Pages

Khamis, 16 Januari 2025

Ikan Pari Masak Lemak Tempoyak

Bismillahirrahmanirrahim.
Jom asap-asapkan dapur. Kali ini Amie kongsikan Ikan Pari Masak Lemak Tempoyak. Masuk kacang panjang sekali harung, tak perlu lagi masak sayur lain sebagai pelengkap hidangan.


Ikan Pari Masak Lemak Tempoyak


Ikan Pari Masak Lemak Tempoyak

Kuah Ikan Pari Masak Lemak Tempoyak nampak warna kuning pekat sebab Amie gunakan cili padi merah. Kalau gunakan cili padi hijau, warnanya cantik kekuningan apabila bercampur dengan kunyit hidup. Tak apalah, yang penting sedap. Waktu makan pun memang pinggan nasi banjir kuah .... ahaks!

Resipi Ikan Pari Masak Lemak Tempoyak
Bahan-bahan:
  • 500 gram ikan pari - potong ikut saiz yang digemari
  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 4 sudu besar tempoyak
  • 5 batang kacang panjang - patahkan 3 cm
  • 1 helai daun kunyit - siat dan simpul
  • garam / gula / perasa pilihan
Bahan tumbuk:
  • 15 tangkai cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 3 cm kunyit hidup
Cara memasak:
  1. Masukkan santan cair bersama bahan tumbuk  dan tempoyak ke dalam periuk.
  2. Setelah mendidih, masukkan santan pekat.
  3. Kemudian masukkan ikan pari.
  4. Apabila kuah mendidih, masukkan pula garam / gula / perasa pilihan.
  5. Kacau sekali-sekala dan akhir sekali masukkan kacang panjang dan daun kunyit.
  6. Setelah daun kunyit dan kacang panjang berubah warna, padamkan api dapur.

Ikan Pari Masak Lemak Tempoyak


12 ulasan:

  1. Nampak sedap, nanti nak cuba la masak macam ni..selalu masak asam pedas je kalau ikan pari kan...

    BalasPadam
  2. Tak terfikir pula ikan pari masak lemak. Menarik ni. Biasa buat asam pedas atau masak kencur je.

    BalasPadam
  3. Menu yang super
    Saya suka sekali dengan kuahnya
    mantap dan sedap

    BalasPadam
  4. Laaa... ingatkan pari ni orang bakar dengan buat asam pedas je?

    BalasPadam
  5. Sedapnya Kak Amie, thanks kongsi resepi ni.

    BalasPadam
  6. Nampak sedap. Boleh try masak lemak ni nanti. Selalu buat asam pedas je kalau beli pari

    BalasPadam
  7. Sedap betul lauk ni yang dicampur dengan tempoyak. Saya pernah makan yang masak ikan patin....ikan pari tak pernah rasa lagi.

    BalasPadam
  8. waduhhhhhh sedapnyaaa ikan pari masak tempoyak!

    BalasPadam
  9. Rupa2nya semua ikan sesuai aje buat masak tempoyak ya. Dulu sy ingat ikan patin jer sesuai. Terasa pulak nak makan masak tempoyak, haha.

    BalasPadam
  10. Ikan pari itu favorit saya. Kuah tempoyak yg ada duriannya kan kak? Kalo rasanya sama seperti yg di Sumatra, berarti confirm saya suka jugaaaa 😍😍😍😍

    BalasPadam
  11. huiiii sedap ni kak
    fav sy ikan pari ni

    BalasPadam