Pages

Ahad, 18 Ogos 2024

Bermalam di Hotel Seri Malaysia, Kuala Terengganu

Bismillahirrahmanirrahim.

Setelah daftar masuk Hotel Seri Malaysia di Kuala Terengganu, rasa lega yang amat sangat. Bolehlah luruskan pinggang, bersihkan diri dan solat. Perut masih kenyang. Awal pagi perut penuh diisi sarapan di Ayang Cafe, Kota Bharu. Menjelang tengah hari makan pula di Nasi Ulam Abah di Pasir Puteh dan dalam perjalanan ke Kuala Terengganu sempat singgah makan goreng-gorengan makanan laut celup tepung di Sri Penarik Celop Tepung, Setiu.

Pukul 3:25 petang kami sudah berada di bilik.

Terengganu Kita!

Daulat Tuanku!
Dirgahayu Tuanku!
Selamat datang ke Kuala Terengganu.


Tekak terus terasa sejuk apabila terpandang balang kaca berisi air sirap merah di laluan menuju ke lift.


Singgah minum dulu.
Nyaman bah!


Jom naik lift.
Kita seret beg dan cari bilik 229.


Mana bilik nombor 229?


Sewaktu daftar masuk di kaunter, kami dibekalkan beg kecil berisi kunci dan TV Remote Control.


Inilah bilik dua katil single dengan harga RM152.00  satu malam.


Kalau dibuka langsir, nampaklah pemandangan laut. Tapi ketika ini cuaca sangat panas. Tak selesa apabila buka langsir.


Inilah tempat kegemaran Encik Suami. Boleh didihkan air dan bancuh kopi.


Firdaus mencari buah kundang.
Suka sangat Firdaus buah kundang yang digelar makan mangga kecil!


Kalau malas hendak keluar cari makan, bolehlah pesan melalui 'room service' sahaja. Tapi, alang-alang sudah sampai ke sini kenalah jalan-jalan mana yang sempat. Rugilah kalau asyik hendak berehat dan tidur saja.





Hotel ini memang kelihatan 'old school'. Yang penting dapat ruang yang selesa untuk solat dan bersihkan diri. Lagi pun lokasinya tidak jauh dari Pasar Payang. Jalan kaki pun boleh sampai.


Ada sejadah dan sterika.


Bilik airnya pun masih selesa untuk digunakan.



Jom kita turun ke bawah.
Walaupun ada restoran, tetapi hati tidak tergerak untuk masuk ke situ.

Paparan menu di pintu restoran.


Pemandangan sebahagian Hotel Seri Malaysia.



Jom kita ke Pasar Payang. Kena naik kereta jugalah. Tak larat nak jalan kaki. Rasa terbakar muka!


16 ulasan:

  1. Dah beli sutera Trengganu blom Ammi?. Itu ari sy dpt sutera dari sana, puas hati rasa. Sbb lama mengidamkan. Rupa2nya kat KL pun ada jual, baru terprasan. 😅.


    BalasPadam
    Balasan
    1. Beli kain cotton, sarung batik dan baju kelawar saja. Tak beli sutera... dah banyak koleksi hihihii.

      Padam
  2. Bila dah berjalan cuti cuti ni nya.. nak berehat byk sgt nanti rugi pula masa huhu.. hotel pulak selesa.. sbb tu kdg2 kena amik hotel murah jer.. supaya rasa lagi seronok keluar berjalan hahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Pergi bercuti ni banyak masa habis dalam perjalanan. Apabila sampai ke destinasi kena kuatkan semangat jangan nak berehat terus...rugilah hihihiii.

      Padam
  3. Walau walking distance ke Pasar Payang tapi kalau dah cuaca panas memang tak larat nak jalan kaki. Nak berangkut barang lagi nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Faizah.
      Walaupun susah nak cari parking, sekurang-kurangnya tidaklah berpeluh-peluh nak angkut barang belian.

      Padam
  4. kalau dah sampai Terengganu tak singgah ke pasar payang memnag sangat tak lengkap, wajib ke sana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masuk sekejap pun jadilah kan Dana.
      Banyak betul orang di dalam pasar. Panas tu yang tak sanggup nak lama-lama.

      Padam
  5. Wahhh, betul2 pusing Malaya ni, Kak Amie!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Touch and go saja SK. Transit ringan jew hihihii.

      Padam
  6. Pasar payang baru nie.. Linda tak prnh sampai lagi... Dah lebih 10tahun tak je terengganu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Linda. Macam ada lagi bangunan baru di sebelahnya. Tak pasti sekarang sudah buka atau belum.

      Padam
  7. Rindu saya buah mangga Kundang itu . banyaaak ditemukan di sumatera Utara khusunya danau Toba. Makan bersama kulitnya langsung, 🤤🤤🤤😍. Sedap memang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Manis rasanya dik. Sayang cuma beli sekilogram. Itu pun Firdaus simpankan beberapa biji untuk neneknya.

      Padam
  8. Setuju Hotel Seri Malaysia adalah hotel lama tapi diornag masih kekal sampai sekarang kan..janji selesa kan kak amie..seronok betul Firdaus jalan- jalan kali ni..

    BalasPadam