Pages

Rabu, 28 Mei 2025

Cuti Cuti Juga, Kerja Tetap Jalan

Bismillahirrahmanirrahim.
Minggu lepas tamatlah anak-anak ladang kami menghadapi PPSA - Peperiksaan Pertengahan Sesi Akademik 2025. Minggu ini kami berpanas di padang untuk menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan selama tiga hari berturut-turut. Memang rentunglah kita di tengah padang menjadi hakim lontar peluru.

Hari Jumaat sudah mula cuti sempena Pesta Kaamatan di Sabah dan Labuan, diikuti Cuti Penggal 1 Sesi 2025/2026.


Kali ini geng kaki jalan tidak terbang jauh. Kami hanya jalan-jalan di negeri dan negara jiran sahaja ikut jalan darat. Nampaknya sambil berjalan-jalan, sambil memikul tugas. Walaupun tidak rasa begitu gembira tapi terpaksa jugalah mengusung kertas peperiksaan untuk disemak di mana sempat. Amie sendiri kena memeriksa tujuh buah kelas. Bawalah skrip tiga buah kelas dalam beg sandang yang beratnya ya ampun! Kami sama-sama berjanji memperuntukkan masa di hotel sebelum tidur, beberapa jam untuk menanda kertas. Balik ke ladang pada minggu berikutnya, markah kena masuk dalam sistem.

Kawan-kawan:
Amie tutup dulu dapur maya ini buat sementara waktu.
Hingga bertemu kembali.
Selamat Hari Raya Aidil Adha.


20 ulasan:

  1. semangat juga tu...sambil berjalan nak menanda...semoga berjaya habiskan menanda kertas nya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat bercuti dan juga bertugas Kak Amie 🤗

      #,tumpang komen di sini sbb komen section x keluar pulak di blog saya. Cuma boleh reply dekat komen org je 😇

      Padam
  2. Selamat HAri Raya Aidil Adha. Semuga perjalanan Allah permudahkan dan di pelihara daripada apa jua bencana. Aamin

    BalasPadam
  3. Cuti pun tetap bawa kerja-kerja hakiki. Tetap semangat kak Amie. Selamat bercuti dan Selamat Hari Raya Aidiladha. Take care.

    BalasPadam
  4. pengorbanan seorang guru. org lain berjalan tinggalkan kerja, cikgu berjalan terpaksa bawa kerja

    BalasPadam
  5. Tetap dinikmati dan tetap disyukuri
    Terus semangat
    Jangan lupa, jaga kesehatan

    BalasPadam
  6. selamat bercuti raya aidiladha amie maf zahir batin

    BalasPadam
  7. fuhhhhh 7 buah kelas kak amie! juling mata adehhhh~
    moga dipermudahkan urusan kak amie aminnnnnnnn

    BalasPadam
  8. Selamat Bercuti Kak Amie....

    BalasPadam
  9. Selamat bercuti kak, take care ya

    BalasPadam
  10. wah jalan- jalan lagi kakak kita ni...sambil jalan sambil buat kerja ye kak..terbaik ni...

    BalasPadam
  11. Kita di sektor pelancongan ni, cuti sekolah lah ada program kena buat.. Hehe. Takde cuti minggu ni.. Isnin pun kerja.. Haha.

    BalasPadam
  12. Cuti bersambung ni yg paling best kan. Tambah pulak budak2 cuti sekolah, mak ayah pun lajak terus cuti sampai ke raya haji agaknya hehe

    Selamat bercuti!

    BalasPadam
  13. Wah ke negara jirannya brunei atau Kalimantan kak 😍... Selamat bercuti kak Ammi... Dan selamat merayakan idul adha yaaaa. 🤗

    BalasPadam
  14. Selamat bercuti sambil menanda kertas exam. Salam Aidiladha.

    BalasPadam
  15. Banyak juga hari cutinya Mbak. Tetap semangat saja walau tetap kerja.
    Selamat menyambut Hari Raya Idul Adha...

    Salam,

    BalasPadam
  16. Begitulah, jalan2 harus diteruskan, tugas jangan ditinggalkan.

    BalasPadam
  17. Selamat menanda kertas dan selamat bercuti kak Amie.

    BalasPadam
  18. tulah, siapa kata jadi cikgu ni senang. gi berjalan pun kena bawak kerja. selamat hari raya aidiladha kak Amie

    BalasPadam
  19. selamat bercuti, selamat menanda kertas jawapan dan selamat hari raya aidiladha

    BalasPadam