Bismillahirrahmanirrahim.
Tepat pukul lima petang, bas bergerak meninggalkan Mostar dan menuju ke Neum. Neum ialah bandar dan pusat perbandaran di bahagian selatan Bosnia dan Herzegovina. Bandar ini terletak di kawasan kawasan pelancongan di selatan Adriatik dan merupakan satu-satunya jalan keluar Bosnia dan Herzegovina ke Laut Adriatik. Neum berada di bahagian pantai Bosnia dan Herzegovina di wilayah Adriatik Selatan, dalam segitiga pusat pelancongan Makarska - Mostar - Dubrovnik dan dari laut terbuka Adriatik yang diliputi oleh semenanjung Peljesac, semenanjung Klek dan teluk yang indah, pelabuhan dan perkampungan pelancong dan nelayan.
Neum akan dibanjiri oleh pelancong dari seluruh Eropah dan dunia semasa musim panas. Mereka tertumpu di kawasan berair jernih seperti pantai di teluk yang indah dan memilih destinasi menarik seperti Dubrovnik, Pocitelj, Mostar dan Makarska Riviera.
Dan pada petang Ahad, pukul 6:45 petang kami pun tiba di Hotel Jardan, Neum sebagai sebahagian kecil pelancong yang datang dari belahan dunia Asia Tenggara.
Waktu makan malam dijadualkan pada pukul 7 petang. Kami cepat-cepat daftar masuk dan meletakkan beg di bilik, kemudian turun semula ke dewan makan.
Ketika kaki melangkah masuk ke dalam bilik, rasanya hendak terus rebahkan diri di atas katil. Rasa lenguh kaki mula terasa. Berjalan-jalan selama dua jam setengah di Sarajevo, kemudian meredah laluan batuan refleksologi di Kota Mostar pula. Entah berapa kilometer jauhnya kami berjalan pada siang hari!
Tempat tidur Amie di sebelah kiri, dekat dengan langsir tingkap.
Tempat tidur Kamsiah di sebelah kanan, sebelah sofa.
Menjadi kewajipan Amie setiap pagi untuk duduk di kerusi dan menulis catatan perjalanan. Entah apa yang dicatat dalam buku, esok paginya pen kehabisan dakwat. Syukur Alhamdulillah, Kamsiah bawa pen lebih. Terima kasih Kamsiah berikan sebatang pen untuk Amie sambung catatan. Seingat Amie, ada dua batang pen yang dibawa! Ke mana perginya sebatang pen lagi?
Bilik air kelihatan kemas dan bersih.
Malam itu memang tidur lena sungguh. Pukul 4:31 pagi sempat melihat bacaan suhu 6'C.
Dan terus terpegun melihat cahaya nun di sana. Apakah itu? Tidak sabar rasanya menunggu terbit matahari untuk menyaksikan panorama di bawah sanun.
Pemandangan dari beranda pada pukul 4:30 pagi.
Setelah menyiapkan diri, mengemas beg dan menulis catatan teringat untuk melihat suasana luar hotel dari beranda. Sekarang keadaan di luar sudah agak terang dan boleh melihat persekitarannya.
Memang terkejut sungguhlah apabila melihat pemandangan pinggir laut yang cukup menakjubkan ini. Patutlah Neum banyak pengunjung. Rupanya Neum bandar yang cantik dengan banyak teluk serta laut berair jernih.
Setelah tangkap gambar di sebelah kanan, beralih ke sebelah kiri pula!
Gambar jalan di tepi hotel pun hendak diambil juga.... ahaks!
Swimming Pool - Jardan Hotel Sumber : Google |
Seperti biasa, sampai ke hotel hanya untuk membersihkan diri dan berehat menunggu kedatangan pagi untuk meneruskan perjalanan. Jadinya tidaklah dapat menggunakan segala kemudahan yang ada di hotel. Kita tengok-tengok sajalah, pinjam gambar dari Pak Google.
Simple biliknya. Tapi bilik air nampak bersih sungguh. Memang terbaik! Wahh cantik betul permandangan dari balkoni bila waktu pagi. Lepak sambil mengopi sedap juga. Mujur juga kawan kak Amie ada pen extra. Manalah tercicir pen kak Amie tu.
BalasPadamWaaaah cantiknya view kamar 😍😍😍😍😍😍. Saya kalo kesini berarti hrs lebih dari 2 malam. Nak eksplor kotanya sampai puas.
BalasPadamKak Amie suka update cerita melalui tulisan tangan yaa. Dulu saya juga, tp skr ini dah cendrung di notes hp 🤣. Krn pen sering hilang hahaha
Cantiknya pemandangan dari kamar. Terasa ruginya tidak boleh berlama² menikmati pemandangan pinggir laut yang indah.
BalasPadamKeadaan bilik pun nampak selesa .
BalasPadamcantikkkkkk
BalasPadamkalau ada kedai sewa basikal
saya akan merayau keliling tasik tu
best nyaaaaaa