Pages

Sabtu, 16 November 2024

Jalan-Jalan Cari Sarapan di Warung Al Amin

Bismillahirrahmanirrahim.
Dua tiga hari lepas berangan-angan hendak sarapan tosei dengan kari kambing di kedai mamak. Pagi tadi bermalas-malas sahaja, rasa hendak sambung tidur. Encik Suami ajak sarapan pula di Warung Al Amin. Walaupun warung tidaklah jauh dari rumah tapi hendak bersiap itulah yang hendak diambilkira. Jadi, memakai pakaian seadanya dan pakai tudung sarung saja. Sampai di warung hampir pukul tujuh pagi. Oh, nampak sebuah meja kosong. Cepat-cepat kami suruh Firdaus duduk di situ sementara kami mengambil makanan.

Sarapan kami:
Encik Suami - Kuetiaw Goreng & Telur Mata
Amie - Bihun Goreng & Tauhu Berlauk
Firdaus - Nasi Kuning & Ayam Goreng
3 Gelas Minuman Panas
Total : RM16.00.


Semoga dipermudahkan urusan Warung Al Amin beroperasi dengan mengekalkan harga murah dan mampu beli semua pelanggan! Makanan dan kuih-muih yang disajikan setiap pagi pun pelbagai.



Barongko

Lain kali kita hendak beli kuih barongko, sejenis dessert yang diperbuat daripada pisang dan santan serta gula. Kuih barongko merupakan kuih tradisonal masyarakat Bugis. Untuk rasa lebih enak, simpan dahulu dalam peti sejuk.


Ada ubi goreng dan lepat ubi.


Ada apam kampung & kuih nagasari.

Kuih beroncong @ broncong.

Nampaknya kuih broncong menjadi pilihan ramai pelanggan. Nampak hanya tinggal sebahagian kecil sahaja di dalam bekasnya. Ada yang panggil kuih beroncong atau buroncong. Ada juga yang sebut kuih pukis dan kuih pancung.

Kuih Sawalla @ Sawallah.



Tauhu Berlauk


Kita makan bihun goreng dengan tauhu berlauk. Sedaplah pula tauhu berlauk. Lain kali kalau ada lagi tauhu berlauk, kita hendak rata begitu sahaja, tak perlu tambah bihun atau lain-lain. Ratah sahaja 6-7 biji atau ambil seberapa biji cecah dengan sambal kicap dan makan sampai kenyang.

Soto Ayam - RM6.00

Kita minta Encik Suami belikan Soto Ayam, Mi Kari dan Sanggara' Balanda @ Sanggara Talemme' @ Pisang Talemme'. Harga yang ditawarkan di sini sangat murah ya. Di warung ini saja tau. Kalau tempat lain, kena keluarkan belanja lebih!

Mi Kari Udang RM8.00

Pisang Talemme' - RM6.00

Pisang Talemme' @ Sanggara' Balanda @ Sanggara' Talemme' juga merupakan salah satu kuih tradisional Bugis. Diperbuat daripada pisang raja yang masak, digoreng dan kemudian angkat. Celup ke dalam adunan telur dan digoreng semula. Setelah ditoskan, belah pisang tadi jangan sampai putus. Kemudian isi bahan berupa kacang cincang yang telah digaul dengan marjerin / mentega serta gula pasir. Kalau di rumah biras (keturunan Bugis), biasanya akan tuang air gula di atas sanggara' balanda ini.

Rakan-rakan sarapan apa pagi ini?

11 ulasan:

  1. murahnya. banyak pilihan pulak tu. rambang mata nak pilih ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, sangat murah dan pelbagai pilihan. Kena selalu datang untuk merasa setiap makanan.

      Padam
  2. Betullah... nak keluar tu bersiap-siap yang malas. Memang pakai tudung sarung je lah jawabnya. Pisang Talemme' tu menarik, pertama kali tengok.

    BalasPadam
  3. Beraneka kuih yang tidak ditemui di Malaya. Oh, kenapa Kak Amie kata, lain kali hendak beli kuih barongko? Kenapa hari tu tak dibeli ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lain kali hendak beli barongko sebab hari tu sudah beli pisang talemme'. Dua-duanya manis dan dua-duanya diperbuat dari pisang. Jadi, beli satu dulu.

      Padam
  4. kiranya pisang tu jd 'double manis' laa ya bila dimakan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Anies.
      Memang manis. Begitulah uniknya makanan tradisi Bugis.

      Padam
  5. ya allah macam-macam jenis kuih. Kalau saya sudah rambang mata. Rasa nak beli semua nak rasa. aduhaiiiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasib baik dekat dengan rumah.
      Memang nak rasa semua, tapi pujuk hati bila-bila masa boleh datang. Jadi bolehlah merasa semuanya ikut giliran hihihii.

      Padam
  6. Duuuuh sukaaa sangat lihat aneka kue2 yg dijual kak. Banyak kue Bugis yaaa. Ownernya orang keturunan Bugis kah? Barongko itu memang sedap. Saya pernah makan Krn Mama sering buat. Krn dulu mama lama tinggal di Makasar.

    BalasPadam