Pages

Rabu, 22 Mei 2024

Makan Qofte So Sos di Bratstvo Restaurant, Old Bazaar Skopje

Bismillahirrahmanirrahim.

Banyak tempat makan halal di sekitar Old Bazaar Skopje. Bazar Lama yang juga dikenali sebagai Bazar Turki ini terletak di tebing timur Sungai Vardar, membentang dari Jambatan Batu ke Bit-Pazar dan dari Kubu Skopje ke Sungai Serava.

Jadi, kami pun layan perut dengan menjamu selera di salah sebuah restoran di situ iaitu Bratstvo Restaurant yang terletak di persimpangan jalan Old Bazaar Skopje.



Ada beberapa ruang makan di sini termasuk di bahagian luar, bahagian dalam dan bahagian atas. Orang tempatan dan orang putih yang datang  lebih suka duduk di bahagian luar kerana dapat cahaya matahari. Kami memilih tempat duduk di dalam sahaja.


Bagus betul katalog menu yang disediakan. Ada terjemahan bahasa. Mungkin tiga bahasa yang digunakan iaitu bahasa tempatan (Macedonia), bahasa Turki dan bahasa Inggeris. Tak tahulah hendak sebut rice dalam bahasa mereka dengan ejaan huruf yang ada angka 3!


Menurut cerita salah seorang lelaki Turki di situ (mungkin tuan punya restoran), mereka sudah beroperasi di sini lebih 50 tahun.

Pemandangan di luar restoran.


Pelayan restoran sedang menyediakan makanan yang kami pesan.


Nampaknya masing-masing memasan minuman botol termasuk Fanta, Sprite & Cola.


Kami dihidangkan dengan sepiring roti yang masih panas.


Makanan yang dipesan pun sudah sampai. Abaikan tudung yang herot-herot tak bersterika itu... ahaks! Hidangan yang Amie pesan ialah Qofte So Sos. Qofte ini seperti Albanian Meatball.  Lengkap dengan nasi, kentang goreng, kentang lenyek dan sayur.

Bismillah.

Qofte So Sos

3 Pileski Stek

Lucy suka makan daging. Di bawah rotinya itu ada semacam beef burger. Ada nasi juga diletakkan di hujung sayur dan kentang goreng.


Kamsiah & Nancy : Stek Kashkaval ( Ayam) bersama kentang goreng, nasi dan sayur.


Tidak ingat bagaimana kiraannya sebab tidak buat catatan. Kami bayar gunakan mata wang EURO. Macedonia Utara gunakan mata wang DENAR. Kalau tak silap 100 DENAR bersamaan dengan 1 EURO.


Selepas makan di Bratstvo Restaurant, mari kita sambung jalan-jalan di sekitar Old Bazaar Skopje.


5 ulasan:

  1. Nak sebut nama restoran pun berbelit lidah ni. Hihi

    BalasPadam
  2. Tudung herot pun still manis kak.. cantik kaler tudung tu, ceria.
    Nasi yang diberi secoet, macam buat ghaso2 je 😀

    BalasPadam
  3. Nampak sangat menyelerakan Qofte So Sos tu (kena scroll atas semula untuk menulis nama hidangan 😄)

    Restoran usia lebih 50 tahun, harus sedap masakan mereka. Boleh bertahan lama gitu.

    BalasPadam