Pages

Ahad, 8 Disember 2024

Catatan Kenangan Buat Firdaus & Khalid

Bismillahirrahmanirrahim.
Sudah jadi rutin, setiap kali menghadiri kelas tuisyen, Encik Suami akan hantar Firdaus sekali dengan Khalid. Waktu pulang, ayah Khalid pula akan ambil mereka berdua. Selalulah pula Firdaus dibawa makan tengah hari bersama Khalid sebelum sampai ke rumah. Terima kasih ayah dan ibu Khalid yang sangat bermurah hati belanja Firdaus makan tengah hari. Tak dapat kami hendak membalasnya. Semoga Allah gandakan ganjaran dan rezeki dari pelbagai penjuru. In syaa Allah. Amin.

Ada satu hari ketika kami hantar Firdaus dan Khalid ke kelas tuisyen, rupanya guru tuisyen lupa hendak beritahu bahawa kelas tersebut dibatalkan.  Kami sudah sampai tetapi pintu pusat tuisyen berkunci. Setelah Encik Suami telefon, barulah kami dapat penjelasannya. Amie cadangkan pergi sahajalah ke tempat makan yang selalu ibu bapa Khalis bawa Firdaus makan tengah hari.

Firdaus dan Khalid memesan makanan dan minuman yang sama.

Jumbo Chicken Chop.



Encik Suami : White Coffee

Encik Suami : Hainan Kaya Butter

Amie : Classic Nanyang Kopi Susu Kahwin

Wantan Goreng

Popia


Semua kedua-duanya terus berkawan baik sampai bila-bila.
Itu jugalah harapan ibu Khalid yang pernah dinyatakan kepada Amie beberapa tahun lalu.



12 ulasan:

  1. Sejuk mata tengok Firdaus berdoa, nampak tulus ☺️
    Mudah-mudahan, kekal berkawan hendaknya. Anak² Sy esp si Abang tu dah besar ni malu² pulak jadi bila jumpa kawan² rapat dekat sek ren dulu :D

    BalasPadam
  2. Moga ukhuwah berkekalan. Sedapnya nampak coffee Classic Nanyang tu. Semua sedap, lama pulak tak makan roti bakar.

    BalasPadam
  3. Lain macam mug kopi nanyang tu, Kak Amie. Khalid & Firdaus, semoga mereka berkawan sampai tua, insyaAllah.

    BalasPadam
  4. moga jadi kawan sampai bila2.....

    BalasPadam
  5. Popia dan mee tu sedapnya. Kopi susu kahwin tu macam mana ya?

    BalasPadam
  6. semoga persahabatan mereka ke syurga.. saling bantu membantu, berpoesan pesan... belajar rajin2 yer anak2... kalianlah yg bakal menerajui negara kita nanti...

    BalasPadam
  7. semoga persahabatan mereka berkekalan selamanya, sedap-sedap menu Amie :)

    BalasPadam
  8. Tu Daus baca doa makan ke.... baca doa kelas tuisyen kensel...?

    BalasPadam
  9. Mudah-mudahan persahabatan yang terjalin kekal selamanya.

    BalasPadam
  10. Kerkawan sampai bila- bila ye Firdaus dan Khalid..

    BalasPadam
  11. Good boy ni.. semoga ukhwah terjalin sampai bila-bila ya F & K.. all the best anak-anak

    BalasPadam
  12. Aamiin... Semoga mereka berdua tetap berteman dekat hingga bila2. Senang kalo anak ada teman yg rapat dan baik Budi macam ni. Kita pun sebagai parents tenang juga lihatnya

    BalasPadam