kulit lembu!
Tempat penyamakan kulit Chouara Tannery. |
Chouara Tannery merupakan salah satu daripada tiga tempat penyamakan kulit di bandar Fes, Maghribi. Ia adalah penyamakan kulit terbesar dan tertua. Kedudukannya terletak di Fes el Bali, suku medina tertua di bandar ini, berhampiran Madrasa Saffarin di sepanjang Oued Fes (juga dikenali sebagai Oued Bou Khrareb). Sejak penubuhan bandar, industri penyamakan terus beroperasi dengan cara yang sama seperti yang berlaku pada abad yang lalu. Industri penyamakan di bandar ini dianggap sebagai salah satu tarikan utama pelancong. Tempat penyamakan kulit dibungkus dengan bekas batu bulat yang diisi dengan pewarna atau cecair putih untuk melembutkan kulit. Barangan kulit yang dihasilkan dalam penyamakan kulit dieksport ke seluruh dunia
Rakaman video tempat penyamakan kulit dari tingkat tempat kami berdiri.
Dari sini dapat kita lihat pemandangan sekeliling yang padat dengan bangunan yang mungkin juga merupakan rumah penduduk di sekitar bandar Fes.
Ketika ini barulah faham kegunaan pudina! Syukurlah dapat sehelai dua dari rakan rombongan. Bolehlah diramas-ramas dan dihidu!
Kulit lembu di sidai di tepi tingkap. |
Cantikkan? |
Walaupun di luar sempit dan beraroma di bahagian penyamakan kulit, namun ada ruang duduk yang cantik dengan hiasan dinding dan lantainya yang menarik.
Setelah menuruni anak-anak tangga yang dikepung dinding sempit, akhirnya kami dibawa keluar oleh tour guide Fes yang memakai jallabah, jubah tradisional Morocco yang tebal dan bertopi.
Melihat gambar di atas, boleh tak bayangkan betapa sempitnya lorong demi lorong yang kami lalui sepanjang berada di sini?
Berakhirlah pengembaraan menyusuri lorong-lorong misteri menuju Kilang Samak Kulit di Souk Jeld. |
Di Maghribi, souk merupakan tradisi dan kehidupan seharian. Penduduk tempatan berkumpul untuk membeli barangan harian, bertemu rakan dan mengejar berita. Setiap souk di Fes mempunyai watak dan tujuan yang unik, selalunya dinamakan mengikut produk yang dijual di dalamnya. Di sini, pelancong akan menemui segala-galanya daripada hasil segar dan rempah ratus hingga barangan tembaga dan kulit buatan tangan. Sesungguhnya, setiap kawasan menawarkan pemandangan yang berbeza berkaitan budaya Maghribi.
Jadi, menjadi kerugian jika datang ke Fes tidak singgah di Souk Jeld. Aktiviti melawat pasar di Medina of Fes adalah satu kemestian untuk merasai warisan yang meriah di bandar lama ini.
dapat cover bau dengan daun pudina...
BalasPadamlawa bila dah diwarnakan, dekat situ boleh terus beli produk nya ke?
Boleh beli di sini.
PadamHarga pun murah.
Ohh itu kegunaan daun pudina ya. Cantiknya warna pink tu. Selalu nampak warna hitam, cokelat saja kan. Begitu rupanya proses menyamak kulit. Banyaknya design jaket2, cantik2 lah. Thanks for sharing Kak Amie.
BalasPadamYa, memang cantik warna pink tu. Tak sangka dari kulit lembu.
PadamMesti bau dia mencucuk hidung...nasib ada daun pudina...tapi cantik hasil kraftangan kulit tu...
BalasPadamKami berada ditingkat atas.
PadamTempat menyamak tu di bawah, agak jauh tapi masih terasa aromanya dari tempat kami.
Produk kulit, tapi berwarna-warni! Cantik menyerlah warnanya.
BalasPadamHehe…rupa-rupanya ada sebab diberi daun pudina tu ya.
Ya, cantikkan hasil dari kulit lembu.
PadamBesarnya kilang samak kulit tu.. penduduk pasti dah biasa dengan aroma.
BalasPadamMujurlah diberi daun pudina kepada tourist.
Ya, rasanya memakan masa juga tu rendam kulit. Mesti keluar aromanya menyebar ke mana-mana kawasan sekitar.
Padamwahh lain macam sampai guna daun pudina....mesti menyengat semacam bau nya...hihihihi
BalasPadamSalam kenal dari New Follower....jemput lah singgah di teratak saya yang tidak seberapa ni
Terima kasih singgah sini.
PadamSudah singgah malam semalam. Selamat berblogging.
Tertanya² juga baunya bagaimana ye Kak Amie? Apapun pastinya satu pengalaman unik kan dapat melihat tempat penyamakan kulit haiwan ni
BalasPadamTak ingat dah macamana baunya. Memang seronok jugalah dapat tengok tempat menyamak kulit.
PadamBau busuk / tengik tu mesti teringat sampai sekarang kan?
BalasPadamSaya tak ingat dah baunya Uncle. Tidaklah sampai bau tengik, cuma aroma yang tidak menyengat sangat sebab tempat samak tu di bawah, kami di tingkat tiga kilang.
PadamOoo..itu kegunaan daun pudina rupanya...tapi kan kak..SA selau fikir, product yang di buat guna kulit lembu ni lepas u memang xde bau erk bila dah jadi product..ke ada chemical yang digunakan untuk hilang bau
BalasPadamKalau dah sempit macam tu kenapa lah tidak dibuat di satu kawasan yang besar untuk proses dia. Lawa-lawa beg kulitnya. Kalau kat turki ya ampun mahal bebenor. Boleh pandang dan lihat saja.
BalasPadamSiap dibekalkan dengan daun pudina. Bersebab rupanya. Mesti aroma prosesnya tu terlalu kuat baunya. Hasil produk buatannya cantik dan kemas. Tak dapat bayangkan berjalan di lorong yang sempit tu. Sesak rasanya.
BalasPadamAlhamdulillah bukan scam ya kak 😄😄👍. Ternyata utk dicium. Mengganggu sangat kah bau kulit itu? Saya pernah ke pabrik kulit sapi di sini, tp aromanya tak mengganggu. Saya masih oke mencium bau nya
BalasPadam