Pages

Sabtu, 17 Mei 2025

Makan Nasi Morocco @ Nasi Moroccan di Hotel Sofea

Bismillahirrahmanirrahim.
Sudah jadi kebiasaan, beri makan HP terlebih dahulu kemudian barulah layan perut sendiri.  Kali ini tidak sempat suapkan makanan ke HP kerana leka mengambil gambar di ruangan lobi hotel. Kebetulannya malam itu ada hidangan nasi yang sememangnya sentiasa dinanti-nantikan oleh peserta rombongan. Jadinya, tidaklah dapat ambil gambar yang sempurna kerana lambat sampai. Gambar di bawah ini sahajalah jadi kenang-kenangan.

Nasi beraroma iaitu Nasi Morocco @ Nasi Moroccan  dalam gambar ini turut disediakan dengan pilihan kentang goreng, ayam panggang, kambing dan ikan.


Masakan Maghribi @ Morocco sangat istimewa kerana ia merupakan gabungan tradisi kulinari yang meriah, diambil dari pengaruh Arab, Berber, Andalusia, Mediterranean dan Afrika. Olahan mereka terkenal dengan rasa yang berani dan pelbagai, selalunya dicapai melalui penggunaan rempah ratus seperti jintan manis, kayu manis, halia dan kunyit. Ini termasuklah bahan-bahan utama seperti kambing, aprikot, buah zaitun, kacang ayam, kunyit dan lemon yang diawet. Hasilnya timbullah aroma yang semerbak yang sungguh lazat!

Gambar ini diambil di lobi hotel.
Nantilah, dalam entri berikutnya Amie kongsikan gambar-gambar dengan hiasan dalaman di lobi hotel.

Dari lobi hotel menuju ke ruang dewan makan.


Dewan makan di sini luas dan sangat selesa.


Selain hidangan nasi dan lauk-pauk, terdapat hidangan pilihan lain seperti roti dan salad.

Roti.

Hirisan kek gulung.

Dessert seperti dadih.

Makaroni.

Hirisan tomato dengan bawang besar.

Buah zaitun.

Hirisan timun dan pelbagai campuran salad.

Jeruk Ubi Bit Merah (Beetroot Pickle)

Lobak Merah

Kentang

Hirisan Kobis

Aneka Salad

Salad and the gang.

Kita ambil salad and the gang dan sedikit Nasi Morocco bersama kentang serta lauk-pauk seperti ikan, ayam dan kambing. Ubi bit jeruk itu kita ambil dua kali. Sedaplah pula rasanya.

Nasi Morocco and the gang.

Wokey!  Tak larat hendak ambil gambar makanan yang lain. 
Walaupun badan di dewan makan, namun jiwanya sudah berada dalam bilik!
Jumpa lagi dalam entri seterusnya.

12 ulasan:

  1. Wah, baca ni terus terbayang aroma rempah ratus sampai hidung pun ikut menari! Nasi Morocco siap kentang goreng lagi. kombinasi power buat perut menjerit minta ‘repeat order’. Lepas ni, lobi hotel jadi port wajib ambil gambar dulu sebelum serbu makanan, jangan sampai HP kelaparan pulak, kan? 😄🍽️

    BalasPadam
  2. Pelik2 menunya
    Selamat melayan selera

    BalasPadam
  3. wah, rasanya rabun mata nak memilih menu...semuanya nampak lazat2

    BalasPadam
  4. Menu sihat ni banyak sayur2an. Sedap jugak makan menu macam ni.

    BalasPadam
  5. Seronoknya tengok hirisan sayur mayur tu. Presentation sangat wow, menarik perhatian & memancing selera 👍🏻

    BalasPadam
  6. Menu begini sentiasa membangkitkan selera peminat makanan timur tengah macam saya.

    BalasPadam
  7. Haha beri makan HP yeee, perangai macam saya jugakla ni apa2 pun ambil gmbar dulu before suap makanan dalan perut 🤣

    Banyak sayur makanan sana kan, sihat2 dan warnanya pun vibrant!

    BalasPadam
  8. Pelbagai jenis sayuran ada.. colourfull semuanya.

    BalasPadam
  9. Sihat menu nya banyak salad, macam2 jenis best nya.

    BalasPadam
  10. Banyak juga hidangan makanan yang disajikan. Faham sangat tu kak Amie. Kalau dah penat, tak larat dah nak buat apa dan nak fikir apa. Tahu nak rehatkan badan je yang ada dalam kepala kan.

    BalasPadam
  11. Penasaran nak cobaaaa 😍😍😍😍. Warna2 makanannya menarik, dan deskripsi kak Amie ttg aroma dan rasa buat nak juga 👍👍. Tp memang kalo dah letih sangat, pastilah selera makan berkurang ya kak amie

    BalasPadam
  12. Kalau suami SA ni confirm dia makan yang ada lauk je..sebabnya dai x makan sayur...kena paksa hari2 makan sayur

    BalasPadam