Pages

Rabu, 7 Ogos 2024

Lain Kali Baba Jangan Buat Begini Lagi Ya!

Bismillahirrahmanirrahim.

Tidak sampai seminit kami berdiri di sebelah tiang lampu isyarat, tiba-tiba Encik Suami menuding jari ke arah sebuah motosikal yang berhenti di tengah jalan sementara menunggu lampu isyarat bertukar warna. Eh, itu Fuad!

Kami memanggil namanya tetapi sudah tentulah Fuad tidak mendengar kerana ada bunyi kenderaan lain. Lagi pula Fuad memakai topi keledar. Setelah lampu isyarat bertukar warna, Fuad terus menunggang motosikalnya arah ke Masjid Melayu (Jamek) Lebuh Acheh Pulau Pinang. Kami mengekorinya, menyeberang jalan dan terus masuk ke perkarangan masjid.

Masjid Melayu (Jamek) Lebuh Acheh Pulau Pinang

Fuad meletakkan motosikalnya bersebelahan masjid.

Fuad tidak menyedari kami bertiga menurutinya dari belakang. Dalam gambar di atas, Fuad sudah meletakkan motosikalnya di tepi masjid dan sedang membuka topi keledarnya. Kami berada di balik tiang. Encik Suami suruh Firdaus keluar dari balik tiang dan berjalan ke arah Fuad. Pada mulanya Fuad hanya sekali imbas memandang Firdaus, tetapi setelah melihat kami di belakang Firdaus nampak wajah Fuad berubah!

Detik-detik Fuad bersemuka dengan Firdaus yang tiba-tiba muncul di hadapannya.

Ketika Fuad berhadapan dengan Firdaus, memang Fuad sangat terkejut. Apabila kami tanya, katanya : Dalam hati berkata, macam pernah nampak budak ini!


Sejurus setelah kami bertiga bertemu dengan Fuad. Kami duduk seketika di tepi masjid.


Kata Fuad:
  • Tak sangka Baba boleh pandu kereta sampai ke Penang. Beraninya Baba. Saya sendiri tak berani memandu sendiri di sini.
  • Lain kali Baba jangan buat begini lagi ya. Saya terkejut. Kalau saya tahu saya bersihkan badan dulu, tukar baju baru datang sini. Sekarang saya pakai baju kerja, kotor.

Baba dengan anak bujangnya.

Nampaknya Fuad masih kelihatan bingung!
Tak percaya kami berada di depan matanya. Fuad memang benar-benar menyangka Abang Farid yang datang ke sini, dan bukannya kami. Setelah berbual-bual seketika, Fuad minta diri untuk pulang dan akan datang ke Spices Hotel selepas maghrib untuk bawa kami keluar makan malam.


Jam menunjukkan pukul 6:21 petang ketika Fuad meninggalkan kami di perkarangan masjid.


12 ulasan:

  1. hihi..buat surprise!! kejutan yg indah...saya pun x berani bawa kereta kt Penang Island, pesan grab jer..

    BalasPadam
  2. Jumpa si anak naik motor di lampu isyarat.. boleh ikut smpai ke masjid.. Alhamdulillah sejuk mata dan hati si mak ayah melihat anak tak lupa utk beribadah walau dimana jua :D

    BalasPadam
  3. Satu kebetulan yg sangat jarang berlaku tapi pastinya indah utk dikenang kan... Terkejut Fuad :D

    BalasPadam
  4. Memang betul betul terkejut Fuad. Pernah jadi kat saya macam ni, masa dok asrama abang datang melawat. Tiba-tiba anak buah datang depan mata. Kita pun terpinga-pinga. Memang terkejut. Dapat rasakan perasaan Fuad tu macamana. Hihi...
    Baba ni demi anak, apa saja sanggup diredah kan. Alhamdulillah dapat berjumpa dan luang masa bersama.

    BalasPadam
  5. surpriseeeee! terkejut yg manisss hehehe

    BalasPadam
  6. Mesti tercalit rasa bangga tu kak, dia tetap tak tinggalkan suruhan Allah walaupun sibuk kerja. Mesti dia binggung dan tak percaya nampak Daus dan juga ibu ayahnya. Memandu di Penang tu lebih extrim dari di KL ni kak hehehe sebab tu kalau orang yang tak biasa mereka tak bawak kereta di Penang terutama di pulau.

    BalasPadam
  7. Tumpang seronok bila mana berlaku pertemuan yang tak dijangka.

    BalasPadam
  8. Boleh dok bayangkan panggil2 Fuad waktu naik motor tu. Memang tak dengarlah dia kan sebab pakai topi keledar lagi. Lagipun bunyi kenderaan lain juga.
    Seronoknya prank yang menjadi!

    BalasPadam
  9. Terkejut abang Fuad... Berjaya baba nya buat suprise... Hihihi

    BalasPadam
  10. Yeay, surprise menjadi..yeay....seronok tengok akak anak beranak rapat macam ni...

    BalasPadam
  11. Hahahahahah saya bisa bayangkan saat Fuad melihat daus, dan macam kenal 🤣🤣🤣. Dia pasti berpikir, mirip sangat dengan adik saya nih 🤣.

    Prank yg sukses ya kak Amie 😄

    BalasPadam