Pages

Selasa, 4 Mac 2025

Berbuka Puasa Roti Paratha & Kari Kambing

Bismillahirrahmanirrahim.
Entah mengapa, puasa kali ini liat betul hendak masuk dapur. Selera makan pun agak tumpul. Mungkin terlalu fokus kepada kerja-kerja ladang yang bertimbun-timbun. Apabila penat, rasa hendak berehat  dan tidur sahaja.

Puasa hari pertama, Fairuz sediakan susu kurma. Minum jugalah dua gelas. Sedap! Kelmarin Amie suruh Fairuz buat lagi. Memang rasa kenyang minum susu kurma, tapi kena makanlah juga. Fairuz masak nasi, panggang sayap ayam, masak sayur peria dengan udang dan masak tempoyak ikan kembung pelaling. Pandai pula anak bujang ini masak. Waktu sahur pun, Fairuz yang sediakan. Masak nasi, masak sayur dan goreng ikan. Sementara sedang bercuti, memang Fairuz jadi tukang masak di bulan puasa.

Hari ini, teringin pula hendak makan roti paratha cecah dengan kari kambing. Alhamdulillah. Siaplah juga menu yang diidamkan, terhidang di atas meja sebelum azan maghrib berkumandang.

Roti Paratha & Kari Kambing

Roti Paratha Bawang & Roti Paratha Kosong

Kari Kambing

Kari Kambing ini memang sedap. Memang kena masuk bakul angkat sendiri sebab memang betul-betul sedap. Terima kasih arwah MIL yang tinggalkan resipi masakan kari yang mesti diakhiri dengan perahan jus limau nipis. Kuahnya sedap. Kambingnya pun empuk lembut, cair di mulut!


Tugas Fairuz petang tadi hanya sediakan susu kurma. Amie masak air pandan. Tambahkan ke dalam bancuhan susu kurma. Wangi! 

Alhamdulillah.
Masih dikurniakan deria rasa yang sempurna.
Susu kurma sedap.
Kari kambing sedap.
Tapi hanya makan separuh sahaja roti paratha.
Minum dua gelas susu kurma sudah rasa kenyang!
Tengoklah malam nanti apabila Encik Suami bali dari solat tarawih, mungkin masuk dapur dan panaskan semula kari kambing!
Boleh sambung makan dengan roti paratha.

Susu Kurma

Kawan-kawan buka puasa apa hari ini? Harap semuanya sihat-sihat saja.

8 ulasan:

  1. sedap yang amat... Alhamdulillah

    BalasPadam
  2. Sedapnya kari kambing. Tak cukup sekeping makan paratha ni.

    BalasPadam
  3. Uwaaah pasti sedaaap ini kak. Rindu saya makan paratha dengan kari kambing 😍😍👍.

    Saya simple saja. Beli dari bazar kecil ramadhan dekat rumah. Tak spesial lah. Beli tahu isi, pastel atau risol. Makan sedikit, tetap diutamakan nasi dan lauk .

    BalasPadam
  4. Lega sungguh la, anak bujang tu pandai masak 👍🏻
    Sedapnya roti paratha dgn kari kambing tu...
    Sy pun minum susu kurma, tapi waktu sahur. Rasa kenyang dan badan pun ringan.

    BalasPadam
  5. Kari kambing kalo perah limau nipis tu rasa fresh jer makan kan...

    BalasPadam
  6. lega bila ada yang amik alih dapur, boleh lah amie rehat2 sekejap

    BalasPadam
  7. Wahhh.. Untungnya ada Fairuz sediakan sahur. Celik mata tinggal duduk di meja. Telan ailio tau kita tengok roti paratha dengan kari kambing tu.

    BalasPadam