Pages

Selasa, 22 Oktober 2024

Cari Fasal dengan Sang Helang Pakistan!

Bismillahirrahmanirrahim.
Dari jauh kelihatan dua orang pemuda Pakistan sedang memegang helang masing-masing asyik memerhatikan kami. Rupanya mereka menawarkan perkhidmatan bergambar dengan helang. Bayaran yang dikenakan sekitar 100RP, kalau tak silap. Kawan-kawan yang lain mengambil kesempatan beraksi dengan meletakkan helang di atas lengan untuk bergambar dan mengambil video.


Pemuda dengan helang di Babusar Pass.


Cantik jew Kemi bergambar dengana helang.


Kita pula sewaktu hendak bergambar dengan helang, tak pasal-pasal mendekat pula dua orang pemuda dengan helang mereka sebelah-menyebelah! Satu di kiri dan satu di kanan. Seekor helang di lengan kiri dan seekor di lengan kanan!


Helang di lengan kanan bersaiz agak kecil dan helang di lengan kiri lebih besar dan berat! Tak dapat den nak angkat lengan serentak!


Tapi buat-buat selamba sajalah.


Tak semena-mena helang di sebelah kiri yang lebih besar dan besar naik atas kepala kita! Dia nak buat apa tu?


Terasalah kukunya yang tajam mencengkam kepala kita eh... tudung kita! Berjalan pula sang helang atas kepala! Eh, tak patut betul pijak kepala kita! Kawan-kawan kata dia nak lawan dengan yang sebelah kanan, nak tunjuk lagak lebih berkuasa... ahaks!



Tidaklah kita menduga begini nasib kita dikerjakan helang di Pakistan!



Sebenarnya kita hendak tenang-tenang saja, tapi akhirnya berteriak jugalah sebab sudah tentu selain terkejut, mestilah ada perasaan takut! Selama ini jangankan helang, gagak pun tak pernah sentuh!


Akhirnya turun juga sang helang dari kepala kita tanpa meminta maaf!
Terasa sakit kepala kita yang dicengkam kukunya! Oh, ya! Kiranya kita kena bayarlah sewa untuk dua ekor helang itu.

Rupanya Kemi sempat rakam video peristiwa helang naik kepala kita!

12 ulasan:

  1. Hehehe... Untung ada videonya untuk kenangan... Kalau cerita saja mesti Daus tak percaya~!

    BalasPadam
  2. Wah besar betul burung helang pakistan. Seram!

    BalasPadam
  3. Seronok ada aktiviti sebegini.. Susah nak tengok helang dari jarak dekat

    BalasPadam
  4. uishh.. nampak garang helang tu.. dah lah besar.

    BalasPadam
  5. Hahaha.. jahat betul helang tu, nasib dia cekut bawa terbang, hahahaha.

    BalasPadam
  6. Besar betul helang tu ye...kalau SA memang dah teriak dah tu...

    BalasPadam
  7. Boleh orang yang jaga tu buat dek je ye kak, kalau la sampai terbukak tudung akak tu kan naya... lagi la kalu kuku yang tajam kene kat kulit kepala atau muka kita kan naya. Akak bukan pakai topi atau tudung yang tebal... sabar jelah. Tengok akak pun dh seram, nampak ngeri bila dia dok berjalan dengan kuku yang tajam gitu

    BalasPadam
  8. Auch kuku dia tajam & keraskan... Sakit juga tu huhu
    Apapun pengalaman yg pasti tak dilupakanlah Akk ye

    BalasPadam
  9. seram dengan helang nie...masa dekat kem inciksuami ad sekor helang...tengok dekat2 pun seram

    BalasPadam
  10. Maaaf kak Amie, saya tergelak pula lihat foto2nya 🤣🤣🤣🤣. Seraaam pasti cakar dia tuh. Tajam sangat. Mencengkram kepala kita pula. Takut2 tecucuk mata 🤭. Dan hijab langsung berantakan ini 😂

    BalasPadam
  11. 🤣🤣🤣🤣sori kak tergelak sy dibuatnya
    agaknya dia excited jumpa org jauh dtg jumpa dia
    tu yg nak tumpang naik kepala pula
    dua2 jantan ke kak?

    BalasPadam