Pages

Jumaat, 28 Mac 2025

Balik Kampung - Selamat Hari Raya

Bismillahirrahanirrahim.
Nampaknya semangat untuk berhari raya sudah tidak dapat dibendung lagi.  Masing-masing sibuk membuat persiapan menyambut Syawal yang dinanti-nantikan. Teruja untuk balik kampung! Maka tinggallah dahulu dapur maya buat seketika.


Sejak PKP, kami belum berkesempatan untuk beraya bersama keluarga di kampung sanun. Anak-anak pun teruja hendak berkumpul bersama nenda mereka di Selangor. In syaa Allah tahun ini buat pertama kalinya kami akan beraya bersama cucunda Hamzah.



Buat semua rakan maya, di kesempatan keemasan ini Amie ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Mohon maaf zahir dan batin andainya ada tulisan Amie yang pernah menyinggung perasaan. 
Bagi yang balik kampung, berhati-hati ketika memandu di jalan raya.
In syaa Allah kita bertemu lagi.

12 ulasan:

  1. Semoga lancar dan selamat perjalanan Amie..
    Linda pun sedang BW dalam kereta, nak balik kampung.

    BalasPadam
  2. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. Selamat berhari raya di Selangor. Selangor di mana tu? In sya Allah bertemu semula di alam maya selepas Aidilfitri

    BalasPadam
  3. moga lancar perjalanan sis amie sekeluarga.. wahh berhari raya di selangor ye? hati-hati di jalan raya ya!

    BalasPadam
  4. Sebak kita baca, Kak Amie. Semoga Allah makbulkan doa anak² Kak Amie.

    BalasPadam
  5. selamat hari raya cikgu..semoga berbahagia dihari raya bersama yg tersayang

    BalasPadam
  6. jgn lupa update cerita raya dikampung ya...saya suka baca catatan cikgu bila bercuti dan masak2 terinspirasi

    BalasPadam
  7. selamat hari raya amie n fmili sonoknya balik kampung beraya

    BalasPadam
  8. Moga dipermudah kan semua urusan nya baik kampung ya Kak Amie.

    BalasPadam
  9. Selamat menyambut raya di kampung halaman.
    Hari2 dalam perjalanan.

    BalasPadam
  10. Semoga dipermudahkan segala urusan perjalanan balik ke kampung. Semoga selamat tiba.

    BalasPadam
  11. Kak amiieeeee, selamat hari raya idul Fitri. Minal Aidin wal Faizin , mohon maaf lahir bathin ya kak. Maafkan jika saya ada salah2 dalam perkataan dan komentar ☺️🙏.

    Senangnya bisa beraya dengan kluarga besar ❤️

    BalasPadam
  12. Moga dipermudah kan semua urusan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin

    BalasPadam