Pages

Isnin, 26 Mei 2025

Selamat Datang ke Chefchaouen : Blue City

Bismillahirrahmanirrahim.

Chefchaouen (Shafshāwan) yang kami kunjungi ini merupakan sebuah bandar di barat laut Maghribi. Chefchaouen terkenal dengan bangunannya dalam warna biru dengan gelaran Blue City, terletak di kawasan pergunungan di utara Maghribi, antara Tétouan dan Ouazzane.

Bandar biru ini diasaskan pada tahun 1471 oleh Moulay Ali Ben Rachid, keturunan jauh Nabi Muhammad SAW. Penempatan asal hanya terdiri daripada sebuah kubu kecil, kini dirujuk sebagai Kasbah Chefchaouen. Kubu itu didirikan untuk membantu mempertahankan kawasan itu daripada kemungkinan serangan oleh penceroboh Portugis. Pada masa itu Portugal melancarkan serangan ke atas bandar dan pekan utara di Maghribi.

Chefchaouen dalam bahasa Arab bermaksud 'melihat tanduk', mencerminkan dua puncak gunung yang menghadap ke kawasan itu. Kini, Chefchaouen dikenali sebagai "Mutiara Biru" Maghribi, terkenal dengan rumah tradisionalnya yang dicat dengan warna biru dan putih.

Setelah mengunjungi bandar berwarna putih di Rabat, dan bandar bata merah di Marrakech, sekarang kita masuk ke bandar warna biru putih pula.





Untuk melihat Blue City dengan lebih jelas, Amie pinjam daripada Pak Google sekeping gambar di bawah ini.

Sumber : Google

Bergambar dengan latar belakang Blue City.


Blue City dari HP, tapi tak berapa jelas sebab tak pandai cari sudut yang sesuai. 















Petang itu entah berapa kilo meter kami berjalan kaki menuju ke Pasar Tradisional Chefchaouen.




Sebelum sampai ke Pasar Tradidional Chefchaouen, Amie kongsikan gambar pemandangan di kiri kanan jalan sepanjang berjalan kaki melalui kawasan tersebut.








Apa yang sangat menarik perhatian sudah tentulah jajaran pokok limau berbuah lebat di tepi jalan.



Maaf, tak puas-puas ambil gambar pokok limau!







Video pokok limau sepanjang jalan.


Ada pasar buah di bawah sanun, tapi tak sempat masuk!
Tumpang makan buah strawberi yang dibeli oleh tour leader.


Rasa hendak tercabut kasut apabila berjalan tanpa henti. Syukurlah suhu sejuk ketika itu! Akhirnya tibalah kami di pintu masuk Pasar Tradisional Chefchaouen.



Ada apa di Pasar Tradisional Chefchaouen?
Entri akan disambung kemudian.

15 ulasan:

  1. untung udaranya sejuk
    Bangunanya unik dan keren banget

    BalasPadam
  2. Wahhhh. dah jalan2 ye. bestnya Amie. biru2 tu mmg jadi daya tarikan mereka kan.

    BalasPadam
  3. ehhh wahh menjadi subur helok sgguh pepohon limau dia tu ye kak amie! berapa ribu langkah lah agaknye berjalan kaki nak sampai ke pasar tu hehe

    BalasPadam
  4. Allah, susah sungguh nak mengeja dan menyebut nama tempat ni jika ikur ejaannya tu 😅
    Tapi cantik la, nampak tenang je kan. Langit pun sama birunya :D

    BalasPadam
  5. seiring dengan kebiruan langit ciptaanNya, Amie kan.. Masyaa Allah

    BalasPadam
  6. Nampak cuaca macam panas tapi sejuk ye Kak Ammi...dengan limau dia masak macam tu..diorang x petik ke kak...

    BalasPadam
  7. Dengan batang pokok pun ada yang depa cat biru.
    Buah limau tak cam takde yang jatuh pun. Sama gak daunnya. Bersih kawasan pejalan kaki tu,

    BalasPadam
  8. Biru di mana-mana, geram tengok buah limau tepi jalan tu dahla lebat, tapi mesti masam kan buahnya.

    BalasPadam
  9. Wahh serba biru. Cantik betul Blue City ni. Kalau saya pun tak jemu nak ambil gambar pokok limau tu. Bukan selalu kita dapat melihatnya secara dekat. Lainlah kalau Malaysia ada macam ni. kann...
    Mesti malam dah tak rasa kaki dah banyak berjalan. Tapi puas hati dapat explore kan kak Amie.

    BalasPadam
  10. aduhaiiiiii geramnya tenguk buah melayut2 tepi jalan. Rasa nak panjat je petik hahahahaha naya je orang mesia ni. Masa kat jeju lagi le geram keliling rumah buah limau rendang2 je pokoknya. Teruja sungguh tenguk nya. Rumah biru tu kalau semua cat biru lagi cantik

    BalasPadam
  11. Eh tapi rumah2 warna birunya dah tak sebanyak dulu rasanya ya kak? Teman saya pernah foto, dan segala lorong nampak biru.

    Saya bayangkan kalo rumah2 di lingkungan saya semua dicat biru, pasti sejuuuuuk mata, walaupun di hari yg sedang panas 😍😍

    BalasPadam
  12. Limau yg banyak itu Krn asam kan, makanya tak diambil? Saya bayangkan, kalo di sini jeruk nipis saja dibuat juice, kasih es, gula atau madu, sedaaap. 😄

    BalasPadam
  13. macam-macam warna ye di Morocco. harap adalah rezeki sampai ke sini

    BalasPadam