Sudah seminggu tidak masuk dapur maya. Petang ini mula intai-intai dan sapu sawang yang sudah mula singgah di sudut dapur. Apa khabar rakan-rakan blogger? Semoga semuanya sihat sejahtera. Amin.
Kami baru saja kembali dari percutian singkat di kampung halaman, menziarahi Bonda dan bertemu Abang Farid dan seterusnya ke Pulau Pinang merisik khabar anakanda Fuad. Kelmarin, Sabtu 01 Jun 2024 pukul 06:05 minit pagi kami terbang meninggalkan KLIA 2 menaiki pesawat Air Asia dan mendarat di Lapangan Terbang Tawau lebih awal 15 minit dari yang dijadualkan.
Kami merancang untuk singgah sebentar di Tawau, membeli barang dapur dan keperluan lain sebab sewaktu kami tinggalkan LD, Encik Suami bersihkan peti sejuk tetapi tidak tutup suiz sebab ada beberapa jenis makanan yang ditinggalkan. Alhamdulillah, tergerak hati untuk membeli serba sedikit barang kering dan basah, rupanya sampai rumah sudah tiga hari elektrik mati. Buka peti sejuk, belum sempat 'beraorama' tetapi terpaksa buanglah juga beberapa jenis makanan yang kelihatan mula rosak.
Sebelum meninggalkan Tawau, kami isi perut dahulu di Taste Two Coffee House.
Red Date Chicken Soup |
Sedap pula hirup sup panas dengan rasa manis kurma merah dan buah goji beri. Disediakan juga sepinggan nasi, tapi Amie hanya menghabiskan sup sahaja.
Firdaus yang menulis pesanan menu. Jadi dia pun ambillah kesempatan untuk memilih makanan yang disukainya. Makanan untuk dirinya berupa makanan segera 'Happy Meal' tapi minumannya pula jenis minuman orang tua... ahaks!
Amie : Syrup Rose
Firdaus : Special Pandan Milk Tea
Encik Suami : Hot Latte |
Nampak teruja sungguh Firdaus hendak minum Special Pandan Milk Tea. Dia gunakan straw untuk bancuh gula pandan.
Encik Suami beritahu, bukan gunakan straw tapi gunakan sudu.
Firdaus dapat ilmu baharu!
Happy Meal. |
Inilah makanan yang dipesannya, ikut selera budak-budaknya! Sebenarnya tak mengenyangkan pun, sebab selepas itu lapan ketul popia dimakannya!
Encik Suami : Hong Kong Style Fried Rice |
Popia |
Fried Shrimp Gyoza |
Red Date Chicken Soup |
Red Date Chicken Soup ini bolehlah Amie masak di dapur sendiri. Hirupan dari sudu yang pertama terasa kemanisannya. Rupanya red date dihiris dan diasingkan dari biji. Jadi apabila direnih sudah tentulah keluar rasa manisnya dalam sup. Yang warna merah oren terlekat-lekat di red date itu ialah buah goji beri. Banyak khasiat buah goji beri seperti yang Amie kongsikan di bawah ini.
- Kaya dengan vitamin dan mineral.
- Baik untuk kesihatan mata.
- Boleh membantu menguatkan sistem imun.
- Boleh membantu menstabilkan paras gula darah.
- Berpotensi menmcegah kanser.
- Boleh mengurangkan paras kolesterol.
- Baik untuk kesihatan kulit.
- Boleh mengurangkan kemurungan dan keresahan.
- Boleh meningkatkan kesuburan lelaki.
- Boleh melambatkan penuaan - awet muda.
Bila nak tinggalkan rumah dalam tempoh lama, itulah yang saya risau - tak ada letrik.
BalasPadamNampak gembira Firdaus dapat ilmu baru ya 😀
Sedap nya air firdaus...
BalasPadamSekejap je dah habis cuti sekolah nya
Pandai dia pilih menu kesukaannya ye ...
BalasPadamPenuh khasiat sup yang dihirup tu Kak Amie ye
Comel je happy meal dia tu. hihi
BalasPadamSeronok ya Daus tulis menu sendiri, bolehlah pilih macam² yg dia suka.
BalasPadamHuntungnya daus setiap hari dapat makan sedap2
BalasPadamPanjangnya gelas Daus tu.
BalasPadamHabis ke minum?
Happy meal tu acik nengok pun macam tak kenyang je huhu...
Goji beri ini juga bagus utk naikkan trombosit saat kena dengue. Biasanya obat China di sini memberi resep ini utk diminum. Cepat trombosit naik
BalasPadamTak pernah rasa goji beri dengan sup red date. Tenguk pun telan air liur je. hehehe
BalasPadam