Pages

Rabu, 13 November 2024

Makan Tengah Hari Sambil Merenung Biru Air Tasik Attabad Dari Tingkap Kaca

Bismillahirrahmanirrahim.
Hurrmmm.... lain benar tajuk makan tengah hari kali ini! Sepatutnya tulis tempat makan... ahaks! Sebenarnya sepanjang berada di Pakistan, kita tidak banyak buat catatan perjalanan. Padahal kalau kita makan di sesuatu tempat, sudah semestinya ambil sedikit info terutama nama restoran tetapi kali ini lupa sama sekali! Lupa juga untuk ambil gambar nama restoran ini! Jadinya, Tasik Attabad yang menjadi mangsa!

Memang kebetulannya, tempat makan kami yang sedia cantik menghadap Tasik Attabad! Jom kita masuk ke dalam. Perut pun sudah lapar sangat!


Cantik kan sajian pemandangan di balik tingkap kaca itu!


Gang Trip Pakistan sedang menjamu selera.


Dari tingkap kaca boleh dapat ambil gambar Tasik Attabad.



Dari tingkap kaca juga boleh ambil gambar ruang makan terbuka di bahagian luar restoran.
Kalau sanggup makan di tengah panas, bolehlah duduk di luar.


Cantik sangat kan?




Ruang dalam restoran.




Duduk dahulu di meja masing-masing sementara makanan dihidangkan.




Ada macaroni.


Ada acar.


Ada buah potong dengan yogurt.


Tembikai.


Dessert.

Roti Naan.


Angel Hair.

Pakistani Soup.


Setiap kali jumpa nasi yang bercampur dengan aksesori begini, kawan-kawan akan kata : Ini nasi goreng. Sebenarnya bukan nasi goreng. Tapi kita pun tak pasti apa nama nasi ini.

Pakistani Meatball Curry

Jom makan.
Bismillah.






Lepas makan boleh ambil minuman panas di sini.


Barangkali tempat ini merupakan resort. Kami dipersilakan menunaikan solat di dalam bilik yang besar dan cantik di tingkat atas dengan menaiki lift. Alhamdulillah! Syukur seribu syukur! Bilik penginapan untuk solat sangat besar dan cantik. Bilik airnya bersih dan kemas, begitu juga ruang rehat dan ruang solat.

Tapi tak dapatlah ambil gambar sebab sudah 'diusik' oleh rakan-rakan yang masuk dahulu... ahaks!

Pemandangan dari tingkap bilik.

Laluan masuk ke bilik.


Sebelum turun lift, sempat ambil gambar dari tingkap sekali lagi.

20 ulasan:

  1. Bukan perut saja kenyang ni, mata pun kenyang tengok pemandangan indah gini :)

    BalasPadam
  2. Subhanallah! Memang cantik pun tasiknya kak.. kenyang tgk scenery je mcm ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang cantik Mira.
      Apakan daya, kena patuh jadual. Kalau boleh tak mahu berganjak dari sini.

      Padam
  3. Macam lukisan pemandangannya Kak Amie. Tentu bertambah enak rasa makanan yg sedang dinikmati.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaaa... mata memandang tasik, tangan menyuap makanan ke mulut. Mana satu hendak fokus ya SK.

      Padam
  4. Makan siang di restoran sambil memandang danau...ah asyik sekali nih Mbak.
    Mata kenyang dengan pemandangan cantik, perut pun kenyang dengan makanan lezat yang disajikan.

    Salam,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Dapat jamu mata dan jamu selera dalam satu masa.

      Padam
  5. Cantiknya permandangan. Makanan pun ada nasi goreng juga ya.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan nasi goreng tu. Entah nasi apa hihihii....

      Padam
  6. WoW! Pemandangan yang tersagat cantik!

    BalasPadam
  7. Subhanallah.. Cantiknya tasik tu kak Amie..

    BalasPadam
  8. Duduk lama-lama pun tak mengapa kalau disajikan view gitu.

    BalasPadam
  9. Makan dengan view Tasik Attabad, Subhanallah cantiknya sangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Segala ciptaan Allah tiada bandingannya.

      Padam
  10. Masya Allah ❤️❤️❤️❤️❤️. Mungkin walopun saat itu diksh roti keras dan air, tetap saja terasa sedap Krn view-nya spektakuler. 😍😍.

    Sept msh panas yaa. Kalo nak kesana autumn bisa tak kira2 kak. Winter dah pasti tak bisa kan. Pengen di saat cuacanya tak panas sangat, tp jangan winter

    BalasPadam
    Balasan
    1. Travel ke Pakistan waktu autumn memang lumayan cantik!
      Saya pun selalu berharap ada rezeki untuk datang lagi ke Pakistan pada musim luruh.

      Padam