Pages

Jumaat, 16 Mei 2025

Menapak di Sepanjang Lorong Rue Chouara

Bismillahirrahmanirrahim.
Rue Chouara merupakan jalan atau lorong di sekitar kilang samak kulit atau Chouara Taneries di Medina of Fes. Sebaik sahaja kami menuruni anak-anak tangga dari kilang kulit, kami terus menuruti jejak langkah tour guide kami yang berpakaian lengkap tradisi jubah Morocco.

Sebagaimana sebelum ini, di bahagian luar nampak usang tetapi di bahagian dalam kota lama ini menyimpan 1001 cerita! Bukan sahaja tentang makanannya yang enak belaka, tetapi juga produk yang dihasilkan termasuk barangan kulit yang dijual.

Beg-beg kulit tergantung di dinding usang!


Inilah antara lorong di Rue Chouara yang kami lalui menuju jalan keluar dari Chouara Taneries.



Di sepanjang lorong ada sahaja pemandangan yang menggoda mata untuk menikmatinya! Setidak-tidaknya mengambil sekeping dua gambar kenangan.






Ketika mengambil gambar, mata terpikat melihat beg tangan kulit dalam gambar di atas. Dalam hati berkata, selepas ambil gambar di sekitar, bolehlah tanya harganya dari empunya kedai. Berkenan betul!
Sayang seribu kali sayang, apabila berpatah balik beg tangan sudah lesap! Harganya.... aduhai mampu bayar sangat! Sekitar 8 EURO sahaja dari harga asal 10 EURO. Bermakna hanya lebih kurang RM40.00 sahaja! Beg tangan kulit! Tanya empunya kedai, tiada lagi beg yang serupa.



Ramailah yang memborong beg tangan kulit di sini. Harganya sangat murah dan memang rugi kalau tak beli. Kalau bukan untuk diri, mereka beli untuk yang tersayang sebagai oleh-oleh.


Kami teruskan perjalanan menuju jalan keluar sambil sekejap-sekejap berhenti kalau lalu di hadapan kedai.




Ada juga anak-anak muda mengekori kami menawarkan dompet kulit tapi beli banyak umpamanya enam buah dompet dengan harga MD200 (Mooroccan Dirham).





Unik betul kedai-kedai di sini. Barangan jualan di gantung atas dinding!


Kalau ada photographer pfofesional mesti banyak idea untuk hasil tangkapannya di kawasan seperti ini.



Seperti kebiasaannya, pemandanga di luar tidak menggambarkan suasana di dalam. Misalnya pintu masuk ke Palais Amani Boutiqe Hotel seperti tiada apa yang menarik. Akan tetapi setelah membuat rujukan Pak Google, di dalamnya memang syurga!

Palais Amani : Google

Palais Amani : Google


Palais Amani : Google

Beginilah keadaannya apabila kami berselisih dengan orang yang datang dari arah hadapan.


Nampaknya di hadapan sudah ada cahaya matahari menyambut kami. Selamat tinggal Rue Chouara. Sekarang kami sudah berada di Bus Stop, Medina of Fes.


Langit biru dan secalit dua awan putih menanti kedatangan kami.


Alhamdulillah!
Kami terus menghirup udara segar, menikmati pancaran matahari yang hangat dan nyaman!


Nampaknya pokok maple hanya tinggal ranting kering dan beberapa helai daun yang masih tinggal.


Begitulah ceritanya, di Medina of Fes ketika musim sejuk!

14 ulasan:

  1. camne kak harga beg2 nye? mampu beli ke mampu tengok jer... hehehe

    BalasPadam
  2. Bersih dan cantik walaupun kota lama...

    BalasPadam
  3. lorong-lorong sempit yang menjadi trend kan di negara mereka untuk jualan cenderahati .. menarik sangat

    BalasPadam
  4. beg tangan kulit cantik n murah harganya mmg rugi tak beli

    BalasPadam
  5. Seram tengok lorong gambar kedua tu. Kalau malam lagilah seram. Tertarik juga dengan design beg yang kak Amie terpikat tu. Kalau murah, memang rugi tak beli kan.

    "Don't judge a book by its cover". Rupanya tersergam indah didalamnya kan. Lorong beli belah yang unik dan menarik tapi bila keluar darinya terasa bebas. Ibarat macam terkurung gitu kan. Satu pengalaman yang menarik.

    BalasPadam
  6. Bestnyer jln2...SELAMAT HARI GURU cikgu amie

    BalasPadam
  7. waaahhh murah juga harga beg kulit tangan tu!
    ehh syurga betul di dalam Palais tu!
    selamat hari guru buat cikgu Amie :)

    BalasPadam
  8. Murahnya Kak Amie! Tapi bukan rezeki kan...

    BalasPadam
  9. kalau sy sampai ke sana pasti akan beli satu atau dua beg kulit utk dibawa balik...

    BalasPadam
  10. Murah banget..sayangnya sudah jadi milik orang lain..
    Benarlah kata cikgu ...biar menyesal beli daripada menyesal.tak beli...

    BalasPadam
  11. adehhh... melepaslah pulak.
    Tapi yang lain nampak cantik juga.

    BalasPadam
  12. Kak Amie ,itu murah sangaaaaaat 😍😍😍. Di sini barang kulit kalo beli dari pusat nya, memang murah, tp tak semurah ituuuu. Issh confirm saya bakal kalap belanja kalau kesana 😄😄😄.

    Bagus juga utk hadiah giveaway yg sering saya buat di IG tiap kali traveling. Memang rugi kalo tak belanja apapun 😄

    BalasPadam
  13. Murah tu beg kulitnya. Rugi kalau tak memborong huhuhu

    BalasPadam