Pages

Jumaat, 21 Februari 2025

Sarapan Apa di Hotel Relax Marrakech?

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari kedua di Maghribi - Isnin - 03 Februari 2025.

Solat subuh - 7:01 minit pagi.
Pandai-pandailah kami atur waktu dan buat persiapan lebih awal untuk menepati waktu turun ke dewan makan pada pukul 7:30 pagi. Majorel Voyage pula dijangka bergerak meninggalkan Hotel Relax Marrakech pada pukul 8:15 pagi.

Selamat pagi Marrakech!


Di dewan makan, jumpa kendi lagi! Barangkali berisi susu atau air kosong. Di sebelah sana ada periuk berisi bubur yang agak cair, tapi  bukan sup. Entahlah, mungkin juga sup sebab apabila Amie celupkan roti Perancis ke dalamnya, lembut pula rotinya.


Jus yang disediakan pun ada beberapa jenis tapi yang warna hijau dan putih kuning itu Amie kurang pasti. Hendak cuba juga tapi terfikir waktu yang agak singkat untuk tinggalkan hotel, takut perut meragam pula. Mungkin yang hijau itu jus timun dan yang putih kuning itu jus lemon.


Ada jus limau dan jus mangga juga.


Jus Timun?

Jus Mangga

Minuman panas pelbagai jenis.


Antara pastri yang turut disajikan.



Hendak makan roti Perancis? Kenalah potong sendiri.






Buat taman dalam pinggan tapi tak berapa menjadi. Makan sajalah.



Selepas isi perut seadanya, terus bergegas menuju ke lobi. Terus capai beg dan heret ke luar, letak di tepi Majorel Voyage.

Eeeh .... ehhh, tunggu jap!
Macam menarik pula lukisan di dinding hotel ini.



Ambil gambar sekeping di sini.

10 ulasan:

  1. pandai diorg ek suh kite pulak yg potong roti... karang angkat sebatang trs bawa bekal...😁

    BalasPadam
  2. Pakai kendi, rasa macam zaman dahulu pulak ya. Agaknya memang penggunaan biasa di sana.

    BalasPadam
  3. meriah taman dlm pinggan sedap tu

    BalasPadam
  4. Pastries tu sedapnya. Cutter untuk roti perancis tu, menarik lah.

    BalasPadam
  5. Kalau nak berjalan² memang risau nak makan sarapan berat². Banyak nama tempat sy tak pernah tahu rupanya. Mungkin juga sy tidak pernah ambil tahu nama² tempat di Maghribi ni.

    BalasPadam
  6. boleh potong roti perancis ikot suka nie...tengok2 semua roti pendek..

    BalasPadam
  7. Tak ada pemotong, ambil sebatang lah rotinya 🤣🤣. Tp saya tak suka roti Prancis ini. Tak pandai makannya. Keras sangat hahahahaha

    BalasPadam
  8. Nampak macam jus kiwi.
    makaihhhh... pisau pemotong roti tu menggerunkan. Dah macam paper cutter plak.

    BalasPadam
  9. Alahai seram plak tengok cutter roti tu...dah macam kacip pinang...kena buat sendiri erk..alahai...rasanya yang hijau tu jus kiwi kot Kak Amie

    BalasPadam