Pages

Jumaat, 7 Mac 2025

Berbuka Puasa Dengan Bihun Sup Tulang

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, hari ini masuk hari keenam kita berpuasa. Teringin hirup sesuatu yang panas ketika berbuka puasa. Jadi rajinkan diri renih tulang untuk dijadikan kuah sup makan dengan bihun. Maka terhidanglah menu Bihun Sup Tulang untuk dijamah bersama keluarga kecil Amie.

Bihun Sup Tulang

Sup Tulang


Bihun


Jom intai apa aksesori untuk Bihun Sup Tulang:
  • Sambal Kicap
  • Bebola Daging
  • Telur Rebus
  • Limau Kasturi
  • Daun Sup
  • Bawang Goreng

Aksesori Bihun Sup Tulang

Bihun Sup Tulang & The Gang

Minuman Tongsui

Ada baki minuman tongsui waktu berbuka puasa semalam. Amie panaskan semula. Alhamdulillah. Selepas makan Bihun Sup Tulang dan hirup minuman tongsui panas, menitiklah peluh keluar dari kepala, dari badan dan tubuh pun berasa ringan. Orang kata, rasa segar! Barulah perasan agak lama juga badan tak berpeluh. Patutlah selalu rasa lemau semacam... ahaks!

Kalau boleh selalu hendak berbuka puasa dengan minuman panas, dan kurangkan yang sejuk-sejuk serta manis. Maklumlah, daya tahan badan semakin berkurang sebab usia pun dah menuju senja.

Kawan-kawan buka puasa apa hari ini?

19 ulasan:

  1. betul tu kalo boleh nak berbuka minuman panas tp tetap nak air sejuk ais baru hilang dahaga 1 hari hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan Ana.
      Jadi campur-campurlah... ahaks!

      Padam
  2. Sy jugak suka berbuka minuman panas terutama teh o panas. Nampak best jugak idea buat sup tulang letak meatball ek. Ada telur rebus tambah sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tengok tulang tu tak banyak daging, jadi tambahlah bebola daging pula.

      Padam
  3. Sedapnya sup tulang. Macam nak beli tulang la buat sup.

    BalasPadam
  4. Sedapnya lahai...
    Sy pun jarang berbuka dgn air manis @ ais. Kalau minum pun cukup sekadar raso² :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah PH, kalau boleh saya pun nak kurangkan minum yang manis-manis tapi bulan puasa ni memang nak juga merasa air manis waktu berbuka.

      Padam
  5. Ok.. nak tiru menu ni... siap meat ball..ok catit dulu.

    BalasPadam
  6. Sedap tu, bihun sup tulang. Makan waktu panas, memang nikmat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tambah kicap lada, itu yang tambah sedap kan.

      Padam
  7. Wah fav saya ni! Anything mihun sup saya suka, tambah pulak sambal kicap.

    Tongsui tu mcm laicikang ke?

    BalasPadam
  8. Sedapnya ssup tulang! macam best je kan berbuka dengan sup panas

    BalasPadam
  9. Sedapnya bihun sup tulang ni Kak Amie.

    BalasPadam
  10. Ini bukan tulang semata nih ..mewah isiannya

    BalasPadam
  11. Saya memang tak bisa minum dingin. Sesekali oke, tp utk hari2 wajib suam atau hangat.

    Hari ini berbuka beli onigiri kak Amie. Sedap macam onigiri yg di jepang. Makan 2 saja dah kenyang 😅

    BalasPadam
  12. SA ni sejak dari discharge memang minum air suam, air panas je...selalunya memang x minum ais...kecuali kalau makan kat luar dan xde pilihan...betul kak usia kita menuju senja ni macam- macam pnyakit keluar..SA ni infection paru- paru dan 2 minggu dah...

    BalasPadam