Pages

Ahad, 5 Mei 2024

Jamu Mata di Pagi Hari dengan Buah dan Sayuran Segar

Bismillahirrahmanirrahim.
Ada lebih kurang 20 minit ke pukul lapan pagi untuk kami naik bas. Pada sebelah malam sebelum kami daftar masuk hotel, Amie terpandang gerai buah di sebelah kanan jalan. Selepas makan malam, kami berempat termasuk Kamsiah, Lucy dan Nancy datang ke tempat tersebut tetapi sebaik sahaja kami tiba, kedai sudah ditutup. Waktu itu sudah pukul sembilan malam. Jadi, di sebelah paginya Amie ajak Kamsiah ke situ lagi. Sementara itu Lucy dan Nancy yang sedang bersarapan akan menyusul kemudian.

Gerai tersebut tidak berapa jauh dari hotel. Barangkali dalam 200 meter jaraknya. Kami jalan cepat-cepat supaya dapat kembali semula ke hotel sebelum pukul lapan pagi.


Nampak segar betul buah-buahannya.


Kita belajar bahasa Albania:
Fruta - Buah-buahan
Perime - Sayur-sayuran


Bergambar dahulu di tangga Hotel Luani Arte sebelum pergi ke gerai buah.


Rupanya bukan sekadar gerai buah, tetapi dibahagian dalamnya ada kedai runcit dan sebelah tempat buah-buahan ada sayur-sayuran pula. Amie minta izin daripada wanita di kaunter pembayaran untuk mengambil gambar. Terlebih dahulu Amie beli buah strawberi berharga 2.5 EURO sebungkus seperti di dalam gambar di bawah ini.

Strawberi - 2.5 EURO


Cantik dan lembut pula warna anggur ini. Harganya 5.50 EURO sekilogram. Kiraannya RM dalam RM31.00. Agak mahal harganya. Mungkin manis rasanya.


Anggur ini pula berharga 2.80 EURO sekilogram bersamaan RM15.76 sen. Separuh dari harga anggur dalam gambar di atas.


Dan anggur hitam ini harganya 3.5 EURO sekilogram sama dengan RM19.70 sen. Mungkin lebih manis dari anggur yang sebelumnya.


Boleh tahan juga harga sekilogram buah kiwi: 2.5 EURO (RM14.00).


Harga buah limau ini murah pula. Hanya 1.6 EURO (RM9.00).


Epal sekilogram 1.8 EURO (RM10.00).


Harga lemon sama dengan harga epal.










Murah-murah pula harga buah di sini. Ada yang hanya 1.2 EURO sekilogram (RM6.75 sen).




Ada lagu buah-buahan lain yang tak sempat digambar sebab hendak cepat-cepat ke bahagian sayur-sayuran.






Lelaki yang berbaju sejuk biru sedang menyusun atur sayur-sayuran. Tak tahulah samada tuana kedai atau pekerja di situ. Amie tukang kacau ambil gambar... ahaks!


Nampak segar susunan timun dan zucchini.


Cantik buah tomato. Masih segar di tangkai.


Parsley

Kentang






Cantik sayur terung.
Harganya pun boleh tahan juga, secantik terungnya.



Terima kasih bro.... ganggu sekejap!




Beberapa minit sebelum pukul lapan pagi, kami sudah sampai semula di hotel. Sempat lagi ambil gambar pokok lemon dan pokok limau di sebelah hotel.



Pokok lemon berbuah lebat!


Pokok limau pun ada buahnya juga.


Eh, lupa pula beg masih di lobi hotel! Tinggal dulu ya, nak masuk ambil beg bawa ke bas.


10 ulasan:

  1. Oooo... kalau uncle memang mampu 'jamu mata' je...

    BalasPadam
  2. Rambang mata w/pun sekadar tengok gambar je... Sayur mayur & buah²-an tu segar bugar semuanya. Best!

    BalasPadam
  3. Buah-buahan nya sama seperti yang terdapat di negara kita.
    Kalau convert memang terasa mahalnya.
    Lebat betul pokok lemon tu. Geram je tengok.

    Saya pernah tanam pokok lemon, sekali tu je lah berbuah 3 biji lepastu mati pokoknya 😅😅

    BalasPadam
  4. meriah tgk buah -buahan & sayur-sayuran tu...pelbagai jenis

    BalasPadam
  5. Rambang plak mata SA, rasa nak capai2 je buah2 segar tu...kalau travel jangan fikir convert ke duit kita kalau mampu boleh beli..kalau x mampu dan rasa mahal better pandang aje...hehe

    BalasPadam
  6. semua sayur n buahan segar tapi mahal juga harganya

    BalasPadam
  7. Cantik dan berwarna-warni, macam-macam buah dan sayur ada.
    Macam tu rupanya pokok lemon.

    BalasPadam
  8. Sebagai penyuka buah2an, saya macam ingin boroooong semua buah di sana 🤣🤣.

    Kalo kak Amie tak tulis harganya, saya bakal pikir itu harganya 550, 250 etc. tak ada titik yg membedakan 5.50 eur gitu 😄😅

    BalasPadam
  9. Geram tengok buah-buahan dan sayuran segar ni. Buah-buahan bertangkai berdaun tu kalau dibuat photography memang lawa.

    BalasPadam
  10. saya gerammmm je tgk limau dgn buah kiwi
    fuhhh sedapnya dpt mkn buat masam2 hehehe

    BalasPadam