Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah. Kami sampai di Jajce yang terletak di kawasan pergunungan di bahagian utara negara Bosnia. Sebelum Bosnia jatuh ke tangan Empayar Uthmaniyyah pada abad ke-16, Jajce merupakan ibu kota negara tersebut. Jajce terkenal dengan air terjunnya setinggi 72 kaki yang terbentuk dari aliran dua batang sungai iaitu Sungai Pilva dan Sungai Vrbas.
Namun begitu, kami tidak melawat ke tempat air terjun sebaliknya menuju ke Watermills of Jajce. Di sini kami melihat kincir air yang pada asalnya digunakan untuk mengisar gandum menjadi tepung. Kincir air ini dibina di zaman pemerintahan Turki Uthmaniyyah. Caranya ialah air sungai dipintaskan melalui anak sungai kecil yang melalui kincir air ini dan dengan daya air semulajadi dapat memusingkan kincir. Kincir ini disambungkan dengan pengisar yang akan mengisar tepung sehingga halus. Hampir setiap keluarga mempunyai pondok kincir air untuk mengisar tepung.
Bagaimanapun kini kincir air tidak digunakan lagi. Ia dijadikan sebagai salah satu daya tarikan pelancong untuk menyaksikan sendiri sejarah dan budaya yang unik di Bosnia.
Sebelum kita melawat dan melihat dengan lebih dekat keunikan dan keindahan Watermills of Jajce, mari kita lihat itik-itik yang berenang dan bermain air di Tasik Pliva bersebelahan dengan pondok-pondok kincir air!
Hei... kamu tak sejukkah itik?
Comel betul itik seekor ni tertonggeng dalam air tasik! |
Di pintu masuk Watermills of Jajce ada sebuah tasik berair hijau biru. Sesiapa yang berminat untuk naik bot, bolehlah singgah di sini. Tapi kami semua terus menuju ke Watermills of Jajce.
Di seberang tasik, kelihatan rumah-rumah terletak cantik di atas perbukitan.
Isshhh...issshhh itik punya pasal sampai terleka ambil gambar!
Bukan apa. Sebenarnya pujuk hati tak dapat tangkap gambar gerombolan kambing biri-biri. Tak dapat tangkap kambing, tangkap itik pun jadilah..... ahaks!
Ini tasik yang terletak bersebelahan pondok-pondok kincir air.
Tasik yang tenang jangan disangka tak ada itik ya.
Itik-itik ini berenang dan menyelam tanpa rasa sejuk!
Agaknya itik Malaysia kalau dibawa ke sini, bolehkah tahan sejuk seperti itik Bosnia.
Atau... kena pakaikan itik kita dengan baju sejuk sebelum berenang....hahahahaa!
Sudah puas tengok itik, jom kita ke pondok kincir air pula.
Nyamannya!
Patutlah selalu dengar kalau ke Balkan, tempat wajib singgah mestinya negara Croatia dan negara Bosnia Herzegovina kerana keunikan dan keindahan alam semulajadinya. Mudah-mudahan ada kesempatan untuk jelajah sepuas-puasnya kedua-dua negara ini pada masa akan datang. Tidaklah sekadar touch and go sahaja!
Pondok-pondok kincir air. |
Nanti Amie kongsikan gambar-gambar di sekitar Watermills of Jajce. Untuk entri kali ini, tengok itik Bosnia dulu... ahaks!
Hahahahaha itulah yg saya pengen tahu, bebek2 ini kuat sangat berenang di air bagai es 🤣. Semua bebek seperti itu, atau hanya bebek di negara 4 musim kan ðŸ¤
BalasPadamTenang tengok tasik yang tenang ni. Hijau biru dengan jernihnya. Cantik sangat. Sekitarnya bersih sungguh terjaga tempat ni. Itik suka nau masuk kepala dalam air ye. Tak dapat ambil gambar kambing biri², dapat ambil gambar itik pun jadilah. Itik pun rare tak sama di Malaysia. Itik kebal ni tahan sejuk. hihi...
BalasPadamTenangnya SA tengok gambar- gambar tu Kak Amie..agaknya kalau rasa sendiri pengalaman ke sana akan lebih lagi tenang kan...
BalasPadambulu dia banyak layer tu kak, sebab tu depa selamba je menyelam dalam musim sejuk gini
BalasPadamcantiknya view tasik tu
BalasPadamComelnya itik Bosnia. Tenang dan jernih nya air.
BalasPadamKak Amie..!! Cantiknya semua foto.
tertonggeng tonggeng seronok main air yer itik🤣
BalasPadam