Pages

Sabtu, 17 Mei 2025

Sofea Hotel di Tengah Bandar Fes

Bismillahirrahmanirrahim.
Selasa. 04 Februari 2025. Akhirnya Majorel Voyage menurunkan kami di hadapan Sofea Hotel, di Rue De l'Arabie Saoudite yang terletak di tengah-tengah bandar Fes berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Fes-Saïss.

Sebaik sahaja sampai ke bilik rasanya hendak terus rebahkan diri di atas katil! Kombinasi warna bilik dan cadar yang kelihatan hangat menggamit diri untuk berehat sahaja. Apabila melihat smartwatch, sepanjang hari ini kaki sudah melangkah sejauh 6.45 KM. Apa tidaknya, melalui entah berapa banyak lorong, naik turun tangga dan masuk pasar keluar pasar!

Hotel Sofea - gaya lama tetapi tetap memberi keselesaan!


Keesokan paginya barulah sempat ambil gambar di lobi hotel sebab malam itu sangat letih. Selepas daftar masuk hotel, kami bawa beg ke bilik dan kemudian turun ke dewan makan untuk makan malam. Kita tinggalkan dahulu cerita hotel yang sentiasa menyembunyikan kecantikan dalamannya dari pandangan luar ini.

Dari kunci yang diberi, kita sudah boleh agak Hotel Sofea sudah berusia. Namun kita harap biarlah old school, tapi tetap seindah namanya!

Mencari Bilik 110.


Buka sahaja pintu, pemandangan bilik dengan katil yang indah ini sudah cukup menawan hati untuk merasakan keselesaannya!









Dalam almari, ada bantal extra dan dua helai selimut.
Tidaklah berasa sejuk sangat ketika masuk ke bilik sebab sudah dipasang air heater. Di HP, suhu menunjukkan bacaan 8'C.



Di Morocco, memang selalu jumpa benda-benda tersembunyi. Dalam bilik hotel pun sama. Tidak sangka pula di bawah meja lama ini ada mini peti sejuk. Memanglah biasanya dalam hotel ada mini peti sejuk tapi siapalah sangka, boleh berada di tempat seperti ini... ahaks!

Kalau tidak dibuka, memang tidak tahu ada mini peti sejuk di dalamnya. Bentuknya pun seperti laci!


Sekali pandang seperti tiada apa-apa. Dua kali pandang ternampak pula dua buah gelas.


Jom kita pusing belakang, masuk ke sebelah kanan pula. Itulah pintu arah ke bilik air.




Ringkas dan kemas namun tetap kelihatan cantik dan selesa.





Paling tak menarik hati sudah tentulah mangkuk tandas yang dua ini.
Tak apalah, yang penting ada air!


Ada pintu pula di belakang mangkuk tandas!

Wokey!
Cepat-cepat hendak turun ke bawah, makan malam dan kemudian naik semula ke bilik. Seterusnya hendak bersihkan diri, solat jamak dan terus tidur!

15 ulasan:

  1. Hotelnya nampak mewah ya
    dekorasinya unik dan menarik, bersih.
    nyaman banget

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar Pak.
      Tidur nyaman sampai tak sempat mimpi.

      Padam
  2. Memang deko dan interior bilik hotel ni, design sana lah. Bersih kemas, warna nya juga. Memang lega kan seharian berjalan, akhirnya sampai bilik hotel.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berbaloi, penat seharian dapat berehat panjang di bilik yang selesa.

      Padam
  3. Cantik bilik hotel. Nampak selesa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap mata memandang. Rasa sejuk pun hilang melihat warna hangat begini.

      Padam
  4. Tandas yg satu lagi tu utk ong laki kot, hihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mangkuk bertutup tu untuk membuang, mangkuk ada paip tu untuk mencuci.

      Padam
  5. Cantiknya corak cadar hotel tu. Lepastu yg petu ais tu, kalau saya pun tk expect ada peti ais kat situ. Nampak mcm laci

    BalasPadam
  6. Ada lagi telefon kring kring tu.

    BalasPadam
  7. Walaupun hotel old school tapi kebersihan dan kekemasan tu elok terjaga. Selesalah untuk kita berehat dan bermalam. Mesti lena tidur selepas jauh berjalan tanpa sedar. Jauh berjalan, stepsnya pun mesti banyak.

    BalasPadam
  8. Hahahahha apalah fungsi pintu di belakang toilet yaaa. Utk simpan keperluan toiletries kah?

    Vintage tp terawat. Saya sukaaaa. Nampak nyaman juga .

    BalasPadam
  9. Classic dan old school tapi selesa dan bersih dah cukup dah kan kak..ni mesti letak kepala je terus lenyap dah...kalau SA la...

    BalasPadam