Pages

Sabtu, 15 Mac 2025

Berbuka Puasa dengan Cekodok Pisang

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini teringin pula hendak berbuka puasa dengan cekodok pisang. Melihat sesikat pisang saba yang masak ranum, tentu tambah lemak manis dilenyek dengan tepung, sedikit gula pasir dan secubit garam. Bubuh sedikit serbuk penaik. Apabila digoreng tenggelam, terbit aroma pisang yang harum.

Selamat berbuka puasa hari ke-14.
Apa hidangan berbuka rakan-rakan hari ini?

Amie berbuka puasa dengan cekodok pisang dan minum jus tembikai.

Cekodok Pisang

Jus Tembikai

Hari ini balas dendam sebab kelmarin tak masak nasi dan masak asam pedas ikan pari.  Jadi selain makan cekodok pisang, kami makan nasi berlauk:
  • Asam Pedas Ikan Pari
  • Sayur Campur Taugeh & Kucai
  • Udang Galah Goreng Garam Kunyit
  • Telur Masin
Hidangan Berbuka Puasa

Asam Pedas Ikan Pari

Puas hati dapat masak Asam Pedas Ikan Pari. Tak ada daun kesum dan bunga kantan, Amie gunakan serai dan daun limau purut sahaja. Itu pun sudah cukup sempurna rasanya. Kuahnya nampak berlinang-linang berkilat kerana beberapa kali terbit minyak, renih dan terus renih sehingga pekat.


Sayur campur : taugeh, lobak merah, kacang buncis & kucai.

Telur Masin

Udang Galah Goreng Garam Kunyit

Perut kenyang makan cekodok berketul-ketul dan minum dua gelas jus tembikai. Alhamdulillah. 



16 ulasan:

  1. Meriahnya juadah berpuasa Kak Amie. 😊

    BalasPadam
  2. Asam pedas ikan pari, udang galah sedapnya. Jus tembikai, nak buat esok lah. Semua menu Kak Amie sedap.

    BalasPadam
  3. Semuanya menyelerakan!
    Cekodok tu sedar tak sedar boleh habis sepiring Kak Amie kan...

    BalasPadam
  4. Laaaa ingatkan saya je yg Teringin cokodok pisang Di bulan Ramadan. Hari tu ada lebihan pisang balik kerja ja terus buat. Yehhhh sedapnya buat lembek2 gitu

    BalasPadam
  5. Cekodok pisang dapat pisang yang dah betul-betul masak lagi bertambah sedap. Manis.

    BalasPadam
  6. Terus teringat pisang yang saya frozen-kan, boleh buat cekodok pisang 😀

    Saya pun berbuka dengan jus tembikai. Tembikai besar tak habis makan, buat jus dapat beberapa botol dan frozen-kan. Nampak sedap kak Amie tambah hirisan lemon.

    BalasPadam
  7. Lamanya tak makan cokodok.

    BalasPadam
  8. Sedapnya asam pedas ikan pari, sayur campur, cekodok dan air tu Amie. Alhamdulilah....sedap belaka tu.

    BalasPadam
  9. fuhhhhhh jus tembikai + lemon menggodanyaaaaa! semua menu lah menggoda sangat sis amie ni! laparrrrr T_T

    BalasPadam
  10. Saya pun berkira-kira tadi nak buat cekodok pisang...Tapi dah terkukus kaswi sesambil membaking tadi..

    BalasPadam
  11. Jus tembikai tu sangat menggiurkan!

    BalasPadam
  12. Saya lagi detoks sebenernya. Tak bisa makan goreng , santan, nasi. Kmjadi melihat menu kak Amie, langsung lapaaaaar hahahahahaha. Harus tahan, seminggu lagi 🤣

    BalasPadam
  13. Ammi kurang pandai masak asam pedas tp husband dh pro. Sedap sgt rasanya asam pedas daging especially yg dia masak

    BalasPadam
  14. Eh eh eh.. tersama pulak menu asam pedas ikan pari & sayur tauge, hehehe.

    BalasPadam
  15. Wahhh... sampai 2 gelas jus tembikai.. mesti seger sangat tu.. tambah-tambah ada hirisan lemon.

    BalasPadam
  16. ni yang buat sy nak buat cekodok pisang juga ptg nanti hahaha

    BalasPadam