Pages

Khamis, 17 April 2025

Kebimbanganku Terhadap Keadaan Negara Yang Semakin Meruncing

Bismillahirrahmanirrahim.
Akhir-akhir ini banyak sungguh isu negara yang sangat membimbangkan. Kalau tiada angin, bagaimana pokok boleh bergoyang. Nampaknya kaduk sudah naik sampai ke junjung. Bumi dipijak sedikit demi sedikit sudah bertukar milik. Kedaulatan negara sudah diinjak-injak!

Marilah sama-sama ambil iktibar dari sejarah masa lampau. Janganlah diulangi lagi segala peristiwa hitam yang pernah dilalui oleh para pejuang tanah air. 446 tahun lamanya bermula dari sejarah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka pada 1511, nenek moyang kita berjuang untuk mengembalikan maruah bangsa, agama dan negara.

Tahun ini, 2025 negara baru hendak menginjak usia 68 tahun kemerdekaan. Kita kongsi, kita korban hak milik kita yang sedikit bersama bangsa lain akibat percaturan kesan penjajahan. Namun kedaulatan negara semakin hari semakin dicabar oleh pihak yang tidak tahu malu, tidak tahu berterima kasih apalagi membalas budi di atas kebaikan yang diberi.

Sudah tiba masanya untuk kita bangkit setelah mengambil langkah berjaga-jaga sekian lama. Kita tidak boleh lalai, tidak boleh tidur! Kita sudah tidak boleh sekadar merintih menyanyikan lagu Warisan (Anak Kecil Main Api):


Anak kecil main api
 Terbakar hatinya yang sepi 
Air mata darah bercampur keringat 
Bumi dipijak milik orang

 Nenek moyang kaya-raya 
Tergadai seluruh harta benda 
Akibat sengketa sesamalah kita 
Cinta lenyap di arus zaman 

Indahnya bumi kita ini 
Warisan berkurun lamanya 
Hasil mengalir ke tangan yang lain
 Peribumi merintih sendiri  

Masa depan sungguh kelam 
Kan lenyap peristiwa semalam 
Tertutuplah hati terkunci mati 
Maruah peribadi dah hilang 

Kini kita cuma tinggal kuasa 
Yang akan menentukan bangsa
 Bersatulah hati bersama berbakti
 Pulih kembali harga diri 

Kita sudah tiada masa 
Majulah dengan maha perkasa
 Janganlah terlalai teruskan usaha
 Melayu kan gagah di nusantara
 Melayu kan gagah di nusantara 
Melayu kan gagah di nusantara

Ya Allah! Aku tidak sanggup menghadapi sejarah yang sama berulang kembali! Kita sentiasa berterima kasih kepada pejuang kemerdekaan yang terdiri daripada nenek moyang kita, dan kita hidup selesa sepanjang pengisian kemerdekaan. Namun benar-benarkah kita merdeka dan mempertahankan kedaulatan negara? Bagaimana nasib anak cucu kita dan generasi akan datang? 

Allah ya Allah!

16 ulasan:

  1. Risau juga. Marilah kita sama-sama doakan semoga rakyat Malaysia yang berbilang agama, bangsa dan kaum hidup aman damai. Aamiin...

    BalasPadam
  2. Betul, sedih sangat bila terbayang apa akan terjadi dengan negara kita yang sudah merdeka ini.

    BalasPadam
  3. Risau kan bila melihat pelbagai kejadian yang berlaku. Geramnya sebab bertahun-tahun di maklumkan tapi tiada tindakan di buat seolah-olah mereka kebal dengan undang-undang. Semuga ada pemimpin yang berani mempertahankan kedaulatan negara kita. Risau bagaimana dengan anak cucu kita masa hadapan nanti nasib mereka jika ianya terus berleluasa. Dijauhkan lah hendaknya. Aamiin

    BalasPadam
  4. Setuju...apa akan jadi kepada negara kita nanti...

    BalasPadam
  5. Betul... Bangsa sendiri macam dah mengemis di tanah sendiri..
    Semoga kita berjaya pertahankan kemerdekaan ini sampai 100 tahun dan berterusan insyallah..

    BalasPadam
  6. sedih melihat keadaan negara sendiri skrg ni...

    BalasPadam
  7. ya kita sangat baik mengalah n bertolak ansur akhirnya kita ditolak ansur-ansur

    BalasPadam
  8. Pemerintah perlu mengembalikan semangat perpaduan. Tak boleh duduk saja memerhatikan keadaan. Satu tindakan drastik perlu dilakukan.

    BalasPadam
  9. Selagi kita tak bersatu selagi itu kita mudah dipijak2

    BalasPadam
  10. Mereka lupa sejarah...
    Semoga yang baik2 utk negaraku

    BalasPadam
  11. makin melampau-lampau mereka tu!

    BalasPadam
  12. Kak Amie, rasanya 2025 ini tahun gelap utk banyak negara, terutama Asean. Jujur saya pun dah hopeless sejak pemerintahan baru terbentuk kemarin itu. Pemimpin yg skr memang bukan pilihan saya, tp saya ridho Krn memang sudah takdirnya. Hanya saja melihat kebijakan yg dia terapkan, lama2 saya JD marah juga , Krn betul2 pelik dan tak masuk akal. 😭

    Tak tahulah apa masa2 orde baru zaman Soeharto akan berulang di sini ..😔.

    Kita doakan saja yg baik utk negara kita yaa. Semoga para pemimpin zalim disadarkan hatinya. Lembut sedikit saja dan mau memperjuangkan negaranya dr bangsa asing yg hanya ingin mengambil kekayaan negara kita

    BalasPadam
  13. Moga Malaysia terus kekal aman damai dan rakyat semua peka untuk mempertahankan kedaulatan Malaysia.

    BalasPadam
  14. Semoga keadilan akan berpihak pada kita. Tapi nampaknya undang-undang untuk bangsa kita je. Pihak lain boleh settle senang je. Banyak rasuah.

    BalasPadam
  15. paling ditakuti dijajah secara halus melalui ekonomi lah terutamanya...
    sy cukup takut bila baca ada negara di afrika sana sampai guna mata wang selain drpd US dek kerana hutang kpd negara tersebut...

    BalasPadam