Bismillahirrahmanirrahim.
Tradisi Majlis Tautan Kasih keluarga sebelah Encik Suami diadakan pada malam hari raya ketiga. Biasanya majlis ini dibuat pada akhir Syawal tetapi memandangkan ramai ahli keluarga yang tidak dapat bersama kerana tinggal berjauhan, jadi acara tersebut diawalkan. Kali ini adik ipar di Kampung Silabukan menjadi tuan rumah. Seperti biasa, masing-masing keluarga membawa apa sahaja juadah seikhlasnya untuk dinikmati bersama-sama.
Gambar kenangan bersama sebahagian besar ahli keluarga. |
Amie bawa nasi lemak. Lauknya seperti biasa termasuk sambal bawang, ikan bilis dan kacang tanah goreng, timun serta telur rebus. Amie bawa lauk tambahan iaitu udang nestum dan rendang lokan. |
Pelbagai makanan yang dibawa oleh setiap keluarga termasuk panggang-memanggang sayap ayam dan kambing.
Majlis bermula agak lewat kerana kesemuanya tersekat dalam kesesakan jalan raya! Sepatutnya bermula pada pukul 7:30 malam tetapi membawa ke pukul 10 malam!
Sepupu Fuad (baju hijau) sebagai wakil tuan rumah memulakan majlis. |
Apa pun semuanya berjalan lancar. Hampir pukul 12 malam majlis selesai.
Kami sampai ke rumah pada pukul 12:45 malam.
Mata sudah layu... ahaks! |
Antara juadah yang terhidang malam itu, sayap ayam panggang yang sangat sedap.
Bihun sup. |
Di pertengahan jalan pulang, mereka yang di hadapan terjumpa pula dengan gajah! Jadi, kami yang di belakang bawa kereta perlahan-lahan agar tidak terlanggar gajah di tengah malam.
Jap jap... Cerita gajah tu betul ke? Tak sempat ambik gambar?
BalasPadamKami balik lewat malam. Waktu itu 12:28 tengah malam, perjalanan dari Silabukan ke Lahad Datu. Gajah tu melintas jalan berhampiran Stesen Penyelidikan MPOB Lahad Datu. Kan Lahad Datu ada Tabin Wildlife Reserve.
PadamUwaaaah masih ada gajah lewat di sana ya kak 😍😍😍😍.
BalasPadamSeruuu bisa berkumpul ramai dengan para saudara 👍. Ini yg selalu dinanti kalo idul Fitri kan 😍
Banyak gajahnya Fanny. Ada Tabin Wildlife Reserve. Kadang-kadang keluar segerombolan berpuluh-puluh ekor gajah melintas jalan.
PadamDi sana juga traffic jam ye Kak?
BalasPadamTahun ni byk pulak cerita org terserempak dgn gajah. Mudah-mudahan semuanya selamat 🤲
Memang setiap hari traffic jam terutama waktu puncak.
PadamTapi sekarang kesesakan semakin kerap berlaku. Nak ke kampung pun terpaksa hadap macet berjam-jam lamanya.
Tengok sayap panggang tu sedap lah.
BalasPadamKisah gajah tu, dia duduk tengah jalan ke atau berjalan lalu.
Ngeri pula membayangkannya.
Memang sedap sangat sayap panggang tu.
PadamGajah tu melintas jalan, terus masuk hutan.
Kami sudah biasa dengan cerita gajah-gajah ini.
Di sana-sini memang jammed musim raya ni. Tentu gajah tu keluar nak melihat suasana raya, hihi.
BalasPadamTak best kan jalan sesak.
PadamIyolaaa... gajah pun nak berayo jugak kan SK.
sayap ayam tu waduhhhh sedapnya!
BalasPadamada gajah juga ya di sana kak amie?
selalu dgr gajah di kwsn Gerik Perak..
Banyak gajah di Sabah.
PadamKak Amie selalu nampak gerombolan gajah di Lahad Datu terutama di kawasan Tabin Wildlife Reserve. Jumpa gajah di tepi sungai / hutan sewaktu menyusuri Sungai Kinabatangan dan nampak banyak tahi gajah sepanjang jalan ke Lembah Danum.
Selamat hari raya kak Amie...mohon maaf lahir dan batin 🙏..maaf terlambat yaa kak...
BalasPadamSelamat hari raya juga Heni. Maaf zahit batin. Belum terlambat kok... raya kan sebulan hehehe.
PadamSelamat Hari Raya Cikgu..Maaf zahir dan batin...
BalasPadamSeronoknya dapat bersama seluruh keluarga...semoga tradisi ini terus kekal dan menjadi inspirasi kepada yang lain
bkn senang dpt berkumpul rmi2 kn....sedap tu tgk sayap panggang
BalasPadammesti sayap panggang paling laris,tengok gambar pun dah nampak sedap
BalasPadamseronoknya semua sepakat dapat berkumpul..
berkumpul ramai2 dpt mkn sedap sedap... mmg heaven! lg pun bkn selalu kan dpt berkumpul mcm ni...
BalasPadamSungguh meriah..
BalasPadamMacam ai dua beradik je.
bestnya kak meriah betul kira open house lah ni tapi sudara terdekat je
BalasPadamSampai ke malam postponenya tu. Syukur majlis berjalan dengan lancar. Sekarang musim gajah keluar agaknya kan. Sana sini jumpa gajah. Seram betul kalau terserempak.
BalasPadamSeronok nya gathering dengan saudara mara. Juadah semua sedap2 tu Kak Amie
BalasPadambestnya dpt brkumpul ramai2 mcm ni. makanan pun sedappp
BalasPadam