Pages

Selasa, 15 Oktober 2024

Sejuk-Sejuk Manja di Sekitar Rockwood Resort

Bismillahirrahmanirrahim.
Nampaknya badan terasa lebih segar kerana agak cukup waktu rehat di bilik, dan dapat tidur lena walaupun hanya untuk beberapa jam sahaja. Pukul 6:48 pagi kami turun ke lobi tetapi  belum ada sajian untuk sarapan.

Bekas makanan belum diisi dengan sebarang sajian.



Untuk menghabiskan masa menunggu sarapan, rakam dulu gambar-gambar sekitar resort.




Tak pasti berapa suhu di sini.
Ada yang kata malam tadi sekitar 7'C dan pagi ini 11'C.



Akhirnya kami terkeluar dari kawasan resort!
Jom jalan-jalan di sekitar Rockwood Resort, berjalan santai menuruni bukit melalui jalan sempit.



Nampaknya kerja-kerja pembangunan sedang dijalankan di sekitar Rockwood Resort. Ada beberapa buah hotel dan resort lain sedang didirikan. Pakistan sebuah negara yang sedang membangun. Industri pelancongan bukanlah sektor yang menjadi keutamaan sebelum ini. Memang banyak aspek yang perlu dipertingkatkan untuk berada dalam senarai negara pelancongan yang menjadi tumpuan dunia.

Antara hotel baharu yang sedang didirikan.


Di antara bangunan hotel, kami mencari sudut keindahan yang kelihatan nun jauh di sana. Ada aliran sungai berair jernih melingkari kaki gunung. Ia bagaikan sebuah perkampungan tetapi kaki kami tidak terjangkau untuk sampai ke sana.


Tertanya-tanya di dalam hati, bagaimanakah cara hidup masyarakat kampung di sini?





Pemandangan rumah dari susunan batu-batan, bumbungnya diletak penahan seperti batu dan sebagainya, tergambar kenangan sewaktu jelajah Nepal 2019! Beginilah keadaan bumbung rumah kampung yang kami lihat. Barangkali menahan angin daripada meniup zing atau bumbung rumah!


Kemi sempat menyantuni seorang kanak-kanak Pakistan.




Oh, memang sejuk sungguh!
Melihat cara lelaki ini berpakaian dan berpeluk tubuh sudah cukup menggambarkan kedinginan ada di mana-mana ketika ini.


Marilah kita kembali semula ke hotel.
Mungkin sarapan sudah tersaji.
Rakam gambar sesejuk-sejuk manja di sini dulu.


Walaupun jalan menuju ke Rockwood Resort nampak landai, tapi tertonggek-tonggek jugalah membawa diri naik ke atas. 



Rockwood Resort


Sarapan sudah terhidang.
Ada roti, sandwich, biskut, buah epal dan hirisan buah peach.



Ada aloo bhujia dan chana masala.
Pandai dah sebut menu Pakistan.
Aloo Bhujia - Pakistani Potato Curry
Chana Masala : Kari Kacang Pakistan


Ada telur dadar dan roti paratha.


Kita ambil roti dadar, roti paratha, aloo bhujia dan chana masala.


Ambil juga kepingan roti coklat dan hirisan buah peach.
Kita minum air suam sahaja.



Van sudah bersedia di luara resort untuk bergerak ke destinasi selanjutnya.



Terima kasih pekerja setiap hotel yang mesti bawa beg kami hingga ke hadapan bilik dan turunkan waktu bagi ke van. Jasamu dikenang!



Kami kagum dengan kesungguhan dan keraja keras pemandu van kami, Encik Mumtaz Khan mengurus dengan baik letak kedudukan beg-beg kami di atas bumbung van.


Punya kuat tenaganya, nampak macam ringan saja beg-beg yang disambut!



Alhamdulillah!
Van akan bergerak meninggalkan Rockwood Resort.



Pemandangan dari hadapan Rockwood Resort Naran di waktu pagi.



26 ulasan:

  1. Suka anak pakistan tu... senyum lebar dia

    BalasPadam
  2. Pakistan ni cantik but underrated. Nampak aman damai & selamat je negaranya wpun selalu dimomokkan dgn cerita² negative.
    Ada rezeki nak juga ke sana :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang banyak kawasan cantik tapi disebabkan belum begitu membangun banyaklah ceritanya yang tak berapa sedap didengar.

      Padam
  3. Suka tengok pemandangannya yang indah dan cantik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maunya santai-santai sahaja kalau berada di sini kan Diela.

      Padam
  4. orang cakap Pakistan ni destinasi 'bahaya' tapi bila tengok gambar kak amie share ni nampak 'syurga tersembunyi' keindahan gunung ganang tu buat rasa terpukau

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, Afzan.
      Ada bahayanya tetapi lebih banyak indahnya. Betul tu, syurga yang tersembunyi.

      Padam
  5. Sy pun ikut sejuk kat sini tengok semua berbaju tebal. Sedap²nya menu sarapan tu, rugi kalau tak makan semua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang ikut hati hendak makan banyak-banyak tapi takut perut 'panas' dan tak dapat tahan ragam di tengah jalan hihihiii.

      Padam
  6. Cantiknya view yang last tu. Pakistan memang dalam list. Moga dapat ke sana nanti.

    BalasPadam
  7. Nampak sejuk suasana tu. Ohhh mungkin juga batu letak kat bumbung tu nak tahan dari diterbangkan angin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, betul.
      Kalau angin bertiup kencang, boleh terbangkan bumbung!

      Padam
  8. Pemandangan cantik..anak pakistan tu comel betul...

    BalasPadam
  9. Cantik sangat view gunung-ganang tu.
    Industri pelancongan di sana makin berkembang. Baguslah begitu, peluang rakyat tempatan mendapat pekerjaan.
    Mungkin lepas ni dah tak datang ke Malaysia jual karpet dan jadi pemotong rumput.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang datang ke negara kita itu memang hatinya kental untuk mengubah kehidupan di tempat sendiri. Biasanya mereka berjaya apabila mengharungi kepayahan.

      Padam
  10. Sesekali merasa suasana sejuk di negara orang. Di sini memang tak dapatlah nak bersejuk sejuk kecuali di tempat tinggi. Rasa macam seronok pula kalau dapat menjamu selera di kawasan meja dengan rumput menghijau tu. Sambil tu dapat menikmati permandangan sejuk waktu pagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampaknya kami mengalami dua suhu yang berbeza. Suhu panas di Lahore dan Islamabad dan suhu sejuk di kawasan pergunungan dari Naran hingga ke Hunza.

      Padam
  11. Sayang cuma sehari ya kak. Nampak nyaman sangat resort ini. Saya tak keberatan kalo bisa stay 2 malam at least 😄. Apalagi sejuk. Memang tempat favorit saya buat liburan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asalnya memang menginap selama dua malam, tetapi terpaksa satu malam saja.
      Maknanya dapat masa rehat yang cukup dan boleh jalan-jalan di sekitar.

      Padam
  12. masa ni bulan 9 kan kak?
    uiiihhh
    dah sejuk daaa...
    kalau duduk lelama kat sini pun syok juga.
    makanan pun boleh tahan juga sedapnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, September.
      Yang sejuknya di kawasan pergunungan. Kawasan lain masih panas sampai cecah 40'C.
      Makanan no komen, sedap!

      Padam