Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini masuk hari ke-13 umat Islam berpuasa. Semoga dipermudahkan urusan ibadat kita di sepanjang bulan mulia ini.
Tengah hari tadi berangan hendak berbuka dengan nasi. Dalam kepala terbayang asam pedas ikan pari, telur masin dan sayur campur taugeh, lobak merah dengan kucai. Dalam perjalanan pulang dari ladang, singgah di kedai beli semua bahan yang hendak dijadikan juadah berbuka puasa.
Sebelum naik ke bilik untuk berehat, konon-kononnya tanya Encik Suami : Hendak berbuka puasa apa petang ini?
Jawabnya : Bihun sup.
Tanya kepada Firdaus pula. Jawab Firdaus : Ayam goreng.
Selepas solat asar, kita pun masuk dapur. Simpan ikan pari yang diletak dalam peti sejuk, masukkan ke dalam freezer. Masukkan taugeh dalam bekas, dan tuangkan air. Simpan dalam peti sejuk. Kita turutilah selera Encik Suami dengan menyediakan Bihun Sup, tetapi yang ringkas-ringkas sahaja.
Kita suruh Fairuz beli sayap ayam goreng untuk Firdaus. Dibawanya pulang 18 ketul sayap ayam goreng (dipotong 2 setiap satu).
Eh, tak mahulah Firdaus makan sayap ayam goreng semata-mata. Jadi, tambahkanlah sepinggan besar salad. Selain tiga jenis daun salad, Amie tambahkan limau dan juga telur puyuh. Minta tolong Firdaus kupas telur puyuh rebus.
 |
Hidangan Berbuka Puasa |
 |
Sayap Ayam Goreng |
 |
Salad Campur |
Amie tambahkan yogurt dan minyak zaitun ke dalam pinggan salad. Untuk tambahkan rasa, Amie sediakan Kewpie Thousand Island Dressing.
Inilah original yogurt yang Amie suka gunakan semasa menyediakan salad.
Sewaktu jalan-jalan ke Sepanyol Februari lepas, kami sempat shopping minyak zaitun. Jadi, tuang sajalah sedikit ke dalam salad.
Beberapa minit sebelum berbuka, Amie tuangkan yogurt, minyak zaitun dan Kewpie Thousand Island Dressing di pinggan salad. Jadi, selepas minum dan makan sebiji kurma, kami mulakan dengan menjamah salad diikuti dengan ayam goreng.
Memang perut mula berasa kenyang, tetapi hendak makan bihun sup pula! Tak tahan hati melihat Encik Suami hirup sup panas-panas!
Walaupun bihun sup ringkas, tapi nampak sedap.
Walaupun perut berasa kenyang, tapi nak makan bihun sup juga.
 |
Bihun Sup |
Nampaknya berbuka puasa petang tadi perut penuh air! Minum jus tembikai bergelas-gelas. Hirup kuah bihun sup setengah mangkuk!
Terbayang kalau masak nasi dan lauk-pauk juga, sudah tentu banyak yang tak terusik, tak terjamah. Cukuplah sediakan juadah berbuka sekadarnya sahaja agar tidak berlebihan. Yang penting selera masing-masing dapat dipenuhi. Esoklah masak nasi... ahaks!
 |
Jus Tembikai |
 |
Tambahkan hirisan limau nipis dan lemon untuk rasa dan aroma lebih segar dalam jus tembikai. |
 |
Makan kurma dilupa jangan! |
beralah ye Amie dan ada hikmah pula di sebaliknya.. :)
BalasPadamSedapnya mihun sup, air tembikai dll. Betul Kak Amie, nak makan ni biar tanya ahli keluarga dulu. Kita boleh je makan apa yang diorang makan kan. 😍😍
BalasPadamSedap semua menu & gambar cantik.
BalasPadamSedapnya jus tembikai! Bila tambah limau mesti lagi sedapp... nasib baik haritu CUya dah beli jus tembikai di bazaar
BalasPadamSaya suka bihun sup simple style camni ni sedapnya alahai. Nasib baik baca time malam. Hehe
BalasPadamEsok kalau buat mihun sup pun sedap jugakan utk berbuka
BalasPadamWauuu presentation level 5 star... Terbaikkk :D
BalasPadamLain di rancang lain yg jadi ye Kak...
BalasPadamTapi yg jadi ni mmg marvelous sangat ni. Bihun sup tu amboi penuh segala aksesori 👍🏻
Kalau datang dapur cikgu ni memang bikin leleh air liur tau..
BalasPadamSemua menarik dioandang dan pastinya enak dinikmati..
Cella pun masa ke Tawau....sibuk mencari susu Desa kat Bataras..
waduhhhhh meleleh air liur tengok jus tembikai! Ana pun buka puasa jrg mkn nasi hehe
BalasPadamTak jadi masaklah asam pedas ikan pari. Tapi, bihun sup pun sedap jugak, ditambah dengan sayap ayam goreng dan air tembikai. Penuh perut dengan air tu, hihi.
BalasPadamsedapnya menu buka puasa fries xde tu Daus
BalasPadamyumm yumm yummm.. sedap...
BalasPadamTampilannya tak pernah tak menggoda kak Amie 😍😍😍😍. Selalu bikin drooling yg melihat 😁👏
BalasPadamMenu berbuka sihat tu.
BalasPadam