Pages

Selasa, 2 April 2024

Bihun Goreng Pedas

Bismillahirrahmanirrahim.
Agaknya waktu kami tunaikan solat isya' rakan-rakan di Malaya baru berbuka puasa. Sewaktu kami selesai solat terawih, di sana mungkin baru hendak bermula. Alhamdulillah, hari ini sudah 22 Ramadan dan bermakna sudah 22 hari umat Islam berpuasa.

Seperti hari-hari sebelumnya, sebelum dihantar ke sekolah agama Firdaus akan tukar baju dalam kereta. Akhir-akhir ini, nakal pula dia. Setelah buka baju sekolah rendah, dia duduk bertenggek di tengah-tengah kereta betul-betul menghadap pendingin hawa. Sampailah di hadapan sekolah agama, barulah kelam kabut pakai baju!

Sebelum turun kereta, sempat pula berpesan : Mommy Daus hendak buka puasa makan yang sedap-sedap. Bolehkah Mommy goreng bihun? Daus mahu yang warna merah. Yang pedas.

Senanglah kalau sudah pesan masak apa untuk berbuka.
Memang ada stok bihun di rumah. Perencahnya gunakan sajalah bahan yang ada di dapur.
Balik sekolah agama, Firdaus terus menerpa ke dapur.
Ketika itu kita sedang tumis perencah bihun.

Jangan lupa goreng bihun warna merah yang pedas, Firdaus mengingatkan.

Goreng Bihun Pedas

Encik Suami siapkan jus epal hijau, tetapi Firdaus hanya minum teh bunga. Firdaus makan bihun penuh selera, menambah berkali-kali dalam pinggannya. Alhamdulillah, habis licin bihun goreng waktu berbuka! Mungkin sebab hanya satu menu sahaja yang Amie sediakan. Ada kurma dan kuih pasung juga tapi semua tertumpu kepada Bihun Goreng Pedas.

Bihun Goreng Pedas

Untuk mendapatkan aroma dan rasa yang lebih enak, Amie tambahkan udang kering sebagai perencah selain cili kering kisar, bawang putih dan bawah merah. Oleh kerana cili kering jenis tidak pedas, Amie kisar bersama tiga tangkai cili padi. Selain itu Amie gunakan dua cawan isi ayam dan dua batang sosej serta sayur sawi. Tiada penambahan sebarang sos seperti sos tiram atau sos cili. 

Resipi Bihun Goreng Pedas
Bahan-bahan:
  • 1 bungkus bihun - rendam dengan air biasa hingga lembut - toskan
  • 2 cawan hirisan isi ayam
  • 2 batang sosej - hiris
  • 1/2 cawan lobak merah hiris halus
  • 2 batang sayur sawi - potong - pisahkan batang dan daun
  • 2 sudu besar udang kering - rendam hingga lembut - toskan - tumbuk kasar
  • 4 sudu besar minyak
  • garam / gula / perasa pilihan
Bahan kisar:
  • 5 tangkai cili kering - jenis tak pedas
  • 5 tangkai cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah 
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar bersama udang kering tumbuk hingga pecah minyak.
  2. Tambahkan satu sudu kecil gula.
  3. Masukkan hirisan isi ayam. Gaul rata dan tumis hingga layu / berubah warna. Jika terlalu kering, tambahkan sedikit air.
  4. Kemudian masukkan sosej, lobak merah dan batang sawi.
  5. Setelah batang sawi layu, masukkan pula bihun bersama daun sawi.
  6. Taburkan garam / perasa pilihan.
  7. Gaul rata bihun dan biarkan seketika.
  8. Padamkan api dapur.

13 ulasan:

  1. Cie pun masak bihun goreng jugak menu berbuka kelmarin. Cuma tak pedas jela anak2 tak makan pedas. Tambah cili potong jela nak bagi pedas.

    BalasPadam
  2. Bestnya jadi Daus, request je dapat. Hihi..Elok juga diberitahu awal. Senang nak masak apa untuk berbuka. Berselera dia makan ye. Saya pun suka guna udang kering. Baru sedap rasa dia. Teringat bihun viral guna 12 sudu gula tu. Sedap olahan dan masakan bihun kak Amie. Pedas pedas sikit tu yang sedap.

    BalasPadam
  3. Mesti daus suka ni
    Wak dah tua2 ni takut pedas

    BalasPadam
  4. Aiyan pun suka mehun goreng merah gini kak, kalau kita masak mehun putih memang agak lambat dia makan.... Betul kak waktu berbuka kami 7.23 akak dh masuk isyak dah. Tahun ni dana belum buat lagi menu mehun goreng, tahun ni kerajinan untuk masak masa berbuka memang kurang sikit lah kak. entah la.

    BalasPadam
  5. aritu MIL goreng bihun utk sahur tp tk pedas la..

    BalasPadam
  6. Mak Ana paling suka bihun goreng merah pedas macam ni! bihun putih feveret Bong hehehe

    BalasPadam
  7. Ohhh sedap sedap. Kalau suami saya, mesti nak keropok goreng.

    BalasPadam

  8. Rasa macam nak masak mihun jugak lah petang ni

    BalasPadam
  9. betul2 pedas ke kak?
    kalau sy ni pasti cari telur goreng mata + timun
    utk judu dgn bihun ni

    BalasPadam
  10. Omg, jadi nak juga bikin bihun esok. Saya pun suka yg pedaaaaas. Tapi anak pertama tak bisa. Jadi kalo buat bihun pasti tak pedas. Hanya saja bikin sambal terpisah

    BalasPadam
  11. Sedapnya bihun goreng...rasa nak buat la berbuka nanti...

    BalasPadam
  12. Teringin pula nak makan bihun pedas² gini.
    Senang kalau ada yangbrequst menu, tak adalah kita nak fikir² lagu.

    BalasPadam