Pages

Khamis, 30 Januari 2025

Singgah Alas Perut di Cliff Cafe

Bismillahirrahmanirrahim.
Ketika kami singgah cari kakan di Cliff Cafe, di luar hujan turun dengan lebatnya. Walaupun sejuk, tapi hendak basahkan tekak dengan yang sejuk-sejuk pula.... aduhai! Kalau hendak membeli minuman dan mencari manisan atau dessert terpaksalah turun ke tingkat bawah dan bawa naik ke tingkat atas, tempat kami beli makanan dan makan di situ pula.

Begitulah aturannya di sini.
Apa pun, syukur Alhamdulillah. Gerai-gerai di sini menjual makanan halal.


Encik Suami : Bihun Goreng Singapura

Aseeyah : Tom Yam

Firdaus beli sendiri kentang goreng (atas) dan samosa (bawah).


Amie : Fish Ball Soup

Sedapnya bihun goreng!


Abang Farid hendak beli nasi goreng tetapi tukang masak di situ kata kena tunggu lama sedikit sebab ramai pelanggan sedang menunggu. Abang Farid tukar selera ke cucur pula. Entah cucur apa. Tak sempat kita rasa.


Tuang kuah kacang atas cucur.


Sedap ni kalau makan cucur lawan minuman panas!


Amie : Jus Durian Belanda


Ais Krim Mangga ini pun sedap!

Cliff Cafe hampir siselimuti kabus!

11 ulasan:

  1. Nampak kabus tebal terasa sejuknya. Sedap semua menu yang di order terutama aiskrim sebab badan ni terasa panas berpeluh lepas jalan jauh.

    BalasPadam
  2. Selamat mengalas perut.
    Banyak perut yang perlu dialas.

    BalasPadam
  3. Cucur pakai kuah kacang, saya sukaaa. Di sini pun cucur atau bakwan dimakan dengan kuah kacang juga kak Amie. Bihun gorengnya juga kliatan enak. Pakai udang pula 😍

    BalasPadam
  4. Banyak menu alas perut nya ya. Enjoy ya... Best!! 🥰🥰

    BalasPadam
  5. Aiskrim mangga tu nampak sedap sangat.. Mangga pun banyak tu

    BalasPadam
  6. Kelihatan sedap-sedap makanannya. Selamat menjamu selera bersama keluarga.

    BalasPadam
  7. Berapa lapis atasnya ni, Kak Amie? Hehehe. Tapi semua nampak sedap.

    BalasPadam
  8. Sejuk nampaknya cuaca dekat situ .. . Makan apa pun sedap di tempat² sejuk gini 😋

    BalasPadam
  9. Cucur udang kot tu... kat utara kalau cucur udang biasa makan dengan kuah kacang.

    BalasPadam
  10. sedapnyaaa bihunnnnn... terasa lapar laa pulak ;-)

    BalasPadam
  11. Kalau SA mesti nak minum air panas...sebab cuaca dah sejuk kan...tapi pilihan masing2..cucur Abg Farid tu nampak sedap la Kak Amie

    BalasPadam