Pages

Selasa, 19 November 2024

Masuk Bilik di Hispar Hotel Skardu Pukul 01:12 Pagi

Bismillahirrahmanirrahim.
Hispar Hotel hanya dua tingkat sahaja. 
Kebetulan kami ditempatkan di aras bawah dan hanya berlenggang masuk ke bilik kerana beg-beg kami dibawa hingga ke hadapan pintu bilik oleh pekerja hotel.

Hispar Hotel 



Sebaik sahaja buka pintu bilik, jam sudah menunjukkan hampir 1:12 minit pagi.


Kali ini HP tak berapa nak diberi makan. Keletihan, mengantuk dan ingin cepat-cepat bersihkan diri serta solat jamak hendak didahulukan.


Dapatlah juga tangkap gambar suasana bilik seadanya saja, asalkan ada untuk simpanan.





Tak sabar hendak masuk bilik air. Hendak cuci muka. Hendak berus gigi. Hendak berwudhu'.


Bangun pagi, terus menyiapkan diri untuk turun ke lobi.
Sempat naik ke tingkat atas, ke bilik Nano dan Jusna sebab hendak sterika tudung.
Jusna bawa sterika, jadi selalu pinjam-pinjam!
Tak tanya pula, adakah hotel sediakan sterika.


Pemandangan aras bawah  dari bilik Jusna.


Tingkat bawah dan atas.


Pakistan dengan pemandangan gunung berpisah tiada!


Naik turun tangga untuk ke tingkat atas dan ke bawah.


Bergambar kenangan dahulu.


Suasana pagi di sekitar Hispar Hotel.



Hispar Hotel dari pandangan sisi depan.


Selamat Pagi Skardu!


Panjat tangga nak naik atas van tapi tak berani naik bumbung!


Seorang peserta Trip Pakistan sudah meronda sekitar Hispar Hotel di awal pagi. Katanya ada pemandangan cantik! Sayangnya kami tak sempat hendak melihat-lihat kawasan tersebut. Katanya lagi ada motosikal boleh disewa!

Sewa motor : 2,000 Rupee Pakistan.



Tudiaaa.... bergaya dengan motosikal Pakistan!

Kredit - Gambar Trip Pakistan

Pinjam gambar kawan-kawan yang cantik beraksi di atas van.

Hispar Hotel, Skardu, Pakistan.

12 ulasan:

  1. Balasan
    1. Seterika khas untuk travel. Kecik jew beberapa ratus gram.

      Padam
  2. nasibaik dpt bilik tingkat bwh..tkde la nk memanjat tgga naik atas kan ngan luggage...hah posing ngan motosikal pakistan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beg memang dibawa hingga ke hadapan pintu bilik oleh pekerja hotel.
      Hahaaa ...motosikal 🏍️ Pakistan memang rare.

      Padam
  3. Seronok, memang seybaca trip Kak Amie ni. Subhanallah cantik semuanya.

    BalasPadam
  4. Ya allah bestnya panjat posing atas van tu. hehehehe naik boleh tapi nak turun gayat.....hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaaa... itulah, naik separuh tangga jew. Turun balik.

      Padam
  5. pemandangan cantik.... hotelnya walaupun cuma 2 tingkat tapi tetap nampak cantik dan selesa

    BalasPadam
  6. Saya bayangkan, masuk kamar jam 1 lewat, bangun pagi utk subuh, lalu langsung bersiap nak berangkat lagi. Letih sangat lah kak Amie 😅. Mata saya kalo kurang tidur, dah macam zombie 🤣

    BalasPadam
  7. Menarik binaan hotel tu di tengah-tengah kosong jadi boleh lihat terus pemandangan luar.
    Lantai kayu dalam bilik pasti selesa dan hangat bila cuaca sejuk.

    BalasPadam
  8. sy suka suasana macam ni...
    dikelilingi alam semula jadi
    bukan hutan batu bila selak tingkap bilik hotel

    BalasPadam