Pages

Isnin, 6 Januari 2025

Masakan Tradisional Bajau : Makan Tengah Hari di Restoran Kampungku Semporna

Bismillahirrahmanirrahim.
Salah sebuah tempat makan tradisi Bajau kegemaran Amie di Semporna ialah Restoran Kampungku. Sebenarnya ada banyak tempat boleh dikunjungi tetapi kami sudah terpikat untuk terus menikmati masakan Bajau di sini sekiranya datang ke Semporna. Oleh kerana sudah beberapa kali makan di sini, kami sudah tahu bila masa yang sesuai untuk datang. Sekiranya datang waktu tengah hari sudah tentulah restoran penuh dengan pelanggan dan apabila datang agak lewat lauk-pauknya pula sudah berkurangan.

Jadi, kami datang sekitar pukul 10 pagi. Ketika ini lauk pauk baru siap dimasak dan masih panas. Pelanggan pun belum ramai. Kita pun rasa selesa untuk menikmati hidangannya.

Lauk-pauk tradisi masyarakat Bajau.

Antara lauk-pauk pilihan kami yang dihidangkan di dalam piring kecil.

Memandangkan ada lauk-pauk yang memang Amie tidak pernah temui di Lahad Datu dan Kota Kinabalu, jadi di sinilah kami ambil kesempatan untuk menikmatinya. Biasanya lauk-pauk boleh dimakan dengan:
  • Nasi Putih 
  • Putu
  • Tompek @ Tinompek
  • Bamban @ Bianbam

Dahulu, harga sepiring kecil lauk pilihan sebanyak RM5.00.
Kali ini lupa pula hendak bertanya, dan Encik Suami bayar sebanyak RM54.00 termasuk sepinggan nasi putih, tompek, secawan kopi O dan segelas minuman laici.




Seperti kebiasaannya, kami turut disediakan semangkuk kecil sup kosong yang masih panas setiap seorang.

Tompek @ Tinompek

Putu

Gambar atas dan bawah dari entri lama. Gambar atas : putu. Gambar bawah : Bamban @ bianbam (dalam bungkusan daun pisang).

Bamban @ Bianbam

Antara lauk-pauk pilihan kami termasuklah: 

  • Sagol Buntal
  • Kilau @ Kinilau
  • Ikan Pari Masak Kunyit
  • Kerabu Rumpai Laut
  • Siput Kima
  • Bobohan
  • Lato' @ Latok


Sagol Buntal

Kilau @ Kinilau

Ikan Pari Masak Kunyit

Kerabu Rumpai Laut

Siput Kima


Bohohan

Lato' @ Latok

Sambal Pencecah Lato'


Kalau datang ke Semporna, singgahlah di Restoran Kampungku! Berkenalan dan belajarlah makan masakan tradisional masyarakat Bajau.

12 ulasan:

  1. Semuanya nampka menarik utk dicuba.. insyallah moga tahun diberi rezeki utk ke semporna dan tawau ..

    BalasPadam
  2. ya Allah, nikmatnye tengok pelbagai juadah... jam 10 pagi dah siap... seronoknye.. mcm sarapan pagi ... makan terus kenyang sampai petang...

    BalasPadam
  3. Semua nama makanan yang asing bagi saya, menarik untuk dicuba 👍🏽
    Kalau berkesempatan ke Semporna, bolehlah saya cuba makan di sini.

    BalasPadam
  4. mesti sedap tu kan, bila lah dapat merasa sendiri agaknya

    BalasPadam
  5. dlm menu tu pernah mkn rumpai laut latok tu

    BalasPadam
  6. kalau ada rezeki kak ana ke sana, rasa nak cuba semua masakan etnik sana Amie, menu Bajau ni macam ada persamaan dengan Minang agaknya ye atau mungkin tidak juga.. nampak menyelerakan pada kak ana

    BalasPadam
  7. Alaaa rindu latok. Sedapnya menu Kak Amie.

    BalasPadam
  8. sagol buntal tu guna ikan buntal ke

    BalasPadam
  9. Unik sungguh nama dan rupa masakannya, tentu sedap.

    BalasPadam
  10. masakannya bukan jenis yg pedas2 ya kak?

    BalasPadam
  11. uihh.. nampak sedap semuanya. Nama pun agak asing.
    Corak pinggan tu cantiklah.. nampak meriah namun tidak serabut.

    BalasPadam
  12. Telan air liur SA tengok entry ni...menarik untuk di cuba..

    BalasPadam