Pages

Sabtu, 15 Februari 2025

Pemenang Teka Negara Yang Amie Dikunjungi

Bismillahirrahmanirrahim.
Setengah bulan lamanya dapur maya ini tidak berasap. Sudah mula bersawang rupanya! Sebelum tutup dapur tempoh hari, Amie sempat tulis entri Travel Checklist dan di penghujungnya diselitkan dengan teka-teki:

  • Sebutkan nama negara yang akan Amie jejaki.
  • Boleh teka sehingga lima buah negara.
Pada 13 Februari 2025 bersamaan hari Khamis pukul 12:12 tengah hari Amie umumkan dalam ruangan komen bahawa tempoh meneka sudah tamat.

Antara syarat yang Amie tuliskan : Boleh teka sehingga lima buah negara. Ini bermakna sekiranya ada yang tulis melebihi lima buah negara, walaupun jawapannya betul maka dikira tidak mematuhi syarat. 

Dengan ini Amie umumkan negara yang Amie kunjungi iaitu:
  • Afrika Utara : Negara Morocco @ Maghribi
  • Eropah : Sepanyol dan Portugal
Tiga negara yang Amie jejaki : Morocco, Sepanyol dan Portugal

Amie tidak menetapkan syarat sebut ketiga-tiga nama negara tetapi hanya sebutkan nama negara yang akan Amie jejaki. Bermakna walaupun hanya sebut satu negara yang betul maka dikira sebagai pemenang.

Dengan ini Amie umumkan pemenang tersebut iaitu:
Tahniah kepada semua peneka yang berjaya. Ada oleh-oleh kecil akan Amie kirimkan untuk mereka. Diharap kepada ketiga-tiga penama di atas dapat memberikan nama penuh, alamat dan nombor HP terkini melalui emel salamiez@gmail.com 

Kepada yang meneka tidak tepat dan tidak mematuhi syarat, in syaa Allah pada masa yang lain ada rezeki untuk anda. Terima kasih kepada semua kerana turut memeriahkan dapur maya yang ditinggalkan selama dua minggu!


15 ulasan:

  1. Wah...tahniah buat semua pemenang...

    BalasPadam
  2. *Utusan Diraja*

    Kehadapan tuan hamba,
    Beta , Permaisuri Cuya Wal Kelapa menjemput tuan hamba untuk
    hadirkan diri ke majlis giveaway beta yang sedang berlangsung.
    Kedatangan tuan hamba sangatlah beta nantikan. Ayuh, ke teratak beta.
    Beta menanti!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2025/02/giveaway-kerajaan-kelapa.html

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah ada rezeki utk saya 🤲🏻
    Terima kasih banyak Kak Amie 🌹

    BalasPadam
  4. Tahniah semua pemenang...nampk granada tu,terus teringat 1 drama Korea nie

    BalasPadam
  5. Congrats utk semua yg menang 😍🎉🎉🎉. Ditunggu cerita dari trip terbaru nya kak ☺️😉

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah... terima kasih kak amie🥰, tersangkut juga rezeki buat saya.

    Tak sabar tunggu cerita kembara nya tu.

    BalasPadam
  7. Tahniah semua pemenang. Bestnya dapat hadiah.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah & Tahniah buat semua pemenang.

    BalasPadam
  9. waaahhhhh tahniahhhhhhh pada semua pemenanggggg! bestnyaaaaa sis amie pergi morocco!

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah..Cikgu dah selamat kembali..Jauhnya berkelana merentas benua..

    Tahniah untuk para pemenang...Rezeki nak sambut Ramdhan tu
    .hehehe

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah...berbaloi tengok map dunia...

    BalasPadam
  12. Wahhhh.. tahniah, PH. Kita diet hard fan PH tau. Kena share la hadiahnya, hahahahha.

    BalasPadam