Pages

Ahad, 11 Ogos 2024

Cari Makan di Medan Selera Padang Besar

Bismillahirrahmanirrahim.
Jangkaan kami, kalau perut lapar waktu malam bolehlah jalan-jalan cari makan di sekitar tempat penginapan. Setelah bertanya Pak Google, kebanyakan tempat makan yang ditunjukkan tutup sekitar pukul enam petang! Kami usahakan juga cari tempat makan walaupun jam sudah menunjukkan pukul lapan malam.

Maka, redah sajalah jalan sambil melihat kiri kanan mana tahu ada warung yang masih dibuka. Ditakdirkan Allah Taala, terpandanglah papan tanda Medan Selera Padang Besar. Encik Suami pun beloklah ke situ. Walaupun namanya medan selera tetapi yang ada hanya sebuah gerai burger di hujung medan, dan sebuah warung sahaja yang dibuka bersebelahan dengan gerai burger.

Syukurlah, sekurang-kurangnya jumpa juga tempat makan di waktu malam di sini. Antara pilihan makanan termasuklah:

  • Sate ayam.
  • Makanan bergoreng.
  • Nasi ayam.
  • Makanan berkuah / sup

Bihun Sup Daging & Bihun Sup Ayam

Tidak banyak pilihan minuman, jadi kami hanya minum air tin sahaja.


Sate Ayam 15 cucuk - RM15.00.

Encik Suami - Bihun Sup Ayam

Amie - Bihun Sup Daging

Kuah Bihun Sup Daging memang cukup rasa, sedap dihirup panas. Sayang sedikit dagingnya sangat liat dan keras. Ketika makan, tergigit pula hirisan cili padinya. Pheuuwww.... kebetulan Encik Suami minta air suam lebihkan panas, jadi apabil terus minum air panas tadi perlahan-lahan hilanglah rasa pedas yang sangat menggigit lidah!

Firdaus : Kuetiaw Goreng

Tidak ingat harga setiap makanan dan minuman yang dipesan tetapi tidaklah masuk kategori kayangan kerana jumlah kesemuanya hanya RM43.00 sahaja.

Setelah mengisi perut di Medan Selera Padang Besar, kami pun pulang semula ke MyBed Homestay. Jam sudah menunjukkan angka 10:45 malam.

MyBed Homestay nun di tengah-tengah bangunan.




Sebelum naik ke bilik, sempat tangkap beberapa keping gambar poster di dinding bangunan. 


Oleh kerana semua kawasan perniagaan di bangunan ini sudah ditutup lebih awal, jadi tidak tahulah apa yang dijual di dalamnya. Mungkin kedai kelengkapan dapur memandangkan poster yang terpapar kebanyakannya gambar makanan dan tempat menghidang.


Perut sudah kenyang, mata pun sudah layu. Marilah masuk ke bilik, berehat dan beradu. Inilah kali pertama kami menginap di Negeri Perlis Indera Kayangan.

15 ulasan:

  1. nasib ada gerai. if saya cfrm dah kalut cos jejalan camni salah satu tujuan cari tpt mkn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lain tempat lain waktu tutup kedai makan.

      Padam
  2. Alhamdulillah.. Jumpa jugak gerai... Padang besar meriah waktu siang jaa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Patutlah apabila tengok google, memang rata-rata tempat makan tutup pukul 6 petang.

      Padam
  3. Sayangnya kuah dah sedap tapi daging pulak liat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa boleh buat. Rezekinya hirup kuah sup saja hihihiii.

      Padam
  4. ooo.. kat situ cepat tutup kedai. Mungkin sebab itu MyBed ada sediakan makanan segera.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lain kali kalau jalan-jalan ke tempat yang baharu, memang kena cari tahu awal-awal tentang masa dan tempat makan.

      Padam
  5. yang pakai gigi palsu boleh tercabut kalau mkn daging liat tu😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaaaahaaa.... Sampai begitu sekali ye Anies.

      Padam
  6. Kalau jalan2 ke Kedah atau Perlis, memang banyak menu sup2 kan. Tapi, itulah, selalu dapat daging liat.

    BalasPadam
  7. Oh JD Perlis ini banyak menu sup yaaa..nanti nak coba eksplor juga kesana. Kotanya slow pace sangat ya kak, jam 6 dah banyak tutup. 😅. Agak susah kalo nak cari makan malam2 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waktu siang memang meriah tapi jarang lah ada tempat makan dibuka waktu malam.

      Padam
  8. Ye kak amie..kat sana x semua area ada kedai makan sampai malam..ada restoran seafood tepi pantai SA lupa plak nama kawasannya...

    BalasPadam