Bismillahirrahmanirrahim.
Ada kalanya kita memaksa diri untuk berlapang dada, terima apa yang terjadi semuanya bukan dalam kawalan. Sepatutnya Skardu - Islamabad merupakan satu perjalanan paling pendek dengan menaiki pesawat PIA, penerbangan domestik yang sudah tentunya menjimatkan masa. Namun begitu, awal-awal lagi sudah berasa kurang gembira dengan maklumat penerbangan yang sepatutnya pada pukul 10 pagi ditunda ke pukul 12 tengah hari dan kemudian ditunda lagi ke pukul 2 petang.
Akhirnya kami keluar dari Lapangan Terbang Islamabad pukul empat lebih dengan perut lapar, belum menjamah makan tengah hari! Di Islamabad sudah tidak ada kelibat Encik Mudassir sebagai tour guide kami, dan tiada juga bayangan Mumtaz Khan sebagai pemandu van kami. Kami mendapat tour guide dan pemandu van baharu!
Kami dibawa ke sebuah restoran yang kelihatan mewah. Entah apa hidangan yang akan disajikan, kami pun tidak tahu. Apa yang kami fikirkan ialah, mengapa begitu lama kami menunggu di meja makan tetapi hanya pinggan, garfu dan pisau sahaja yang disediakan. Setelah lebih 40 minit menunggu, kami menyuarakan kepada tour leader untuk tunaikan solat dahulu memandangkan waktu sudah lewat petang dan kami belum solat jamak zohor dan asar. Berlaku sedikit pertikaian di antara tour leader dengan tour guide, beginilah jawapannya : Restoran ini hanya menyediakan tempat solat untuk lelaki, dan tidak untuk perempuan!
Sabar menanti hidangan tengah hari dari pukul 5:00 hingga 5:40 petang!
para pekerja busy menyiapkan hidangan.
style diarang once guests tiba baru la depa busy memasak.
*benda cam ni lah yg kurang setuju dgn style org Malaysia.
cara ni banyak waktu akan terbuang sebab food hanya akan disediakan bila guests sampai di resto.
kunun2nya nak serve food panas2.
kita lak tak sabar la kan.
nak gerak ke utara tu lama lagi.
kalau boleh tiba resto terus hidang kan food then makan, then sambung journey.
kan.
tang ni i think i pun setuju.
they need to improvise this kinda service.


Memandangkan hanya tinggal 28 minit untuk masuk waktu maghrib maka kami pun meninggalkan restoran menuju ke van dan kami difahamkan akan dibawa ke Masjid Faisal yang tidak jauh dari restoran. Ketika van sampai di Masjid Faisal, hanya tinggal 15 minit sahaja untuk mengejar waktu. Sewaktu berlarian menuju ke pintu masjid, kami terpisah-pisah. Kami sangka dekat sahaja pintu masjid, tetapi jaraknya agak jauh.
Kami tidak tahu Masjid Faisal merupakan masjid terbesar di Pakistan!
Ada yang menaiki tangga menuju ke tingkat atas untuk mengambil wudhu'. Kemudian turun semula kerana tempat wudhu terletak di bawah. Dalam keadaan kelam-kabut itu, selepas wudhu' kami mencari kawasan lapang yang berhampiran untuk solat.
Sewaktu hendak mengangkat takbiratul ihram, azan maghrib berkumandang! Allahu Akbar!
Akhirnya kami solat jamak maghrib dan isya' dahulu diikuti dengan qadha zohor dan asar. Selesai solat baru perasan ramai perempuan duduk dekat dengan kami. Mereka cuba berkomunikasi tetapi dalam bahasa Urdu. Mereka senyum-senyum. Barulah kami perasan, kami solat berhampiran dengan tempat letak kasut!
Jusna dan rakan-rakan yang lain menaiki anak-anak tangga menuju ke tingkat atas untuk mengambil wudhu' kerana diberitahu seseorang tempat wudhu' di bahagian atas. Sampai di atas, seseorang beritahu pula tempat wudhu' di bahagian bawah. Kata Jusna, nampaknya mereka kena tawaf dahulu baru jumpa tempat mengambil wudhu'. Dalam gambar di atas, ada dua pintu di sebelah kiri, itulah tempat mengambil wudhu' kaum wanita.
Sudah tentu Jusna tidak dapat melupakan kenangan di sini, berlarian dalam keadaan perut lapar untuk mengambil wudhu'!
 |
Dua pintu bilik air untuk kaum wanita mengambil wudhu'. |
Selesai solat, masing-masing duduk termenung sementara menunggu masa untuk kembali ke van. Di bahagian belakang itulah kami solat, bersebelahan tempat letak kasut.
Bergambar di hadapan Masjid Faizal, dengan wajah letih dan lesu. Tak sangka hari ini dari Skardu ke Islamabad penuh dengan kuch kuch hota hai!
 |
Google - Masjid Faisal |
Masjid Faisal adalah masjid terbesar di Pakistan. Berada di kaki bukit Margalla di Islamabad. Pembangunan Masjid Faisal dimulai pada 1976, mendapat biaya daripada Raja Faisal, Arab Saudi. Masjid Faisal mampu menampung 100,000 jemaah. Dan jika sampai halaman dapat menampung hingga 200,000 lebih jemaah.
 |
Google - Masjid Faizal |
Masjid Faisal terletak di sebelah utara kota dengan latar belakang bukit Margalla, yang merupakan kaki paling selatan Pergunungan Himalaya. Selain tercatat sebagai masjid terbesar di Pakistan, Masjid Faisal pernah menjadi masjid terbesar di dunia dari 1986 hingga 1993. Saat ini, Masjid Faisal merupakan masjid dengan kapasiti jemaah keempat terbesar di dunia.
Jusna sempat merakam pemandangan di dalam Masjid Faisal ketika 'tawaf' mencari tempat wudhu'.
Pukul 7:15 malam kami kembali ke van semula.
Ketika ini tour guide sudah menyediakan bungkusan makanan dari restoran tadi. Rupanya makanan yang ditunggu tak sampai ke meja ialah pizza!
Kami jamah jugalah pizza ini sedikit, sekadar untuk alas perut supaya tidak masuk angin. Kiranya inilah menu makan tengah hari kami.
 |
Pizza dari Cheezious |
Lawatan seterusnya ialah ke Pakistan Monument. Bagaimanapun sebahagian daripada kami tidak menyertainya dan lebih senang berada di dalam van sahaja.
 |
Rakan-rakan bergambar di Pakistan Monument. |
Pinjam video Nano di Pakistan Monument.
Begitulah...
Kuch kuch hota hai hari pertama di Islamabad!
Ada tari menari tak? Macam Shah Rukh Khan dan Kajol. Haha.
BalasPadamNampak moden masjidnya Kak...
BalasPadamAdudu, ingatkan dapat makan biryani Pakistan rupanya pizza ya...
Ingat cerita hindustan td he hee
BalasPadamMesti hilang mood masing2 dek menunnggu lamaa
First time nampak masjid macam tu...menarik design dia moden...
BalasPadamHujung² tu tak nak turun ke Pakistan Monument sebab dah merajuk agaknya ke?
BalasPadamSeronok dpt jejak kaki ke masjid terbesar di Pakistan tu
BalasPadamAmie, kak ana ingat ada SRK tadi kat sana hehe :)
BalasPadambesar masjid faisal jenuh juga bertawaf tu
BalasPadamHaduh ini perjuangannya seru sekali Mbak. Dimulai dengan delay penerbangan, restoran yang lama menunggunya sampai masjid yang besar hingga ke tempat wudhu pun harus "tawaf"...
BalasPadamApapun pasti ini menjadi kenangan perjalanan yang sangat indah untuk dikenang...
Kuch Kuch Hota Hai...ah film India itu memang sangat menarik Mbak...
Salam,
Masjid dia nampak kemodenan nya .. cantik :D
BalasPadamCantik masjidnya. Mau tak marathon lari dalam masjid, sebab masjid paling besar. Pizza tu, masa sampai, baru nak diuli doh nya kot.
BalasPadamsukaaaaa sy tgk background masjid faizal tu...
BalasPadammacam tak ada pencemaran je kat belakang tu
walaupun dah lama dibina...
Gimana yaaa... Saya pun akan bad mood jika mengalami yg Kaka rasakan. Tak boleh sholat hanya Krn alasan tempat khusus lelaki. Kan bisa dia exception dulu, menyediakan tempat itu utk tamu wanita. Toh tempatnya sedang sepi. Reason nya tak bisa masuk logic saya.
BalasPadamAtau kalo pun begini kenapalah dr awal tur guide tak bawa ke mesjid saat msh banyak waktu.
Terakhir pizza pula menunya 🤣🤣🤣🤣. 1 orang 1 loyang ya kak hahahahah. Alahaaiii. Sabar2 lah kalo ketemu restoran begini 😅
Aduhhh.. mujur takde yang masuk angin perutnya. Kalau tak boleh ganggu hidup huhu..
BalasPadamItu yang kalau boleh jamaknya diawal waktu kan, unless kita dah tahu tempat yang nak pergi mudah tempat solatnya.