Bismillahirrahmanirrahim.
31 Mac 2025 bersamaan hari Isnin 1 Syawal 1446H.
Teratak Bonda, tinggalan pusaka arwah ayahanda tidaklah mewah tetapi seadanya sahaja namun penuh dengan pelbagai kenangan semasa kami kecil. Dahulu, tetamu akan menaiki anak tangga dan duduk di ruang tamu di bahagian atas, tetapi sekarang tetamu menuju ke bahagian belakang dan masuk ke ruang tamu kedua. Di situ, Bonda duduk di atas katil kecil di sudut ruang tamu dan tidak perlu naik turun tangga masuk ke ruang tamu di atas. Keluasannya agak sederhana tetapi kalau ramai tetamu yang datang memang nampak sesak.
Gambar rumah ini dirakam beberapa tahun lepas. Raya tahun ini tak sempat ambil gambar penuh. Warna cat pun sudah ditukar dari warna kuning ke warna coklat.
Ruang tamu pertama di bahagian atas itu Bonda tidak benarkan diubahsuai. Katanya, biarlah dikekalkan sebagai menghargai susah payah arwah ayahanda membina rumah untuk kami sekeluarga. Itu sebab bumbungnya tidak sama warna dengan bumbung bahagian lain.
Raya keempat, sempat bergambar di tangga untuk naik ke ruang tamu pertama. Bonda tidak benarkan buka pintu sebab nanti tetamu yang datang menyangka akan naik dari sini pula.
Eh, lari dari tajuk pula ceritanya!
Wokey, kali ini Amie kongsikan suasana hari raya bersama para tetamu sehingga menjelang tengah hari. Beginilah realiti sambutan raya di kampung kami. Konsep rumah terbuka orang kampung kami ialah tiada jemputan tetapi rumah terbuka sepanjang waktu, siang dan malam sepanjang bulan Syawal. Kami bersedia menerima tetamu pada bila-bila masa. Jika tuan rumah berkesempatan bolehlah hidangkan makanan berat seperti ketupat, lemang dan lauk-pauk tetapi rata-rata orang kampung kami memadai dengan menyediakan minuman dan kuih-muih sahaja.
Wokey, kali ini Amie kongsikan suasana hari raya bersama para tetamu sehingga menjelang tengah hari. Beginilah realiti sambutan raya di kampung kami. Konsep rumah terbuka orang kampung kami ialah tiada jemputan tetapi rumah terbuka sepanjang waktu, siang dan malam sepanjang bulan Syawal. Kami bersedia menerima tetamu pada bila-bila masa. Jika tuan rumah berkesempatan bolehlah hidangkan makanan berat seperti ketupat, lemang dan lauk-pauk tetapi rata-rata orang kampung kami memadai dengan menyediakan minuman dan kuih-muih sahaja.
Dalam entri sebelum ini Amie menyentuh tentang tradisi munjung, iaitu bertukar-tukar kiriman makanan sebelum menjelang hari raya kepada jiran tetangga dan saudara-mara. Jadinya, apabila tiba hari raya mereka mengambil kesempatan untuk berkunjung ziarah ke seberapa banyak rumah saudara mara! Mereka mengambil masa di antara 30 hingga 45 minit berada di rumah yang diziarahi.
Wakil tuan rumah. |
Dalam sibuk-sibuk sempat juga bergambar keluarga. Nampaknya Hamzah sudah keletihan dan tertidur!
Ruang tamu pertama dilindungi langsir, dan kami bergambar di atas tangga turun ke ruang tamu kedua.
Ketika ini tetamu belum ramai yang datang, jadi sempatlah bergambar dengan anak-anak buah dan cucu-cucu buah.
Tetamu mula berdatangan.
Ada pun ketika ini Amie sibuk mengarahkan anak-anak di dapur sediakan air minuman. Oleh kerana tetamu datang dalam jumlah yang agak ramai, berkali-kali Amie pesan dengan Fuad untuk memastikan gelas cukup dan air minuman ditambah dari semasa ke semasa. Ditambah pula cuaca panas, sudah tentu tetamu berasa dahaga.
Keluarga daripada sebelah bonda.
Sempat rakam video dari balik tabir di dapur.
Selamat datang. Jemput masuk.
Begitulah suasananya. Tetamu datang, tetamu pulang. Penuh dengan kemeriahan.
Ada juga tetamu yang tidak dapat masuk... aduhai!
Wajah tuan rumah sudah mula layu... ahaks!
Oleh kerana tetamu yang datang begitu ramai, memang Amie tak dapatlah hendak mengenali satu persatu. Sesekali Bonda dan Wak Niah akan panggil sebab ada sepupu yang sudah tidak kenal Amie.
Jemput masuk.
Amie pun tidak pasti berapa banyak yang datang pada satu-satu masa. Kesemua sepupu yang datang akan membawa bersama anak cucu dan menantu. Kadang-kadang rasa segan jugalah asyik hendak tangkap gambar... ahaks!
Ketika tetamu berpusu-pusu datang, Wak Aton menjadi penyelamat! Wak Aton bawa gelas pakai buang. Apa boleh buat, ketika itu air tidak ada, jadi terpaksalah hidangkan air kepada tetamu menggunakan gelas pakai buang. Alhamdulillah, menjelang tengah hari, bekalan air kembali pulih dan dapatlah Abang Farid menjalankan tugasnya mencuci gelas.
Wak Aton sekeluarga hendak ke Pulang Pinang, menyambut raya bersama mentua dan keluarga sebelah suaminya. Sekali lagi, kami dilimpahi rezeki yang dibawa oleh Wak Aton hasil air tangan suaminya:
- Ketupat Palas
- Rendang Daging
- Rendang Kerang
- Rendang Ayam
- Sambal Goreng
Ketupat Palas |
Rendang daging |
Rendang ayam |
Sewaktu menulis entri ini, cari gambar rendang kerang, tiada pula. Lupalah hendak tangkap gambar agaknya!
Alhamdulillah. Rezeki sungguh! |
Oleh kerana tetamu masih penuh di ruang tamu, bergambar di dapur sahajalah bersama Wak Aton, abang ipar dan anak buah. Kebetulan pula semuanya sedondon pakai baju raya warna biru. Selepas ini mereka bertolak ke Pulau Pinang.
Abaikanlah sepah-sepah di dapur... ahaks!
Wakil tuan rumah mengucapkan 'Selamat Hari Raya'. |
Setakat inilah sahaja perkongsian suasana hari raya pada pagi 1 Syawal sehingga menjelang tengah hari. Waktu zohor, rumah kembali sepi dan kami ambil kesempatan untuk makan tengah hari dengan juadah yang dibawa oleh Wak Aton dan kemudian solat.
Tetamu masih berdatangan pada sebelah petang dan malam. Anak-anak tetap melaksanakan tugas seperti yang diarahkan:
- Fairuz - tukang bancuh minuman
- Fuad - tukang hantar minuman untuk tetamu dan memastikan gelas minuman mencukupi dan menambah minuman ke dalam jug
- Farid - tukang cuci gelas dan pinggan mangkuk
- Aseeyah - memastikan kuih yang kurang ditambah
- Encik Suami - jaga Hamzah tetapi tertidur dalam bilik!
- Amie - memastikan semua berjalan lancar
Meriahnya suasana raya di kampung halaman
BalasPadam
BalasPadamSeronok meriahnya dengan semua tetamu yang datang beraya. Dengan juadah yang bermacam2 dihidangkan, semuanya sedap Kak Amie. Tumpang seronok.
Ya Allah kak Amie, ramaaaai sungguh tetamu yg datang 😍😍😍. Banyak rezeki ini...
BalasPadamSuasana ramai begini dah lama saya tak rasakan sejak pindah jkt. Ya laah sebab saat raya saya tak bisa mudik, dan semua keluarga di sini banyak yg mudik ke Tapanuli, Sumatra. Nanti saat saya dah mudik, mereka pula dah balik JKT. Tp suasana raya dah hilang 😅😅
Baguus lah semua anggota rumah saling bekerja sama memastikan tamu2 dilayani dengan baik. Jadi ingat saat lebaran dengan mama dulu. Kami pun dibagi tugas agar semuanya lancar
Uihhh segini punya ramai kalau ammi mmg terus pakai mangkuk cawan pakai buang je
BalasPadamMeriah sungguh. Di bulan Raya Aidilfitri ni lah kita berpeluang untuk kunjung mengunjungi sanak saudara. Kadang-kadang ada yang tak kenal sangat. Macam saya, keluarga besar, cucu-cucu saudara pun tak ingat nama. Hehe.
BalasPadamKalo ramai mcm ni makanan berat hidang tak kak...atau makan kuih /kerepak sahaja?
BalasPadamRamainya tetamu mengingatkan kita pada satu masa dulu ketika arwah abah masih ada, memang ramai anak2 saudara berkunjung tak putus2. Masa tu kami ni macam Fuad, Farid, Fairuz dan Aseeyah la, ada tugas masing2. Eh eh, Daus buat apa? Mengelat ya Daus, hihi.
BalasPadamSenang sekali baraan ramai-ramai... masa tu yang datang boleh jumpa saudara mara yang lain juga.
BalasPadamMERIAHNYA SUASANA RAYA DIRUMAH BONDA KAK AMIE...SERONOK TENGOK
BalasPadamCantik tema baju raya keluarga akak, pastu kan bila orang tu masih ada lagi memang meriah lain macam dikunjungi saudara mara. Mau raya pertama sampai raya ke 3 penuh je dengan dayoh.
BalasPadamseronoknya...kami hari raya pertama, kalau kampung linda, akan beraya rumah saudara mara sekampung dulu, atuk , nenek dah tiada..tinggal lah adik beradik bapak je..Alhamdulillah, ada 4 beradik yang duduk sekampung.
BalasPadamwuish full house! ni mesti rumah favourite tetamu setiap kali raya ni, tak putus2 orang datang beraya ya. meriah tengok!
BalasPadamAlhamdulillah.. Suka pula tengok tetamu yang datang bergaya sedondon.. Lelaki lengkap bersamping.. Memang terasa meriahnya raya..
BalasPadamBila semua berkerjasama, terus rasa ringan kan Amie..
Besar rumah dan luas laman rumah bonda. Rasanya rumah kampung kalau masih ada rumah atas mesti akan tutup dan akan terus ke belakang juga. Meriahnya tetamu yang datang. Semua ada tema baju raya family. Penuh rumah tetamu yang datang. Eh eh dah besar dah cucu kak Amie.
BalasPadamSelamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. Cantiknya 1 keluarga dengan tema royal blue. Suka tengok ramai orang datang beraya. Teringat zaman masa arwah atok ada dulu. Macam ni la meriahnya. Saya bertugas isi kuih raya, buat air dan bagi duit raya.
BalasPadamwahhhh ramai sgguh! ini kalau Ana mmg dari awal lagi guna pggan cwn pakai buang.. tak dayo nak basuh hehe
BalasPadam